Yaa apa perasaan anda bila anda ditinggalkan kekasih anda yang anda sangat sayangi.Soalan ini kalo anda rasa nak jawab dipersilakanlah memberi komen di bawah.Maksud ditinggalkan bukannya tinggal sementara kekasih anda pergi merantau ke, atau pergi kedai ZBCH ke, atau p tesco ke.Ni maksud ditinggalkan ialah kekasih anda tetiba berubah hati dengan sekelip mata dan tinggalkan anda pergi pada orang lain.Atau nak menambahkan lagi kepedihan di hati, kekasih anda tetiba senyap2 bertunang dengan orang lain dan seterusnya berkahwin dan tinggalkan anda dalam keadaan blur, dan ternganga-nganga (terlampau terkejut)

Ya maybe banyak faktor-faktornya penyebabnya.Mungkin anda salah, mungkin dia yang salah, mungkin dua-dua jugak salah.Yang mustahaknya anda ditinggalkan dalam keadaan begitu.Anda pula seorang yang sangat setia pada yang satu (Yela kalo anda playboy/playgirl pasang kekasih 2 3 keliling pinggang memang conpem le takdak perasaan dalam persoalan ini).Ok persoalan ini dinilai dari pengalaman bercinta kali pertama.Selalunya benda-benda first time ni memang susah nak lupakan tui tak.Pengalaman bercinta kali pertama dan pengalaman jatuh cinta kali pertama adalah dua perkara yang berbeza.Harap anda dapat bezakan.

Ya sebagai seorang yang sudah berumur (takla tua sangat) sudah semestinya saya pernah melalui pengalaman bercinta.Kalo anda tanya apa perasaan saya…saya akan jawab dalam karya terbaru saya..Nantikan single terbaru sayugia dalam masa terdekat! Lagu baru ini mempunyai sentimen emosi yang sangat kuat.Banyak unsur-unsur grunge (jerit) untuk menggambarkan betapa tensionnya situasi tersebut.

Facebook comments: