Salam semua.Err sepatutnya entri ni aku buat sebelum raya aritu tapi disebabkan tak sempat sebab aku balik KL la, raya lah, so entri ni tertangguh.Mula-mula aku malas dah nak buat.Tapi memandangkan permintaan kawan-kawan suh upload video gathering tempoh hari yang diadakan pada masa bulan posa maka aku pun upload plus masuk terus dalam blogpost.So jangan anggap lak gathering ni sekali dengan puasa 6 hehe.Event ni sebelum raya aritu 24/8/2011.

Sebenarnya gathering ni pada mulanya tak dirancang langsung.Habis je gathering di Tanjung Dawai tempoh hari maka ingat cukuplah kot.Tapi ada usaha pulak dari penganjur iaitu Encik Game Besa untuk mengadakan lagi sekali sebab gathering berbuka puasa di Tanjung Dawai aritu ramai tak dapat hadir.Gathering kali kedua masa bulan puasa ini diadakan di Alor Setar, untuk lebih spesifik di Anak Bukit.Pemilihan Restoren dilakukan oleh Game Besa yang mana Restoren ini terletak berdekatan atau selang beberapa block sahaja dengan Istana Anak Bukit.Nama restoren ni jugak tak dapat dipastikan hehe.. sebab ianya bukan premis khas berbangunan tapi hanyalah tapak gerai yang dipasang khemah.

So nak tau lokasi restoren ni senang saja..Menurut petua Encik Game Besa, jalan untuk menuju ke restoren ni, adalah sama dengan jalan nak pi Istana Anak Bukit.Istana dengan restoren ni memang tak jauh.Ibarat selang 1-2 km sahaja.Notice siap-siap kedai RM2 dan sederet ngan restoren mamak huhu! Restoren ni depan kedai 2 Ringgit. Camtulah Game Besa cakap kat kami yang  bertolak dari Bedong.Aku menaiki kereta Adan bersama-sama dengan Fakrul.Yang lain masing-masing begerak dengan transport masing-masing dan berkumpul di depan kedai 2 Ringgit.

restoren

Gambar : Tengah tunggu nak berbuka.. bersama Encik Game Besa dan Encik Antera

Apa pendapat aku tentang juadah yang disediakan di Restoren ini? Pergghh! Superbbb!! Mantop! Terbaik huhu… Sampai terpaksa bukak button suar nak bagi ruang perut untuk mengembang sebab makan terlalu banyak hahaha.Nak tau juadah pa yang disediakan? Huhu sila tengok video yang ditempek.Bab harga memang tersangatlah ok satu kepala 15 hinggit jek (setelah dikira oleh game besa, kalo ikut set harga lain).Murah seot huhu.Bagi aku la sebab amaun banyak.Aku dapat makan nasi+siakap+sayur kailan+tom yam campur+telur dadar+sotong goreng tepung+ayaq epal plus lagi ayam panggang + kerang bakaq.Pastu depa pi beli kueh lagi adusss memang tu aku tak sempat makan… dah full tank kot.

Makan Ramai ramai

Gambar : Perghh lincin… mau tau r perut time ni membuntal tahap max

Dan restoren ni memang sangat-sangatlah full kalo tak tempah memang takdak tempatlah jawabnya.Rate yang leh aku bagi adalah 9/10 huhu! Tapi aku sedikit keciwa sebab tak dapat ratah ikan siakap yang rapuh itu.Huhu biasalah kalo pi ngan geng-geng laki ni konpem terpaksa berebut sapa cepat dia dapat.Hahaha.. Aku dok ralit pulun kerang ngan sotong goreng, sekali kalih-kalih aiikk dah kena sebat abih haha.. aku sempat amik isi ja pun.Bahagian rangup-rangup tu tak sempat nak ratah huhu!

Bekumpul

Gambar : Encik Game Besa sampai takleh bangun terpaksa bantu untuk dipapah sebab overlimit makan huhu..

So abih ja sessi makan dan membuntalkan lagi perut yang dah sedia buntal maka kami pun begerak untuk solat maghrib di masjid berdekatan pastu terus ke Istana Anak Bukit untuk lepak-lepak buang amik angin sambil tangkap gambaq apa yang patut.Lepas dah agak perut dah turun maka kami yang datang dari Bedong terus balik sebab esok tu suma pakat nak keja.Sebab pi bukan hari weekend so takleh la lepak lama-lama.Bagi aku sangatlah berbaloi makan kat restoren ni sambil jumpa kawan-kawan lama yang jarang jumpa dek masing-masing kesibukan keja.So aku harap tahun depan Encik Game Besa dapat anjur lagi hehe.. buat kat tempat len pulak ke.Aku teringin nak pi Kuala Perlis huhu.. Akhir kata hayatilah video yang ditempek kat atas hehe.. Sekian.

Facebook comments: