Dulu rakan FB aku hanya ada rakan-rakan yang rapat dan dikenali saja, time tu aku bebas nak meluahkan apa saja, nak kutuk begurau dengan kawan-kawan pun dengan senang hati tanpa ayat berlapik….SEKARANG NI rakan FB aku sumaa ada dari sedara mara, sepupu sepapat, adik beradik, ank murid.. budak-budak bawah umo..Tagline dia pun ‘everyone can join’.Apa boleh buat. So? Adakah anda hipokrit bila berposting di FB? Adakah anda menjadi diri anda yang sebenar bila berposting di FB?

Apa saja anda komen kat wall orang, anda like atau meluahkan di wall semua segalanya boleh dibaca oleh rakan friend anda.Kadang-kadang anda tak sedar pun tingkah laku anda yang bebas mengomen tanpa batas boleh diketahui oleh sanak saudara anda.

Dibawah adalah kriteria-kriteria pengomen di FB yang dapat aku fikirkan.(kalo ada lagi sila tambah kat bahagian komen)

1) Ada orang dengan senang hati boleh posting apa saja dia suka atau men lepas cakap je ngan kawan2(begurau)..lantak le sedara mara atau budak-budak bawah umo nak baca ke apa ke

2) Ada orang nak posting pun pikiaq 2 3 kali takut nanti kang sedara mara baca malu..so posting yang baek2 je..nak komen pun ayat baik2 je

3) Ada orang silent reader je..nk posting malas, taknak orang tahu dia buat apa..lagi senang

4) Ada orang hanya accept friend rakan-rakan terdekat je..kalo cam adik bradik,sepupu sepapat, sedara mara, budak-budak tak accept…sebab nak jaga reputasi bila berposting di FB huhu..bebas nk luah apa sajaaa huhu.(tambah-tambah lagi kalo yang dah berkawen, takut sedara mara bini/suami tahu yang kita dok syok sakan berbalas komen dengan orang lain)

So..anda tergolong dalam golongan yang mana…..

Aku secara ikhlasnya tergolong dalam golongan no 1.Kadang-kadang aku fikir takkan la sebab adanya adik bradik, sepupu sepapat, dan yang penting budak bawah umo maka aku terpaksa jaga tatasusila dengan bercakap dengan nada skema atau memberikan komen yang menunjukan kita ni cam baek pulak.Aku selesa menjadi diri aku sendiri,the way aku komen the way aku meluahkan perasaan itulah aku..TAPI sekarang apabila aku nak berposting di FB mesti aku kena pikiaq gak kesan buruk dan sebagainya.

Kalo tak dulu bila semuanya rakan FB hanyalah terdiri dari kawan yang rapat dan dikenali saja..maka dengan senang hati aku boleh luah,komen dan bergurau mengutuk dengan senang hati huhu….Sekarang aku tak bebas mengomen macam dulu…SEBAB apa saja aku komen semua rakan FB aku ni boleh baca

Selalunya bila bersama kawan-kawan, maka time tuh la kita akan menjadi diri kita yang sebenar..the way kita communicate dan the way kita menyembang selalunya akan mengungkit kisah-kisah lama yang maybe memalukan kita.

Dan bila bertemunya sedara mara yang kita cukup segani selalunya kita akan coverline dengan susun kata yang sopan dan mana mungkin menceritakan keburukan kita.

Bila dunia FB kita terdiri rakan-rakan dan sedara mara yang bercampur aduk maka…..katakanlah member anda gatai tangan post kat wall anda, atau begurau dengan anda dengan ayat kasar ke, takpun dengan selamba bukak kisah silam anda dulu yang memalukan ke… maka abih suma sedara mara anda tahu.. andai kata rakan FB anda semua rakan terdekat je maybe tak menjadi masalah bagi anda..

Kenapa ini terjadi?Semua orang sekarang mesti nak ada FB..maka time tu lah ada yang suka add sana add sini untuk meramaikan friends.Kadang-kadang anda tak boleh nak elak pun.Sebab mutual friend still boleh melihat apa yang anda komen.

Kerana facebook.. suami/istri gaduh (sebab pi mengomen kat bekas kekasih dulu..last kantoi sebab mutual friend pi report)

kerana facebook.. abih kisah silam kita dibongkar dan diketahui (member terlepas cakap time komen)

Kerana facebook.. kita difitnah itu dan ini

kerana facebook.. adus macam-macam lagi la perkara negatif yang aku tak larat taip

Fungsi “tag” dan kelebihan pada “mutual friend” menyebabkan anda tidak dapat lari dari terkena perkara negatif

So kesimpulannya…… MIND YOUR WORDS…… dunia FB tanpa sempadan

p/s : Hatta budak2 seawal sekolah rendah dah boleh join facebook dan melihat segalanya the way orang dewasa berposting di FB.. abih ditirunya peel cara bercakap dan mengomen di FB.Bagi aku budak-budak bawah umo ni takyah le join FB ni..kadang-kadang boleh merosakkan minda kecil diorang…TAPI apa boleh buat.. seperti tagline facebook “EVERYONE CAN JOIN”

Facebook comments: