Yaaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com yang dihormati sekalian.So enrti kali ni mengenai diari makan-makan aku iaitu aku nak berkongsi makanan yang best-best yang aku rasa patut diceritakan dalam blog ini.Dalam erti kata lain apa sahaja makanan yang aku snap gambarnya dengan galaxy S2 dan aku rasa ianya best dan sedap maka aku akan kongsikan.Mana tahu ampa rasa terlioq tengok dan teringin nak bawak orang tersayang atau famili ke tempat tersebut.TETAPI hakikatnya lidah masing-masing lain.. Mungkin aku rasa best, orang lain kata tak best.

So entri ni akan berlanjutan ke banyak part.Ianya bergantung kepada kekerapan aku makan kat luar hehe.Bila mana koleksi gambar dah mencukupi untuk terbitkan entri blog, maka aku akan buat sambungan part seterusnya.So as title said, meh kita tengok apakah menu/makanan yang aku rasa best

Restoren Ikan Bawal

Aku penah cerita mengenai restoren ini dahulu.So boleh baca kat sini untuk mengetahui serba sedikit tentang Restoren Bawal dan juga menu apa yang disajikan.Aku kalo datang sini sememangnya menu penting yang akan dipesan tentunya bawal goreng dan yang paling penting sekali mesti mau ada gulai ikan semilang aka sepupu sepapat ikan haruan/keli dan keturunan campur catfish huhu… Perghh gulainya wa cakap sama lu memang tip top, the best and meletop!! huhu! Selain tu harga juga berpatutan dan orang memang ramai, kalo lambat mai tentu meja occupied.
Kuah gulai letak kicap sikit, cecah pulak sambal belacan perghhhhhhhhh……….

Hoho nampak aku sangat ghairah untuk mengerjakan bawal sampai terlupa nak snap gambar hehe

Yong Tau Foo Jam Besar Sungai Petani

Sebenarnya tiada langsung jam besar yang diletakkan dalam menu tu.. cuma lokasi/tapak gerai Yong Tau Foo ni terletak berdekatan dengan Jam Besar Sungai Petani.Gerai ni memang top le, specialize dalam menu Yong Tau Foo ja.Gerai ni terletak dalam kawasan medan selera yang betul-betul berhadapan dengan Wisma Keladi dan juga berdekatan (seminit jalan dah sampai) Jam Besar iaitu simbol bandaraya Sungai Petani yang kian pesat membangun.
Suma dah tak sabaq nak melahap.. tapi aku cakap stop! nak amik gambar dulu hahahaha!

Speechless huhu….

So bagi aku dari segi harga berbaloi jugak.. cuba tengok gambar kat atas huhu.. berbaloi tak harga camtu dengan pinggan besar camtu, macam-macam segala mak nenek ada dalam tu, sotong, kangkung, seafood, ubi, kuew teow dan lain-lain bahan.So gambar ni dirakam ketika meraikan majlis hari lahir aku bersama kawan-kawan.. besa la besday boy la kena banja ye tak haha… medan selera ni memang salu jadi port jugaklah bagi aku dan rakan-rakan lepak dan menikmati juadah-juadah lain selain Yong Tau Foo.Dari segi rasa memang sedap! aku bagi rate 4 out 5 huhu!

Bang Chik Char Keow Teow dan Nasi Lemak Ayam Berempah

Selain port makan kat jam besar, aku dan kengkawan juga salu lepak kat Bang Chik Char Kueh Teow yang juga terletak kat bandar Sungai Petani atau dengan lebih spesifik lagi dekat dengan Bakar Arang.Bagi mereka yang mungkin la nak mencuba maka cara nak perginya senang sahaja.. Kita amik cara standard.. exit sahaja Tol Sungai Petani Selatan maka straight sampai lah traffic light yang kedua yakni nampak pasaraya Giant kat depannya.. pastu take right, then straight ja dan gerainya terletak di antara stesen minyak Esso dan juga masjid.

So Bang Chik Char Kueh Teow bukan saja menyajikan cha ko teow malahan ada juga nasi lemak ayam berempah.. antara nasi lemak favorite aku juga untuk dinikmati jika aku ke Sungai Petani.Ohh ya gerainya buka pada waktu malam sahaja yakni kul 6-7 dah start.Istimewa nasi lemak ni sudah tentu terletak pada ayam berempahnya.. sepinggan 5 hinggit huhu.. rujuk gambar di bawah huhu.Aku kalo mai waktu prime time 7-10 malam camtu, aku salu order nasi lemak ja.. kalo atas pukul 11 camtu selalunya nasi lemak pun dah abih dan gerai ni tutup dalam pukul 2 pagi ke 3 pagi camtu bergantung pada kedatangan pelanggan.

So rate cha kot adalah 3 out of 5 dan rate nasi lemak 4 out of 5.Dari segi servis memang cepat dan tengok juga kalo datang waktu prime time tu lambat sikit.

Nasi Beriani Gam Sungai Petani

Lokasi restoren ni terletak di Lot 88 iaitu berdekatan dengan Aman Jaya.Dan dekat saja dengan tol Sungai Petani utara.Kalo korang exit tol SUngai Petani utara tu, dekat trafik light amik kanan dan straight saja dan akan nampak Lot 88 sebelah kanan anda.Aku baru sahaja berkunjung sekali ke restoren ni.Rate 3 out of 5.Dalam gambar tu aku amik ayam kampung.. harga 6 lebih camtu.

Ok setakat ini dulu untuk part 1.Entri ni akan bersambung ke part seterusnya.. Sekian

Facebook comments: