Salam semua..kepada pembaca aimannajmy dot com.Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh tawadduk dan kesyukuran.Ok entri kali ni adalah kesinambungan pada part 1 dahulu..anda boleh baca kat sini. Apa pendapat aku tentang restoren ini? Truly said or frankly speaking~ rate yang aku boleh 3 out 5 sahaja.Sebab pa? pertama dari segi lauk dan rasa, biasa2 sahaja tambahan pula saiz ikan siakapnya yang sangat kecik, bukan kecik la tapi cam sederhana, tak langsung mencetuskan rasa “Wow!” ataupun yang boleh mencetuskan ayat begini ” mak aihh gebu sungguh isi ikan, slrupp telioq!” Keduanya lauk dan kuantiti tak berpadanan dengan harga. A little bit mahal. Tapi dalam dok kata rasa besa 3 4 kali gak tambah..Besa la posa lapaq dia lebih hehe.Rugi woo bayaq duplo ringgit sorang tak perabih lauk ngan nasi hehe.

Cam besa bila start ja azan nindia nak abaq bagi nizam la paling merakus merobek isi siakap tanpa aku sempat merasainya dahulu hoho.Antara juadah lain depa bagi kurma sorang 2 ketui camtuh, ayam masak merah, kailan goreng ikan masin, sayoq cendawan, tom yam campoq, ayaq epal 4 jaq, kerang rebuih, dan nasi seperiuk beserta nasi tambah.Memang packed dan ramai gila la orang kat restoren ni.Kalo en muftif tak tempah awai makna kata memang takdak harapan dah rasa merasai kelazatan berbuka ramai-ramai ni.So selepas berbuka berehat sat sambil menikmati suasana hujan pada ketika itu.Pastu dengan rasa gagahnya membawa muatan perut 1 tan untuk ke surau restoren bagi menunaikan solat maghrib.Seperti biasa tok imam bedong mat menjadi imam dan seterusnya aktiviti bergambar di dalam kawasan restoren

Abih ja sessi bergambar maka tiba masanya sessi peluk memeluk berlaga pipi..opss pompuan sesama pompuan saja hehe.Nazeri,Shaz,Mat,Ina,Nizam dan Imah pulang awal terlebih dahulu sementara aku,mut,arn.chaq,eija, dan ila menyambung sesi fotografi di Istana Anak Bukit dalam keadaan hujan renyai2.Maka setelah penat berposing pulanglah kami masing-masing membawa memori indah sambil mengimbau kenangan waktu sekolah dahulu.Nak tengok gambar-gambarnya sila tengok di facebook aku hehe.

So diharapkan taun depan dapat dihebahkan gathering ini dengan lebih awal dan perancangan perlu lebih jitu untuk menemukan rakan-rakan sekolah yang terpisah.Lagi ramai lagi bagus hehe.Maybe kalo buat tahun depan ramai rasaya kawan-kawan yang dah menikah beranak pinak hehe.Semoga kita dapat merapatkan tali silaturahim dan menjalin ukhwah yang harmoni di masa-masa akan datang.Sekian terima kasih. HAYATI VIDEO DI BAWAH~.

Facebook comments: