Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Miss A.T.Mari kita ikuti penulisan beliau mengenai babysitter.

Pada petang selasa yang lepas, saya berada di perkarangan kawasan rumah saya. Sambil memerhatikan kanak-kanak bermain-main.

Jiran rumah no. 4 (di sebelah rumah yang saya sewa) duduk di hadapan rumahnya sambil mendukung kanak-kanak yang berusia kira-kira setahun. Pada masa yang sama, jiran yang bertentangan dengan rumahnya ( rumah no.3) mendudukkan seorang kanak-kanak yang diasuhnya di atas kerusi. Sambil menunggu ibu kanak-kanak itu mengambil mereka.

Ringan mulut saya bertanya pada kedua-dua jiran saya, “kak, sebulan berapa upah jaga budak-budak ni?”. Kedua-duanya menjawab RM250 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Terlintas di fikiran saya, kalau hantar 3 orang anak ke rumah pengasuh, sebulan dah kena bayar RM750 kepada pengasuh. Kalau total gaji ibu bapa kanak-kanak itu RM3K sebulan, agak penat jugak la.

Cerita di atas ada berhubung dengan tajuk kali ni iaitu ‘babysitter’. Bayaran untuk perkhidmatan babysitter RM 250 sebulan boleh dikatakan agak tinggi di daerah saya. Di bandar-bandar besar pulak, saya tak tahu la pulak. Housemate saya pulak pernah memberitahu saya, perkhidmatan babysitter di kampung-kampung pulak ada yang sampai mencecah RM200 sebulan (bukan niat saya mempersoalkan bayaran perkhidmatan babysitter, niat saya hanya memberi info sahaja).

Ada juga nursery yang demand, mahu menjaga anak yang ibu-bapa mereka bekerja office hour (khusus guru/pejabat), tidak mahu menjaga kanak-kanak yang ibu bapa mereka yang bekerja shift seperti nurse, pekerja di pasaraya dan lain-lain. (kisah benar ni berlaku pada kawan saya semasa bertanya kepada pemilik nursery mengenai perkhidmatannya).

Segelintir ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil yang jarak dekat antara satu sama lain terpaksa mengambil pembantu rumah warga asing untuk menjaga anak mereka. Alasannya, jika mempunyai 3 orang anak yang berusia di bawah 10 tahun, total untuk dibayar kepada pengasuh ialah RM600 (jika RM200 utk seorang). Jika mengambil pembantu rumah warga asing, kos permulaan agak tinggi. Bulanannya pulak lebih kurang bayaran bulanan babysitter tapi kerja rumah beres.

Kalau bayaran bulanan tinggi tapi anak-anak terjaga, ibu bapa rasa berbaloi. Time nak pergi ambik, tengok-tengok anak comot dan baju kotor, ibu bapa rasa ‘penat’LEBIH daripada penat bekerja.

Ada jugak di kalangan datuk dan nenek kanak-kanak yang sanggup menjaga mereka kerana khuatir dengan cara penjagaan kanak-kanak, ( mungkin tidak harap kepada babysitter dek berita mengenai bayi tersedak susu terpampang di dada akhbar ).

Nasihat saya sebelum menghantar anak-anak ke rumah babysitter, pastikan anda mendapat nasihat daripada ibu bapa yang pernah mendapat perkhidmatannya. Adakan perbincangan dahulu, takut-takut kemudian hari ada pihak yang tidak berpuas hati berkenaan cara penjagaan atau bayaran.

 

 

Facebook comments: