Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar dekat seminggu aku tak update blog huhu.Aku bz dengan keja lain yang lebih mustahak disamping aku membuang masa membuat benda-benda lagha ish ish ish teruk sungguh aku ni huhu.Rata-rata bloggers sekarang masih membicarakan tentang kehangatan piala suzuki AFF yang mana Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dengan jaya dan bergayanya.Huhu aku pun tak berapa pandai nak ulas panjang lebar hehe.Terlampau banyak sangat aku dah baca mengenai kemenangan skuad negara ni di blog-blog atau paper online/offline.Kang ulang ayat yang sama ja kalo aku terbitkan entri mengenai bola huhu.Syabas diucapkan terutamanya kepada pemain Safee Sali yang membawa bayangan Allahyarham Mokhtar Dahari.Salahkan nyamuk kelambu dibakar tapi kali ni salahkan laser marcus dibolosi huhu.

Tinggal lebih kurang 3 hari saja lagi sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.So masing-masing berazam dengan penuh kesyahduan dalam menggapai apa yang diingin dalam hidup ini.Tak terkecuali jugak aku.Tahun 2011 banyak benda yang aku azamkan… Harap-harap mungkin boleh jadi kenyataan terutamanya dalam merubah sikap aku yang suka bertangguh bila buat keja huhu.Azam aku tahun 2010 masih lagi belum tercapai akibat dari sikap aku sendiri iaitu MALAS dan tak FOKUS bila buat sesuatu keja.So aku harap tahun 2011 dapat merubah sikap buruk aku ni.Aku rasaΒ  maybe aku dah lama mencapai apa yang aku impikan jika aku dapat buang sikap MALAS dan juga bertangguh ini.

Berdasarkan gambar kartun yang aku lukih kat atas dapat mencerminkan apa yang aku azamkan dan impikan pada tahun 2011 nanti.Ianya tentulah tidak datang bergolek mesti disusuli dengan usaha dan doa.Pertama-tamanya sudah tentu aku ingin berjaya dalam apa yang aku buat sekarang…. iaitu internet business! (blogging, affilliate, adsense dan…….). Jalan untuk menuju ke arah kejayaan itu sudah ada cuma faktor penghalangnya diri aku sendiri.Ya aku tidak fokus…fokus fokus dan fokus.Kadang-kadang aku cuma fokus sepenuhnya 2 hari lepas tu setan menghasut pulak membuat keja-keja lagha.Maka tertangguh lagi DAMN YOU SETAN.

Yang keduanya semestinya aku ingin terus maju dalam dunia muzik.Banyak karya-karya kualiti akan ku cuba hasilkan untuk kepuasan aku dan juga pendengar.Kepuasan menjadi seorang komposer bebas bila karya anda diputarkan di radio.Ya aku sangat bangga dengan itu huhu.Check out web XFM (Xfresh) untuk ketahui senarai lagu dan dengarlah segmen underground.Sokonglah our local band terutamanya Sayugia kui kui kui….Tahun 2011 juga projek videoklip sayugia akan diteruskan huhu.Masih lagi tertangguh dan keja post-production masih berjalan sedikit demi sedikit.Apa yang aku inginkan videoklip sayugia biarlah setaraf MTV video walaupun ianya mengambil masa yang agak lama.

So azam-azam yang lain tu cuma sampingan jaa huhuhu..tengok sendiri lahh gambar kat atas huhu.Aku teringin nak tukar handset le hehe…handset lama aku ni kadang-kadang meragam takleh nak ON.Disamping itu aku teringin gak nak memiliki DLSR huhu…yang model level beginner pun jadilah.Just untuk tangkap-tangkap main camtu huhu.I’m not getting serious to be a pro and make money with it.Boleh gak letak hasil tangkapan kat blog ni hehe.Selain tu cadang nak pakai braces,nak tukar spek hahaha pastu kalo ada kesempatan nak jalan-jalan cuti cuti 1 malaysia huhu.Teringin lama dah hehe…

Dan… andai kata aku dah menemui kejayaan dalam wishlist azam aku yang pertama itu (baca kat atas) maka aku ingin mencari chenta pulak lah haha.. cari calon bini la beb haha…umoq aku dah meningkat tahun depan.Member-member lain dah beranak pinak 2 3 orang dah aku still masih lagi loser bab becintan ni hahhaha…. Apa-apa pun apa yang aku tekadkan aku mesti berjaya dulu dalam azam wishlist aku yang pertama itu baru then aku pikiaq pasai nak becinta… So ianya sebagai batu loncatan untuk aku berusaha bersungguh-sungguh mencapai apa yang aku inginkan dalam business. So aku takla rush sangat pun pikiaq pasai chentan chentun ni huhu sebab ada benda yang aku impikan yang aku ingin capai terlebih dahulu……… once being a heartbroken always a heartbroken, no need to rush to find a true love, aim what you want in life first then then the love will come later

So apa pula azam anda semua???

Facebook comments: