Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Ya kali ni assignment kali ke 5 anjuran Rohaizad dot com kembali lagi.Kiranya tugasan yang kedua pada tahun ini.So tajuk yang diberi kali ini adalah Blogger Yang Jatuh Cinta.So apa agaknya aku nak cerita ini.Cinta mempunyai pengertian yang luas tak semestinya jatuh cinta kepada manusia saja ye tak.So sebelum aku becerita kalo sesapa yang teringin nak baca tugasan terdahulu boleh rujuk link berikut.

1)Blogger Yang Tersepit
2)Blogger Yang Terdesak
3)Blogger Yang Terkentut
4)Blogger Yang TerKejut

Aku sebenarnya tak pernah terlintas di benak jiwaku untuk menjerumuskan diri aku ke dalam dunia blogging ni.Dahulunya aku anggap.. “Ahh buang masa tulis-tulis blog ni!” tambah-tambah cerita pasal hal peribadi, hal cintan cintun atau hal dunia lain.Aku rasa bloggers itu amat poyo apabila menceritakan kisah-kisah kehidupan diorang.TAPI nah sekarang! Apa yang aku kata kat orang jadi kat aku balik..huhu.So what goes around comes around.Aku pulak sekarang jadi bloggers cerita pasal kehidupan itu dan ini.

Ok abih dah intronya hehe.Sekarang baru masuk part isi.Ya aku dulu tak pernah terfikir nak tulis blog dan jauh segala mendalami dunia blogging.Segalanya bermula pada tahun 2009.Hurmm..aku sebenarnya taknak cerita kisah-kisah sedih lama tapi aku cerita gak la secara umum.Aku start bercinta dengan sorang gadis ni sejak zaman U hinggalah zaman kerja.Secara tiba-tiba angin tadak ribut tadak tiba-tiba gadis ini mendiamkan diri.Time tu bulan puasa baru nak start.Aku pun fikir maybe dia ni bz kot nak puasa sebab kontek suma tak dapat.

Sampailah lepas raya dia masih senyap maka aku pun contact lah besfren dia untuk bertanyakan hal dirinya.Maka besprennya beritau dia dah nak kawen sebab tu la senyap.Pergh bederau gak darah aku time tu mendengarnya.Biaq betui.Maka aku pun berusaha sedaya upaya nak dapat jawapan dari dia..and akhirnya dia beritau memang betul dia nak bertunang.Huu dunia aku golap seketika time tuh.

Aku cuba waraskan diri aku.. frust beb.Bermain-main perasaan.Lama tu becinta.Begolok gadai abih dan segala pengorbanan dicurahkan segalanya.Kadang-kadang perasaan kecewa terbawa-bawak sampai ke tempat keja.Sampai kadang-kadang aku asyik mengulaq memonteng je keja.Kena potong gaji lagi satu hal.Kena marah lagi satu hal.Maybe sebab aku hidup sendirian kat umah setan banyak hasut kot.Kadang-kadang aku baca Quran nak tenangkan ati.

Perkara aku mereng otak maybe terjadi sebab ni lah kali pertama aku putus cinta.Sebab maybe aku dah terlalu sayang dia.Aku ni anak yatim piatu versi dewasa dan aku pulak dok sendirian kat umah.Dari dulu dialah tempat aku meluahkan segala perasaan jika aku kesunyian.Ya aku akui aku ada abang untuk meluahkan perasaan tapi tak sama la dengan orang yang kita cinta atau kekasih.Kekasih maybe cara caring dia lain sikit hehe.. Well.. korang yang penah bercinta tahu sendiri camana kan….

Ayat perpisahan terakhir yang dia ucap kat aku lebih kurang camni bunyinya.. “Dia lah lelaki(bakal husband) paling perfect dalam hidup saye.. dan ini kali terakhir kite berhubung dan jangan kaco saye lagi.. bakal suami saye taknak saye hubungi awk lagi” So si dia dah pun berkawin dan aku pun takmo kenang lagi kisah-kisah perit dulu.Biarkan ja la berlalu.Hidup mesti diteruskan..Aku doakan dia sentiasa bahagia.Itu je.. Takdir dah tertulis aku perlu redha.. Itulah suka duka kehidupan ada masam, masin, manis melecaih, tawar hebiaq, pahit berdengung. Dah la pertama kali bercinta dah tu pertama kali putus.Jauh di sudut hati kekecewaan sungguh mencengkam jiwa.

Maka ketika aku dalam keadaan kekecewaan dan yang penting kesunyian ditinggalkan, pada ketika itulah aku cuba nak lupakan segalanya kisah dulu dengan mengadap internet.Aku sesungguhnya dah patah hati langsung nak memikirkan pasal cinta lagi.So pada detik ketika itulah aku mula-mula mengenali dunia IM(internet marketing).Ntah camana sambil aku dok melayan perasan dengar lagu sedey2 suma aku terklik pautan ke business internet Zamri Nanyan.Pautan dari forum rasanya.

Aku memang taktau benda pasal IM ni. Aku  pun melayan perasan je sambil baca-baca artikel En Zamri Nanyan.Pastu terklik pulak produk Lisa Hilmi.Kat bahagian testimonial produk lisa hilmi maka terdapatnya pautan blog Rohaizad dot com.Aku pun terklik ijad punya blog ni.Time tu lah baru start kenal sapa Rohaizad.Maka aku pun just baca-baca dan taktau menda terus tanya soalan pasal halal haram kat bro ni.

Maka tiba-tiba dia buat satu entri khas mengenai apa yang aku tanya.So bermula pada detik itu lah aku cam tahu sikit-skit dunia blogging ni dan juga IM sikit-sikit.Makin lama aku dalami dan tau dunia IM ni makin pudar ingatan aku pasal kekecewaan cinta dahulu.Kesunyian yang aku alami dapat diubati dengan mendalami dunia blogging.

So makin lama aku baca pasal dunia IM ni makin jatuh cinta aku rasanya untuk mendalami secara serius.So aku pun pegi la kursus affliate pastu kursus blogging pastu 4-5 ebook aku dah beli.So blog aku ni sebagai medan aku nak meluahkan perasaan.Aku sangat sayang blog aku huhu..Hidup aku tak sunyi sangat macam dulu baru lepas putus chenta hehe.

Tapi bila tima masanya nanti nak tak nak aku tepaksa jugak cari seorang calon isteri nanti.Rasanya kalo tahun 2009 tu kalo aku tak putus cinta dan konpem aku berhajat nak berkawen pada masa tu.Aku rasa tak wujudnya blog aimannajmy dot com ni.Dan aku maybe dah ada anak hahahak! Dan maybe aku takkan tahu menahu langsung dunia IM ni. Sekarang ni aku lebih selesa hidup single mingle.Belum tahu bila Tuhan akan bukak pintu hati aku nak terima seorang gadis yang akan dijadikan isteri.Time will tell..

Dan seperti biasa aku memang dah jatuh cinta dengan dunia penciptaan lagu (komposer) sejak sekolah menengah lagi.Terlalu banyak lagu yang aku cipta.Dan lagu aku yang aku cipta masa time putus cinta sekali tengok dapat masuk radio XFM (xfresh dulunya).Aku saja-saja ja antar sekali tengok diorang approve.Cari la lagu apa kat web XFM tu kalo nak tau hehe.Still berkumandang lagi.So semangat nak buat lagu yang berkualiti memang takkan padam.Tapi sayugia studio tak siap lagi.. So banyak lagu-lagu baru tertangguh belum siap hehe.Setakat ni dah siap lengkap full lagu standard radio version baru ada 6.Sila le dengar kat mp3 player kat widget sebelah kanan hehe.

Lagu aku liriknya banyak berkisar mengenai kehidupan aku dan apa yang ingin aku luahkan.Dengar dan hayatilah sendiri hehe.Semoga terhibur.

So sekian saja kisahnya.. ralit sungguh menaip bila sambil mendengar lagu huhu… Kang tulis panjang2 tak larat baca pulak hehe.

Facebook comments: