Ya salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Kembali lagi dengan entri kawin pemain bassist Sayugia iaitu Rizhan Rashidi atau nama panggilan Arn hehe.So sesiapa yang belum baca mengenai kronologi majlis perkahwinan ni maka bolehlah baca bahagian pertama entri ini iaitu Perkahwinan Rizhan Rashidi Bassist Sayugia.Sila la klik kalo belum baca hehe.So pada bahagian pertama majlis perkahwinan diadakan disebelah pihak perempuan.So entri kali ini aku nak ceritakan pula majlis disebelah pihak lelaki.Majlis ini berlangsung pada Sabtu lepas iaitu 24/3.

Apa yang menarik adalah majlis kenduri perkahwinan ini dijalankan serentak bersama dua pasangan pengantin sekaligus.Abang kepada Arn turut sama bersanding memeriahkan majlis.So faedah dijalankan serentak tentunya dapat dijimatkan kos dari segi kenduri kawin dan juga belanja berkaitan hehe.Kalo buat asing-asing majlis kenduri adik ngan abang tentu perlukan sedikit belanja yang lebih.So better buat sekali ye tak.Lagi meriah dan lagi riuh suasana apabila kedua-kedua rombongan keluarga pengantin pompuan hadir serentak.Then yang bestnya suasana kelam kelibut bila kedua-dua pasangan pengantin sampai.Itu yang ‘feel’nya hehe.. terasa meriah dan riuh dan kelam kelibut hehe.Yela sapa nak jalan dulu, sapa nak sambut dulu hehe.. sweet moment bila fikir balik untuk kedua mempelai ini hehe.

Maka aktiviti best dalam kot lerah pukul 3 lebih camtu bila tetamu mulai susut tentulah aktiviti karaoke hehe.Ramai pakcik-pakcik tunjuk bakat dan menyanyikan lagu kegemaran mereka time mereka muda-muda dahulu.Dan aku sangat terkilan kerana tak dapat merakam video pasangan pengantin nyanyi bersama atas faktor aku sibuk bersembang ngan kawan-kawan lama mai sampai tak sedaq pengantin tengah nyanyi hehehe.Yang aku hanya sempat rakam hanyalah gambar abang arn tengah menyanyi lagu Jamal Abdillah untuk isterinya huhu.. sweet moment gitu!~ menyanyi di hadapan tetamu khas untuk isteri tersayang hohoho~ Aku ingat nanti time kenduri kawin aku, aku nak nyanyi lagu Sayugia ja hahaha boleh lagu tu?

Kembali ke tajuk asal iaitu berkaraoke.So tengah aku sedap dok melayan sembang ngan kawan-kawan lama sambil dok kunyah tembikai, tetiba terdengar DJ membuat pengumuman.. ” Diminta saudara aiman najmy tampil ke hadapan untuk menyanyikan lagu kepada pasangan pengantin..!” Ohh tidak nampaknya member aku saja pedajal aku suh nyanyi live karaoke. Huhu, oleh kerana tak mahu menghampakan kawan-kawan aku pegi jugalah merampas mic dari DJ huhu.. eh rampas lak, menerima mic dari DJ huhu.. Aku just nyanyi satu dua lagu sahaja hoho, suara tengah tak best sebab tak prepare huhu.. Untuk tahu lagu apa yang aku nyanyi sila lah tengok video yang dah di attached tu hoho. Ada juga kawan aku si Mut turut sama menunjukkan bakat huhu.. lepas gian karok sampai sanggup tinggal bini makan keseorangan hahaha~

So sambil-sambil korang layan video karaoke kat atas tu yang mana maybe suara agak tidak best sebab baru melantak nasi kenduri masing-masing, meh tengok gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis kenduri kawin ini.Selamat terhibur.

Pengantin lelaki sempat lagi lepas gian shoot gambar sebelum follow rombongan pengantin

On the way ke rumah pengantin pihak lelaki

Bersedia nak berarak..

Abang kepada Arn turut sama get ready nak berarak

Rombongan keluarga pengantin berarak menuju ke rumah pengantin lelaki

Lepas penat berarak.. get ready nak makan beradap

Arn tengah berbincang dengan bini dia nak ratah ikan siakap dulu ke atau udang goreng hahahaha~

Pengapit pengantin tengah kalut nak serve lauk kat pengantin hehe

Setelah penat melayan tetamu, pengantin lepaskan stress jap nyanyikan lagu untuk hiburkan tetamu dan kawan-kawan hehe

Antara kawan-kawan yang hadir.. pengantin dah start letih.. tak larat senyum hahaha.

Facebook comments: