Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Ya tugasan atau KoKurikulum yang dianjurkan oleh Rohaizad kembali lagi dengan tajuk yang lain pula kali ni.Kalo anda pernah mengikuti blog Rohaizad atau blog aimannajmy sendiri tentu anda pernah ingat tajuk tugasan yang tedahulu.

Tugasan yang pertama dulu adalah Blogger Yang Tersepit dan kemudiannya dengan Blogger Yang Terdesak serta tugasan yang terakhirnya pada tahun 2010 adalah Blogger Yang Terkentut (huhu awat ada bau ni..).Kesemua tugasan tersebut telah berjaya aku laksanakan hehe.So pembukaan tugasan pertama pada tahun 2011 dimulakan dengan tajuk Blogger Yang Terkejut.Apa yang terkejutnya tuhhhh?? So hayatilah ceritanya dan yang penting video di bawah yang mana bersangkut paut dengan cerita.

Sebagai seorang blogger aku selalunya akan membawa video cam kesayangan aku (Sony HDR) ketika ada event-event tertentu atau pergi berjalan-jalan dengan kawan-kawan.Dan bila aku rasa moment itu best aku just captured je pastu letak dalam blog.Kalo korang selalu mengikuti blog aku ni, boleh nak dikatakan 50%-60% setiap daripada entri yang aku buat mesti aku akan letak video yang aku captured spontanly.Nak beli DLSR belum mampu, so just snap gambar dan captured video dengan sony HDR kesayanganku ni je la mampu.

So pada tanggal 31/12/10 iaitu pada malam tahun baru, aku dan kengkawan pergi la menyambut new year di Penang.Untuk mendapatkan gambaran dan analogi lebih lengkap eloklah anda baca full kisahnya kat sini.Maybe ada yang first time singgah blog ini so boleh la baca dan tengok video apa yang berlaku sebenarnya pada malam tu.

Nak dipendekkan cerita,selesai saja majlis sambutan tuh, kami ramai-ramai lepak la kat belakang stage dekat kawasan Padang Kota tuh.Sambil borak-borak kosong sementara tunggu kenderaan beransur pulang sebab jam.Pastu aku dok tengok la dari jauh ada seorang pakcik ni dok menari tengah jalan.Aku sempat la capture sat adegan dia dok menari tengah-tengah jalan tuh.

Selepas tuh tiba-tiba dia mai meluru kat aku…Dalam hati aku berkata “Sudahhh!! dia dapat tau ke aku dok rakam dia tadi!” Terkejut aku tiba-tiba dia meluru mai ke arah kami dan yang penting mai tepat ke arah aku.Dalam ati aku dok kata, mampus aku kang dia rampas Sony HDR aku.Aku pun cepat-cepat coverline letak video cam aku dalam beg.

Sekali bila dia berdiri ja depan aku..betapa terkejutnya aku bila tiba-tiba dia mendeklamasikan pantun!!!  haha..ingat ke dia nak marah ka apa kaaa…hahaha! Aku pun apa lagi rakam la aksi dia tengah dok berpantun.Ingat ke dia nak marah aku ke apa ke.Rupanya nak berpantun.Penghibur jalanan kot.Dan aku rasa pakcik ni dulu BM SPM dia A1 kot pasai bahasa tersusun kemas je huhu!

Selain tu ada banyak lagi yang buat aku terkejut huhu..

1) Aku terkejut dengan idea spontan dia

2) Aku terkejut dengan sora dia cam ala-ala rock..dia punya teran suara tuh pakai chord dalam

3) Aku terkejut dengan aksi tangan dia meliuk-lentuk ikut dan ja

4) Aku terkejut aku pulak jadi bahan dia buat modal pantun

5) Aku terkejut sebab first time jumpa penghibur jalanan camni huhu..

Dan yang buat aku sangat laaaa terkejut…..bila mendengar rangkap pantunnya yang terakhir.Nak tau apa?? Nak tau kena tengok video kat bawah ni sampai abis!

Facebook comments: