Ya salam semua kepada semua pembaca aimannajmy dot com.Kembali kita ke ruangan jalan-jalan.So pada kali ini ada sedikit pembaharuan pada ruangan jalan-jalan ini sebab aku nak postkan segala cerita terkumpul dalam satu blogpost.Konsepnya sama seperti diari makan-makan aimannajmy yang mana setelah gambar yang aku perolehi cukup maka aku akan terbitkan kesemuanya dalam satu blogpost.Aku buat begini kerana kekangan masa nak update secara live atau sehari dua selepas aktiviti berjalan-jalan.Dahulunya memang asal balik je pergi berjalan-jalan terus update post huhu.. bebanan kerja yang banyak membataskan aku nak update begitu.Selain itu nak menulis juga perlu ada mood hoho.So tanpa membuang masa lagi meh kita tengok apakah tempat aku pergi yang aku ceritakan dibawah dalam part 1.So entri ini akan ada banyak part.. so nantikan hehe.

Jalan-jalan hari terbuka AIMST Universiti

Universiti AIMST adalah sebuah universiti perubatan asia yang terletak dekat saja dengan rumah aku.Kalo naik moto 10 minit dah sampai.So baru-baru ini (tak baru sangat la dalam bulan lepas haha) universiti ini telah mengadakan hari terbuka untuk semua para pelajar sekolah serta ibu bapa dan juga orang ramai bagi melihat sendiri suasana sebenar universiti dan juga persekitaran universiti yang tersedia dengan pelbagai kemudahan terbaik antarabangsa.Maka memandangkan U ni dekat ja dengan rumah aku, maka aku pun pegi lah bersama kawan-kawan huhu.Kebetulan juga kawan aku bekerja di sana di bahagian admin.Tak banyak gambar yang dapat aku ambil sebab banyak restric area yang mana pengunjung tak boleh snap gambar huhu.. Untuk melihat gambar-gambar prasarana kawasan universiti so lebih elok anda berkunjung ke official website U ini hehe.Di bawah ini adalah gambar-gambar ketika aku melawat salah satu lab yang mempamerkan organ manusia yang diawet.

Memandangkan kawasan U ni sangat luas huhu.. so kami menaiki kereta golf ini untuk melihat kawasan sekitarnya

Hahaha.. aku juga tak ketinggalan nak test drive.. kejap je lah.Nanti kang kat pekerja U ni abih aku haha.. aku bukan kakitangan U ni pun haha.

Say.. Aaaaa.. huhu ini mamat dok tunjuk peace lak

Replika jantung untuk tujuan pembelajaran.. hehe.

Organ manusia yang diawet, kalo ampa nak tahu di belakang aku tu ada pintu ke bilik mayat. Disitu diletakkan mayat yang diawet dengan formalin.Aku berkesempatan masuk bilik itu tadi tak leh tangkap gambar huhu.. baunya MasyaAllah.. kalo tak letak formalin, memang aku tak tahu ler tahap kebusukan camana.Dalam bilik itu diletakkan 3 mayat dalam satu bekas yang dipenuhi dengan larutan formalin.. huhu masih aku terbayang-bayang muka mayat itu.. ohh tidak jangan.

Di depan sekali itu adalah mata.. hehe kalau tak silap la hehe.

Ini adalah ginjal manusia yang telah diawet..

Adik beradik memperagakan gaya yang sama huhu..

Tulang-tulang manusia yang telah dipisah-pisahkan untuk tujuan pembelajaran..

Setelah penat mata melihat organ-organ yang diawet kami meronda-ronda di kawasan sekitar kampus pula menaiki kereta golf itu.Sebenarnya banyak lagi kawasan boleh tinjau-tinjau huhu.. tapi ntah dengan cuaca yang panas lit-lit, aku pun jadi malas nak meronda sangat huhu.. macam sama dengan ja persekitaran U aku dulu huhu.. So takdak la excited sangat.. cuma aku teruja bila melihat mayat yang diawet ja huhu.. first time kot hoho.. Kadang aku dok terfikir bukan-bukan macam dalam filem hollywood tu haha.. tengah kita dok renung awetan mayat tu.. tetiba mata dia berkelip… ohhhh sangat seram huhu.Sekian sahaja.Next time, kalau U ni buat lagi, aku pegi lagi kot haha.. dekat jaa dengan rumah aku.. sekentut dah sampai hoho..

Jalan-jalan Taman Permainan Bukit Layang-layang Pasir Gudang Johor

Baru-baru ini aku ke johor atas urusan keja.Maka aku berkesempatanlah singgah rumah abang aku serta bertemu dengan anak buahku.Sudah lama tidak berziarah ku rasakan anak buah aku cepat gile membesar haha.. last time datang masih kecik dan menyusu.. eh sekarang datang dah membesar boleh berlari merata dah huhu.So di petang yang indah pada hari tersebut, aku pun membawa anak-anak buah aku bermain di taman kat Bukit Layang-layang.First time gak la aku jejak dan lepak taman ni.Dia punya angin sangat best huhu.. patut la ramai yang dok main layang-layang kat kawasan ni dan juga kawasan ni amat famous dengan festival layang-layang setiap tahun huhu.. selain tu memang terbaik juga untuk mereka nak amik angin petang-petang selain jogging.Besar kawasan ni.. kalo ada basikal pun memang best nak meronda sambil cuci mata opss! hehe..So budak-budak ni kalo mai sini apa lagi tempat yang dituju.. tentulah playground hoho.Penat juga aku nak melayan telatah diorang ni.. ye la. Tak boleh ralit sangat.. nanti kang tetiba hilang dari pandangan mata huhu.. jenuh nak mencari. Hoho rasa macam teringin nak jadi budak-budak balik haha..

Get ready nak gi main puas-puas hehe..

Buai laju-laju.. sampai pokok sena.. (sila sambung sendiri..)

Weehoo~ mari buat sampai ke bulan haha

Haa huhu giliran aku pulak tolak buaian anak buah aku ini.. seronok sungguh si ain ni sampai taknak lepas main ni je haha

Hoho time kecik-kecik bergayut ni lah jadi acara wajib yang patut main bila mai playground hehe..

Track jogging yang sangat panjang dan best untuk aktiviti bakaq kalori hehe..

Sangat layan duduk tepi tasik sambil layan angin petang huhu.. kalo nasib baik dapat tengok layang-layang hehe.

Masa aku datang timing tak kena.. kalo datang masa festival layang-layang tengah berlangsung best la sikit kan. Dapat usya layang-layang sambil jogging haha.. apa-apa pun aku tengok port ni memang paling sempoi untuk berjogging dan juga berjalan petang-petang amik angin takpun bagi mereka yang sudah bekeluarga memang sangat terbaik nak bawak anak-anak bermain petang-petang.Aku kalo kat tempat aku, nak cari port camni terdekat kena pegi Taman Jubli lah jawabnye huhu.Sekian saja.Next time aku pergi, maybe leh ambik gambar banyak lagi huhu.

Jalan-jalan pekarangan Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah

Yaa sapa pembaca setia blog ini maybe perasan dulu aku dah terbitkan entri mengenai jalan-jalan stadium darul aman.So sesapa yang berminat nak tau sedikit sebanyak mengenai stadium ni dan kawasan sekitarnya maka bolehlah baca entri tersebut hoho.. So baru-baru ini (takla baru sangat bulan Mei camtu kot) ketika semifinal piala FA antara Kedah dan Kelantan yang perlawanan tersebut berlangsung di stadium ini, aku berkesempatan berkunjung membeli cendera hati yang terdapat di sekitar perkarangan stadium.Sebelum sepak mula berlangsung, para peniaga galak menjual pelbagai baju, jersey serta cenderahati untuk penyokong bagi kedua-dua pihak.Tapi yang sedihnya malam tu Kedah kalah dengan agregrat walaupun pada hakikatnya Kedah berjaya mengikat pasukan Kelantan dengan jaringan 2-2.Aku dengan member aku mai dalam pukul 3 camtu, tapi suasana dah mula ramai orang berkeliaran dan kelihatan penyokong Kelantan mula ramai membanjiri kawasan perkarangan stadium.Kami sepatutnya datang pagi beli tiket,, tapi itulah masing-masing busy dengan hal lain, datang pun dah lewat tiket pun dah sold out, maka datang beli cenderahati pastu balik tengok live kat umah haha.. cadangnya nak beli tiket jugak kat ulat.. tapi mahai, harga sangat tinggi ler, biasanya match semifinal. Dah tu nak tengok kat screen besaq yang depa letak kat luaq, mak aihh tak berbaloi dengan sesak orang.. last-last balik umah sahaja tengok, sambil baring-baring lagi kunyah kacang huhu..

Hoho aku pakai baju tak kena tema dengan hijau kuning haha.. balun ja..

Jum kita jalan-jalan sambil cuci mata tengok awek kelantan dan kedah haha~~ opss! nak gi tengok-tengok jersey jaa huhu

Time ni pukul 3 lebih, para penyokong dah start mundar-mandir di kawasan stadium

Ramai peniaga dah start buka gerai jualan masing-masing..

Hijau kuning di mana-mana haha.. semangat!

Tengah syok jalan-jalan area di sekitar gerai.. aku pun stop jap kerana tertarik dengan satu t-shirt yang agak sempoi pada pandangan aku huhu..

Weehoo~ inilah t-shirt yang aku maksudkan.. cam best ja design ja.. aku pun rembat beli huhu..

Member aku si mut pun berkenan gak.. dia pun rembat design yang sama haha..

Wohooho.. benda alah ni lah membingitkan telinga aku weh.. dok jalan-jalan sekitar gerai ni, tak abih-abih fan dok bertiup sakan.

Huhuhu.. sangat sedih tak dapat beli tiket.. tapi semangat tu mau ada kan! on the way balik pasang bendera kot luar tingkap keta haha.. PULUN KEDAH PULUN.

Akhir kata nasihat aku, kalo nak pi stadium perlawanan besar-besar macam semifinal atau quater final dan final, mestilah kena pegi waktu pagi-pagi beli tiket.. kalo pegi time tengah hari baru nak jenguk kaunter tiket alamatnya memang balik kecewa sahaja huhu.. So di lain masa jika aku berkesempatan ke stadium lagi untuk tengok match secara live, maka aku akan update entrinya nanti ok.Jumpa lagi di next entri seterusnya. Salam 🙂

Facebook comments: