Yaa salam semua kepada pembaca setia blog ini.Adakah anda seorang pengumpul mata wang? Jika ya sudahkah anda mendapatkan wang kertas ringgit Malaysia siri baharu sebagai koleksi peribadi sebelum ia dikeluarkan secara meluas nanti? Ianya boleh didapati di kaunter-kaunter money changer takpun Bank Negara sendiri dan lain-lain tempat yang mungkin aku taktau hehe.. Koleksi dalam gambar-gambar ini dibeli di kaunter money changer dengan nilai harga RM20 dan ada wang kertas 5 ringgit dan 1 satu ringgit yang diselit di dalam folder khas untuk dijadikan koleksi peribadi anda. Agak-agak nanti kalo kesempitan boleh la robek sampul tu buat belanja hoho~!

Kadang-kadang aku keliru dengan istilah ‘baharu’ ini.. Dulu masa aku di alam pelajar sekolah, istilah baharu mana boleh pakai.Kalau buat karangan tu konpem la kena tolak markah.Tapi sekarang ni dah jadi macam trend la pulak penggunaan ayat menggunakan perkataan ‘baharu’ ini.Ok bercakap mengenai mengumpul koleksi mata wang ni aku takla hardcore mana pun dan malah aku tak amik kisah pun.Ada la juga simpan matawang dari negara lain sebagai kenang-kenangan.Hehe sebenarnya gambar koleksi ni member aku punya hehe.. si Mut, dia yang gila kumpul matawang kertas dan juga syiling untuk dijadikan koleksi.

Dari perbualan aku dengan si Mut ni, banyak kategori atau skop sebagai seorang pengumpul mata wang.. Macam si Mut ni dia lebih gemar tumpukan pada mata wang ringgit malaysia sahaja.Bagi duit syiling, Mut akan melihat pada tahun dan juga corak pada permukaan duit syiling itu.Selalunya lagi lama tahun duit syiling tu dikeluarkan maka lagi bernilai lah sebab ianya dah jadi kategori ‘rare’ dan susah jumpa dah.Kalo jumpa pun nasib baik.Nanti ada masa aku tangkap gambar koleksi yang Mut ada untuk ditempek kat blog ni hehe.

Kategori wang kertas pula memang banyak aspek yang dinilai oleh seorang pengumpul mata wang tegar seperti Mut, Mut akan melihat pada nombor siri wang kertas tersebut, lagi cantik nombor siri lagi sempoi nilainya.. Banyaklah juga kriteria nombor cantik ni, aku pun tak kaji sangat pun hohoho… Nombor kapitlah, nombor berturutan lahh, nombor ada ‘ong’ lah (yang ni pengumpul yang terdiri dari kaum Cina), nombor berselang seli lah, nombor berkembarlah dan macam-macam lagilah patent siri nombor tersebut huhu.. Selain siri nombor, kriteria lain yang dilihat adalah tandatangan Gabenor Bank Negara, yang mana lain Gabenor lain la pulak nilai koleksi yang diambil kira.

Selain kesilapan percetakan juga menjadi kriteria penting bagi pengumpul mata wang.. bukan silap banyak pun, macam ‘glitch’ pada mesin percetakan tu sahaja, macam kedudukan yang agak senget sedikit, dan lain-lain ‘glitch’ yang aku pun taktau sangat hehe.. Susah nak jumpa, satu dalam seribu apa keberangkalian nak jumpa mata wang yang ada sedikit kesilapan dalam percetakan. Tapi paling standard selalunya, lagi lama tahun wang kertas itu dikeluarkan maka lagi tinggilah nilainya, itu memang standard punya penilaian hehe.

Penerangan mengenai wang kertas baru ringgit Malaysia.. Wang polimer yang lebih tahan lasak.

Bahagian depan wang baru 5 ringgit

Bahagian depan wang seringgit baharu

Haa ni duit syiling Malaysia baharu hehe.. susah woo nak beza bila mana godek-godek dalam poket seluar.Selalu kita dah boleh agak kalo syiling besar conpem duit 5 kupang (50 sen).Bila duit syiling baru ni dimasukkan sekali dalam poket alamak, bila menggagau dalam poket suar, duit syiling seposen rupanya 20 sen, dan duit syiling 20 sen rupanya 50 sen huhu! Tapi alah bisa tegal biasa huhu… dah lama nanti mungkin dah boleh agak kot

Facebook comments: