metallica_logo

Boleh kata blogpost aku minggu lepas semuanya berasaskan ilmiah (internet marketing subjects).So posting kali ini bersifat lebih santai mengenai band yang aku sangat  minat sejak kecik huhu iaitu METALLICA.Pada hakikatnya Metallica wujud sejak aku belum lahir lagi iaitu pada tahun 1981.Rasanya ramai budak-budak yang lahir tahun 80an mesti kenai Metallica.Bagi mereka yang lahir pada lewat 90an ke atas (yang kini menjadi remaja) rasanya maybe agak janggal kot melayan band-band Metal atau Rock yang dah lama bertapak sejak era 80an.Disebabkan hiburan masa kini (internet mudah, gaming pelbagai platform) menyebabkan ruang lingkup hiburan itu lebih bersifat open source dan terbuka.Berlainan pada zaman era aku budak-budak dulu dan era sekolah menengah yang mana tersangatlah susah untuk mencapai capaian internet malah internet pun belum ada pada masa itu menyebabkan hiburan muzik melalui kaset dan CD menjadi sandaran utama.Ditambah pula bagi mereka yang duduk di asrama.. liburan utama tentunya mendengar lagu-lagu rock  dan metal ketika kelas prep berlangsung.

metallica band

Ok rasanya tak perlu aku detailskan apa segala kejadah sejarah Metallica haha.. boleh la baca sendiri kat Wikipedia.Malaih nak ulang fakta yang sama.Cuma bagi aku era Jason Newsted menjadi bassist sememangnya banyak terhasil lagu yang epic dan menjadi siulan jutaan peminat.Bila mana Robert Trujilo mengambil tempat Jason, didapati lagu-lagu baru yang dihasilkan kurang ‘sentap’ dan ‘rentap’ di jiwa berbanding pada era Jason dan tak lupa juga Cliff Burton.Ini hanyalah pandangan peribadi aku, maybe ada yang tak setuju sebab bukannya Robert yang tulis lagu sepenuhnya haha.Tapi apa pun yang penting aura abam Ku Hamid (Kirk Hammet) menjadi sandaran utama gitaris cam aku untuk terus follow Metallica sehingga kini di samping teraju utama iaitu James Hetfield juga menjadi nadi perjuangan band heavy Metal dari LA California ini huhu.Takleh bayang aku kalo Kirk tinggalkan Metallica seperti Jason.Maybe terus hilang minat aku sebagai die hard fans haha.

Sebenarnya terlampau susah untuk aku klasifikasikan the best top 5 lagu dari Metallica huhu.Aku rasa hampir 80% lagu daripada 9 buah album utama aku layan dan minat.Yang lebih 20% lagu aku jarang dengaq berulang kali la huhu.Tetapi itulah.. kalo diberi peluang menjadi juri untuk memilih 5 lagu terbaik dari Metallica demm! Buntu aku haha.. ok2 5 lagu yang aku pilih ni sememangnya pada dasar penilaian aku mencerminkan 3 faktor utama iaitu

1) ada aura penangkap jiwa, something like mesmerizing song.. err camna aku nak cakap pendek kata.. first dengaq teruih tangkap dalam jiwa dia punya melodi dan alunan ritma… huhu killing melody

2) SOLO! yes that is one of the main point haha~  solo must soul stirring! Metallica tanpa masterpiece solo ibarat lagu tanpa irama, ibarat makan ketupat tanpa cecah apa-apa, ibarat naik moto tanpa gear, ibarat……… uhh pikiaq sendiri! hahaah~

3) Guitar riff! Ohhh lagu genre Metal/trash Metal kalo takdak riff berat yang melantun-lantun jiwa, baik layan lagu balada leleh beb~~ Ku Robek Jiwaku, Sayang sayangku semua, Rindu sayang kasih, Putih-putih melati hoho~~~

Yaaa itulah ketiga-tiga faktor utama aku ambil kira huhu.. kalo nak ambil kira bab lirik yang memberikan deep message, makna tersirat haa tu takleh pakai.. aku dengaq time darjah 2 haram tak paham bahasa inggeris tapi boleh layan juga hahaha… nak ikut nak ja aku letak 25 lagu terbaik Metallica tetapi… 5 tetap 5 walaupun susah nak classified huhu ok tiba masanyaaa jeng jeng jeng!!! LIMA LAGU TERBAIK METALLICA SEPANJANG ZAMAN!!

TEMPAT KE 5

Di dalam studio album Metallica, lagu The Unforgiven ada 3 siri huhu.. bagi aku the best adalah siri pertama iaitu The Unforgiven huhu.Lagu ini memang menangkap jiwa.. bila aku dah besaq panjang baru aku paham sikit maksud lagu ni huhu.Dari segi sinopsis umum lagu ni mengajak kita melihat kembali ke masa lepas dan apakah yang kita sudah lakukan dalam hidup, dan tanya pada diri sendiri adakah beginikah kehidupan yang kita mahukan.Masa aku darjah 4-5 aku dah dengar lagu ni.. haha.Apapun solo memang mantop jugak disamping tiada riff keras.Memang lagu ni bersifat umum.. sebab setengah majoriti general listener memang suka lagu yang tak heavy riff dan melodi yang cepat tangkap.

TEMPAT KE 4

Ok Enter Sandman huhu.. rasanya lagu inilah menyebabkan Metallica makin terkenal dan ramai yang kenal lagu Metallica melalui lagu ni huhu.Kepada yang penah dengar band Metallica (bukan die hard fans) rasanya lagu ni lah yang bakal muncul di fikiran mereka.Great solo, great riff, dan ketukan drum yang memorable dan ada orginaliti memang tak perlu disangkal lagi huhu.Cuma maybe ada yang tak suka dengar lagu ni sebab ada part budak berdoa sebelum tidur (dalam 10 sec).. tapi pedulikan semua itu haha itu budaya dan agama mereka.Kita ada pegangan.. layan kepala dengar sudah.Tak payah nak kaitkan agenda tersembunyi sesatkan manusia kehkehkeh… ini bukan syiah.

TEMPAT KE 3

Ohhh Fade To Black!! inilah antara lagu pertama aku start belajaq main gitar beb!! masa tu darjah 6 haha.. mula-mula belajar solo dengar lagu ni haha.Solo gitar lagu ni antara terbest la dalam sejarah heavy metal sedunia kehkehkeh~ serius! one of masterpiece from abam Kirk Hammet! lagu ni mixed boleh layan kepala feeling dan juga layan hangguk kepala haha.

TEMPAT KE 2

Master Of Puppets!! huhuhu~ nothing to say.. this is the true soul metallica band! walaupun lagu ni dekat 8 minit tetapi amazing vocals dari pakcik james, guitar riff dan solo dari abam Kirk, serta bassist Cliff, dan ketukan padu Lars memang mencerminkan ke ‘orginaliti ‘an band metallica.Lagu ini memang lagu wajib beb kalo pegi jamming huhu bagi kaki peminat metal lahh huhu.Bagi aku lagu ala2 trash metal inilah menjadi penanda aras bagaimana Metallica menjadi stand out among others huhu.. then bila datangnya album Load dan Reload.Alamak terus jadi lain macam.. then St Anger lagi takdak terus solo maut dari abam Kirk Hammet.. then album terbaru barulah ada aura-aura style lagu Master of Puppets huhu.

TEMPAT PERTAMA!

ONE!! huhu sesuai dengan tajuk lagu huhu.. sebab tu aku bagi no 1 antara top 5 haha.. banyak faktor yang menyumbang kepada lagu ini pilihan aku menjadi lagu terbest Metallica!! huhu.. bagi aku lagu ni lengkap segala.. riff, solo, ketukan drum ada orginaliti tersendiri dan melodi yang catchy.. paling penting bagi seorang gitaris cam aku.. adalah faktor SOLO! hahaha…. solo lagu nilah menyebabkan aku terus jatuh hati.. memang rakan sejawat abam Kirk.. iaitu Slash (Gun n Roses) tak mampu tercapai akalmu untuk create solo yang begitu epic huhu.

Sebenarnya, seperti aku kata tadi… aku tersangatlah buntu nak merumuskan 5 lagu terbaik Metallica huhu.Terlampau banyak lagu yang sedap dan solo serta riff yang begitu memorable.Nak ikut tadi nak jugak aku masukkan Nothing Else Matters sebagai antara lagu top 5 terbaik huhu.. sebab lagu tu juga antara lagu pertama aku belajar main gitar huhu.. tapi apakan daya haha.Lagu lain aura peredaran zaman lebih  memberikan nostalgia dan nilai tersendiri di kalangan peminat lagu genre Metal.Akhir kata 24 Ogos ini Metallica akan adakan konsert di Singapura.. lepas raya huhu… adakah peminat Metal sekalian sudah ada bajet hendak pergi? hahaha.. nak harap kalo datang KL memang rasa cam takdak harapan hahaha.

main gitar metallica

Gambar di atas ni 12 tahun lepas hahaha.. nostalgia layan lagu Metallica.. kerja sekolah baru buat sedikit, dah grab gitar main haha.Nothing Else Matters satu!!

Facebook comments: