Yaaa pejam celik pejam celik hampir 2 bulan lebih lamanya aku tak update blog yang semakin lama semakin sepi dan gersang ini haha…. cukup susah hendak aku mencari kekuatan nak update dan sekurang-kurangnya mengisi lapang aku yang banyak dihabiskan dengan bermain game sama ada di android phone atau pun PC.Ya dalam tempoh 2 bulan lebih sememangnya banyak benda berlaku huhu… sebaik sahaja aku singgah di ruangan admin blog.. konon-kononnya untuk aku update blog.. ada sahaja alasan bermain di minda.Mengantuklah.. takdak mood lah… tunggu sat lah nak bukak nak facebook sat.. tup tup~ tak berupdate langsung.Ok sekarang ni di musim beraya… tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan salam aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat sekalian yang secara tidak sengaja singgah di blog ini mahupun sediakala menjadi pembaca setia.Sungguhnya aku rasa masa berjalan dengan sangat pantas sekali.Sekejap saja kita dah abih puasa.. dan ni alih-alih dekat 2 minggu sudah raya.Tentunya tidak lama lagi..pi mai pi mai.. dah nak raya haji.

large

Kepada yang menjadi friend facebook aku… aku banyak pong pang pong pang sembang kemas kat situ.Tapi tadi bila mana terdetik hati aku nak jenguk blog sat.. maka aku pun masuk.Dan tiba-tiba aku saja nak tengok earning nuffnang.. 3 bulan tak bukak.. sekali mak aih.. aku tak update apa pun.. earning still masuk.. then tiba-tiba aku terfikir… nampaknya aku dah buang masa banyak dengan pong pang pong pang kat facebook yang mana satu habuk apa pun tak dapat.Andai kata aku kerap update dan kerap blogwalking.. aku yakin dan semestinya pasti sekurang-kurangnya earning aku bertambah.Aku sebenaqnya dulu tak amik kisah langsung bab iklan nuffnang ni… mehhhhhh.. sekadar tempek bagi nampak ramai… nampak meriah sikit la dekat ruang-ruang kosong tu.Tapi tulah… why not sambil menyelam minum air.Daripada takdak apa.. still ada jugak.Banyak lagi sebenarnya PPC cam ala-ala nuffnang ni… ramai dulu tak puas dengan nuffnang dengan banyak perkara dan ada yang berentikan terus.Tapi aku saja just tempek… yelah bila keluaq iklan susu ka, iklan shampoo ka.. nampak cam meriah sikit colorful… lagipun….. mehhhh aku tak amik kisah sangat bab-bab atau isu-isu berbangkit mengenai nuffnang dulu…. andai masuk earning.. masuk lah… tak masuk sudah….. aku pun tak kisah sangat bab pilih bulu ka… pilih kasih ka…. tapi di suatu masa nanti maybe la kot aku nak tempek adsense haha… tapi kena tengok content jugak camana….. aku belum fikir bab itu.

So sementelah jarangnya aku update… aku pun dok syok melukis juga… yelah melukis dengan galaxy note 3.Masa dekat hari raya aritu aku just saja buka peluang sapa yang hendak muka mereka dikatunkan oleh aku… ya sangat ramai yang reply sampaikan aku tak menang tangan huhu.Dan sekarang lebih dari 15 orang aku belum siap lukis huhu.Well takkan lari gunung dikejar… aku akan lukis juga nanti bila mana aku ada mood.. cuma cepat atau lambat saja.Dan since puasa aku agak lama jugak tinggal lukis komik… ya aku akan start balik lukis leman kelolo dan komik-komik lain.

artwork dari samsung note 3 sketch

Yaaa gambar di atas… antara mereka yang request untuk aku lukis karikatur mereka.. ya nanti aku akan buat blog post lain khas mengenai karikatur yang aku lukis dengan samsung note 3… yang ada caption “Salam Aidilfitri” tu mereka yang request… yang lain-lain saja aku nak conteng-conteng bosan-bosan hahah…. nanti aku akan include kan juga blogpost khas apa segala benda yang aku lukis dan info berkaitan huhu.

hasil lukisan dengan samsung note 3

Lagi gambar atau artwork yang aku dah lukis hahaah… cuma aku tak letak dalam blog lagi… aku letak dalam instagram aku dan facebook aku… ya dalam blog aku akan letak juga… setiap gambar yang aku lukis ada cerita disebaliknya huhu… ada yang saja-saja syok-syok aku lukis… dan ada yang atas permintaan kawan-kawan untuk aku lukis hehe.Ada jugak komik yang lum aku publish kat blog ni…. yang semuanya akan dipublish beserta dengan info atau kisah disebalik artwork tersebut.Tunggu~

Sebenarnya bukan apa… sneek peek artwork tersebut adalah sebahagian daripada entri-entri yang aku rancang nak terbitkan.Yelah… nak update blog mesti la ada benda aku nak cerita kan… takkan tak tulis apa langsung.Huahuahua… apa pun tips berkaitan dengan dunia blogging dan juga dunia internet marketing juga akan aku publish.. yaaaa aku mencari kekuatan balik untuk mengaktifkan blog………………………….. yaaaaaaaaaa benda sama aku cakap untuk ke sejuta kalinya hahaha…. well you know me haha.. mai time rajin… rajin sungguh… mai time malas….. apa pun tak bleh!

Tapi serius dah hampir lebih setengah tahun ni… manakala lagi 4 bulan sahaja nak masuk tahun depan… aku baru realize…. mak datuk… boleh bilang dengan jari entri yang telah berjaya aku publish haha.Bayar server dengan domain mahal-mahal then apa pun tak buat hahaha… tipikal me.Yaaa yaa sabaq….. people changed k. Mana tahu tiba-tiba pasni… angin takdak ribut takdak.. aku kembali aktif blogging dan kemudian dapat mengumpul ribuan pembaca setia haha… masa era 2010 ke 2011.. itu masa paling aktif aku blogging.. sampai dapat mencecah hampir 10k visitor dalam sebulan.Dan kemudian bila mana aku start mengkaji dunia IM antarabangsa.. aku dah start work it out bagi sampai berjaya.. aku dah start buat eksperimen tu eksperimen ni… maka that time memang terus terabai blog ini… sepi dan terus sepi.

Lantaran itu aku mula berfikir…. kalo aku nak menanti sampai eksperimen aku betul-betul berjaya 100%… maka sampai ke sudah la nampaknya blog aku ni terus sepi dan sepi.Aku bertekad… no more 3 bulan sekali atau 2 bulan sekali baru nak singgah update… aku cuba slowly sebulan maybe 4 kali… then 5 kali.. then 6 kali…. then seminggu 2 kali… then seterusnya hahaha.Aku sebenarnya sayang dengan blog ini… dan sayang dengan segala content dalam blog ini.. kerana semua dari ayaq tangan aku menulis.. aku juga sayang dengan jenama blog ini… aimannajmy dot com. Sudah dekat 5 tahun kot nama domain tu…. so aku akan terus menulis dengan gaya dan cara aku sendiri.Aku tidak peduli sama ada orang nak baca atau takmau baca… yang penting kepuasan menulis dan juga segala passionate aku… aku letak semua dalam blog ini.Blog ini bukan blog politik… blog retis… blog mengata kat orang…. blog ni just ayaq tangan penulisan aku… tentang hidup aku… apa aku minat dan apa yang aku buat.Sekian hehe jumpa lagi di entri yang akan datang ok!

Akhir kata Salam Aidilfitri 1435H.Maaf zahir dan batin…. andai kata selama aku menulis di blog ini mengguris perasaan sesapa.Masih berbaki 2 minggu raya.. anyone buat open house???? jemput akuuuuuuuu………………. kalo ada satay haha~ (begurau)

Facebook comments: