Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Ila Ilani.Mari kita ikuti dan hayati penulisan beliau

Jam 9 pagi merupakan waktu mula kerja seorang pekerja swasta, tapi mungkin akan ada yang lebih awal. Berbicara mengenai kerja akan ada yang menggelang kepala dan ada yang tersenyum gembira. Dunia kerja jauh berbeza dengan dunia sekolah, dunia university mahupun dunia cinta..

Berbalik kepada isu waktu kerja, pasti ramai antara kita pernah terlewat datang. Jika kerana kecemasan, tiada masalah, bos akan maafkan.. yang masalahnya jika terlewat kerana terlajak bangun pagi, malas, dan macam-macam alasan lagi. Manusia itu pelbagai, maka jawapan juga pelbagai…

Jika kita datang lewat bos akan panggil, jika bos datang lewat adakah kita panggil mereka?? Haa..di sinilah persoalan yang mahu diketengahkan…mengenai majikan…kenapa masih ada bos yang ‘cakap tak serupa bikin’..

Di arahnya staff datang awal, tapi dia masih datang tengah hari, sebelum habis waktu kerja sudah hilang dari pandangan….  Di arahnya staff tunjuk contoh yang baik, tapi dia masih datang dengan puntung rokok di bibir, maki hamun di lidah.. dan jawapan yang akan kita dapat, ‘biarlah, itu syarikat miliknya, jadi gasak la dia nak jadi apa..janji gaji masuk…” itulah masyaratkat kita…

Majikan yang baik akan mewujudkan suasana kerja yang sangat harmoni. Betul atau tidak bergantung pada pengalaman masing-masing. Ada majikan yang tersangat meligan keuntungan, dan ada majikan yang tersangat sporting. Mana satu yang kita mahu? Pasti kita nak yang sporting, sebab apa? Sebab kita boleh seronok-seronok waktu kerja! betulkah??

Sedar atau  tak, kita selalu inginkan keseronakkan yang menyenangkan..susah sikit pasnih kita tak suka..mulalah nak marah-marah, boikot bos sana sini… keseronokkan bekerja bergantung pada diri sendiri…pemikiran membentuk tingkah laku diri, semua itu psikologi semata-mata..

Mana mungkin ada bos yang biarkan staff tertekan, mana mungkin ada bos yang kuku besi.. betul..takkan wujud macam tu. Bos pun manusia, ada perasaan, ada nafsu dan keinginan..so..bos mana yang  tak mahu untung besar..dan untuk untung besar dia perlukan staff yang mampu bergerak dengan pantas, yang mana slow lagi lembap pasti kena tekan..haaa..di sinilah peranan pekerja…yang mana di tekan di marah tu sebenarnya petanda kerja tak bagus la tu..tak capai KPI yang bos mahukan…cuba renung-renungkan… jika sejarah kita diselak dalam borang resume, pasti kita akan terkenang kembali sesi temuduga antara kita dan bos. Pada ketika itu apa yang kita janjikan???..apa yang kita cananangkan??.. sehingga lulus temuduga dan diambil bekerja..

Bos selaku pemilik syarikat menangung beban yang sangat besar. Dia  bukan hanya menjaga periuk nasi sendiri, tetapi periuk nasi pekerja. Jika terabai pekerja, syarikat juga akan rugi…sekarang zaman teknologi, pekerja semakin bijak dan kemahiran. Oleh yang demikian, cabaran dan tuntutan alam pekerjaan semakin sengit dan sangat-sangat menyakitkan. Bagi pekerja yang selalu ditertekan..pastikan KPI/corak kerja anda menarik..jangan skema sangat dan jangan keterlaluan sangat. Manakala bos pula, jangan duniawi sangat dan jangan mata duitan …

 

 

Facebook comments: