Salam semua kepada pembaca aiman najmy dot com.Meniti hari-hari terakhir pada bulan syawal ini pasti anda semua masih lagi mood nak makan ja tui dak huhu.Yela rumah terbuka masih lagi menjadi pilihan anda untuk singgah menternak lemak menikmati juadah yang disediakan.Baru-baru aku ada la pegi rumah terbuka kat sungai dua bersama-sama dengan fakrul (photographer) dan arn(bassist sayugia).Ianya tak terbuka la tapi kena pakai duit sendiri huhu.Kebetulan pada masa itu rumah terbuka Bank Rakyat sedang berlangsung berhadapan sedikit dengan restoren Char Koay Teow Sungai Dua.Sebab pa aku kata cam rumah terbuka.Sebab makk aiihh pelanggan dia ramai gila sampai boleh celen rumah terbuka bank rakyat kat depan tuh haa..sama-sama naik orang dok mai ramai.

sungai-dua-char-koay-teow

Char Koay Teow Sungai Dua ni terletak berdekatan dengan highway susur keluar Sungai Dua.Kalau ampa dari utara senang ja amik ja simpang susur kiri Sungai Dua tuh..kedai dia tepi jalan betui…sebelah kiri anda ja.Jangan laju sangat kalau dah masuk simpang exit sungai dua tuh.Notice kedai dia belah kiri.Dan kalo mai belah selatan cam besa dah masuk exit Sungai Dua kena buat U-Turn.Bagi aku la.Lain orang lain pendapat. Char Koay Teow Sungai Dua adalah Char Koay Teow yang paling best dan sempoi aku penah makan.Kalau kat my hometown paling best sekali ialah Bang Chik Char Koay Teow yang terletak dekat Sungai Petani (Jalan menghala Bakar Arang sebelah Esso dan dkt masjid)

Hanya terdapat 3 juadah utama sahaja di Restoren Char Koay Teow Sungai Dua ini.Char Koay Teow (Biasa, Besaq dan Special), Nasi Goreng Udang, dan Udang Goreng Sepinggan.Harganya standard dan berbaloi.Udangnya fresh.Kalau belah utara ni kalau sapa tanya Char Koay Teow mana paling sempoi jawapannya adalah Char Koay Teow Sungai Dua. Kiranya  Char Koay Teow Sungai Dua ni dah menjadi sebutan orang-orang belah utara.Ya aku akui maybe ada lagi yang sempoi tapi majoritinya banyak memperkatakan tentang Char Koay Teow Sungai Dua. BAGI PENDAPAT PERIBADI AKU Char Koay Teow Sungai Dua is the best among the best. Soal rasa lidah tak bleh tipu ohoho.

makan-char-koay-teow-sungai-dua

Cam biasa memandangkan dah lama sangat aku tak pekena  Char Koay Teow Sungai Dua maka sampainya di situ tetiba nafsu aku sangat menggila.Aku dengan rasa tidak malunya terus memesan nasi goreng udang + char koay teow.Pergh beselera sungguh aku makan.Kalau awek cam lisa suriani lalu sebelah pun aku tak pedulik lagi dah huhu.Yang penting aku puas melepas kerinduan terhadap Char Koay Teow Sungai Dua yang telah ku pendam sekian lama haha.Bak kata orang cam 6 bulan tak jumpa bini hoho.Cam kasaq plak ayat aku huhu.Cam besa kalo aku makan ja si Arn ngan Fakrul conpem terbeliak biji mata tengok aku makan dengan begitu beselera huhu.Tetiba aku terpandang longgokan nasi lemak atas meja.Maka tetiba aku cam teringin aku pun mengkedarah sebungkus huhu.Sebab si Fakrul kata best aku pun cubalah haha.So malam tu all out one shot sekali harung nasi goreng udang + char koay teow + nasi lemak. Puas ati aku hoho. Maybe aku lapar sangat sebab seharian tak makan berjalan di penang.

makan-char-koay-teow-sungai-dua-2

Nasihat aku…. jangan terlalu mengikut nafsu kelak nanti merana diri. Huhu.Lepas ja makan aku letih dan terus tersandar nak lena huhu.Full tank.Aku sesungguhnya sangat lemah dengan godaan nafsu makanan huhu.Kalo disuruh ratekan kualiti penyediaan makanan dan rasanya.I give 4.9 out of 5.0.Recommended! Seperti biasa sudah aku nyatakan lain orang lain rasa huhu.Satg mana tau ampa gigih nak p sekali tengok tak sedap aku pulak dipersalahkan huhu.Kalau tak sempoi tak la kuaq statement press cam kat belakang meja kami ni haa.Sekian sajaaa.Tunggu review kedai makan len pulak mungkinkah ZBCH haha.

makan-char-koay-teow-sungai-dua-3

Facebook comments: