Salam semua dan selamat berpuasa kepada pembaca aimannajmy dot com.Semoga kita menjalankan ibadah dengan penuh ketakwaan lebih-lebih lagi melewati sepuluh malam terakhir ramadan.Ok entri mengenai gathering ni sepatutnya aku terbitkan pada minggu-minggu lepas tapi dek kerana aku terpaksa ke Johor dan KL atas urusan keluarga maka ianya dilewatkan sedikit memandangkan source infonya ada kat rumah di Bedong.Pada 20/8/10 telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan yang bersama-sama sekolah di SMK Bedong dahulu.Majlis ini anjuran saudara Mufti selaku mastermind dalam penyiapan dan tempahan meja di Restoren Sri Langkasuka Alor Setaq.

akunazeri

Gambar : Setelah penat mengayuh Nazeri pusing AS, aku dan Nazeri bergambar kenang-kenangan di pekarangan restoren sementara menunggu kawan-kawan lain tiba

Sepatutnya gathering ini dianjurkan oleh saudara Ahmad Firdaus a.k.a mat.Tapi entah mengapa segala perancangan tidak menjadi dan akhirnya dapat juga disempurnakan oleh saudara Mufti a.k.a Mutt untuk mengumpul kengkawan sekolah dalam satu masa bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di samping bertanya khabar masing-masing.Apa yang aku harap di masa akan datang ramai lagi dapat join disamping boleh diadakan aktiviti sampingan seperti berlari dalam guni ka, bawak dengan mulut bola pinpong dalam sudu ka atau aktiviti menarik lain yang difikirkan sesuai.Apa-apa pun majlis pengumpulan rakan-rakan sekolah ini dikira berjaya dan mampu mengeratkan silaturahim setelah lama terpisah.

Aturcara perjalanan dimulakan dengan aku menumpang kereta Haslizawati bersama BalQis a.k.a chaQ menuju ke destinasi kami di restoren tersebut.Maka dengan gaya seorang minah rempit cik hasliza memecut tak hingat sampai aku kat belakang pun terpaksa pegang holder kat atas sisi pintu kereta untuk mengelakkan terhuyung hayang hoho.Sampai ja di sana hanya kami bertiga, nazeri dan pasangan sahaja yang sudah sampai.Manakala yang lain masih lagi dalam perjalanan.Selepas setengah jam barulah muncul bassist sayugia iaitu Arn,Ila Ilani, vokalis asal Mutt,Nurul Hidayatul, Nizam dan imah.Dan tanpa berlengah kami 13 orang ke semuanya terus ke meja makan untuk meninjau lauk.

Apakah lauk-lauknya? Bagaimana suasana ketika berbuka? Apa pendapat aku tentang Restoren ini (yang memang ramai tak hengat!). Nantikan bahagian ke 2.Ok lets the video below speak for a while

Facebook comments: