Note 3 with box

Sudah hampir 3 bulan nampaknya Samsung Galaxy Note 3 menjengah ke pasaran seluruh dunia bersama dengan Galaxy Gear dan tidak kurang hebatnya juga sambutan kat negara terchenta ini.Dan sudah cukup sebulan tempoh aku memiliki dan menggunakan gadget yang dikategorikan sebagai phablet ini.Maka terdetik di hati aku nak buat sedikit ulasan mengenai tepon gedabak ni dekat blog aku sendiri.Since dilancarkan hinggalah kini… punya bersepah-sepah dan beratus-ratus blog mat salleh dan juga tempatan telah review dan juga tidak ketinggalan video review yang kini dah bersepah-sepah boleh ditonton kat Youtube.So key point is… aku takmau la nak ulas secara details dari segi specs, software dan juga hardware.Itu semua anda boleh tengok dekat GSMarena.. atau review dari tech blog yang dah fully recognize macam engadget dan bersepah lagi video kat Youtube  yang menerangkan secara details out stand point Note 3 ni.Aku cuma nak ulas dari segi penggunaan aku dan why aku memilih untuk memiliki phablet ini.So here we go.

Saiz

Yes this is phablet (phone + tablet) dan mempunya screen yang sangat besaq berbanding smartphone aku yang terdahulu iaitu S2.Tak semua orang suka screen besar atau dimensi screen yang besar berikutan nanti nak bubuh dalam poket tampak begitu besar selain nanti nak main chatting atau message terpaksa guna dua tangan.Hakikatnya.. yes aku suka screen besar haha.Bagi  aku screen 5.7 inci memang dah cukup ideal dan boleh kata ngam-ngam coi masuk dalam poket suar.Kalo over than 6 inci.. mak aihh itu memang agak besar dan leh consider tablet.For whatever reason… screen besaq best untuk view webpage, gaming, video player dan yang penting puas untuk melihat everything dengan ruang lingkup scope penglihatan mata anda pada jarak standard pegang phone.Bagi aku yang kaki surfing web ni.. sememangnya lagi puas view webpage pada screen yang lebih besar berbanding standard smartphone screen sekarang yang average bawah 5 inci.Waktu ketika dahulu.. bila mana Note 1 mula dikeluarkan.. ramai yang nampak annoying bila mana pegang gedabak smartphone bila time cakap tepon atau time message.. tapi sekarang… Nokia, Sony, HTC sudah mengikut jejak langkah Samsung dan even Apple sudah pun merancang nak keluarkan smartphone bersaiz phablet.

Samsung Galaxy Note 3

Jari jemari aku pun agak ok la nak pegang phablet ni haha.. still ok lagi taip mesej sebelah tangan.. kalo nak senang memang kena guna function one handed operation (swipe ke kanan dan ke atas atau rujuk manual huhu)

Samsung Galaxy Note 3 back view

Samsung Galaxy Note 3 side view

Samsung Note 3 Back Cover Stitching

Fake stitching.. jangan terpedaya haha.. tetap back cover plastik.. cuma feel tu ada la macam leather cover.. feel saja haha.. hakikatnya… huhu

Bateri dan kadar kebolehtahanan

Yes the battery juice is so big.Pada kadar 3200 mAh memang banyak benda anda boleh buat dan bagi aku yang kaki surfing dan online 24 jam sememangnya kena dari segi penggunaan aku.Standard penggunaan andai on WIFI atau plan data mobile beserta web surfing, chatting, facebook, twitter dan seumpama.. ianya mampu bertahan sekitar 12 ke 14 jam.Maksud aku hardcore juga lah penggunaan.. macam dok sat bukak FB.. dok sat bukak webpage..  dok sat wehcat atau wassap…yelah kekerapan tu dalam lingkungan dalam sejam 5 kali surfing.Lagi kurang kekerapan.. lagi tahan la bateri.Hardcore user cam aku dalam 12 jam camtu ja… pendek kata start dari kui 8 pagi keja… then sampai ke malam nak tido tu memang kena cas haha.. bateri ngam-ngam coi.Andai kata tak on langsung WIFI atau plan data mobile.. pendek kata normal user sekadar penggunaan biasa tepon dan sms.. ianya mampu bertahan sehingga lebih 36 jam.TETAPI.. sadly to said… IF main game bateri turun tersangatlah mendadak haha.Aku try main game direct 3 jam.. terus bateri low nak kena cas.. for hardcore gamers… sori lah… aku terpaksa cakap memang untuk gaming bateri takleh tahan lama… aku dah test.Sama ada  game 3D atau game 2D bodo pun tetap kaw makan bateri gak EVEN dah clear background process atau clear cache proses.Maka bagi mereka yang hardcore gamer + hardcore user.. kadar penggunaan bateri hanya bertahan sekitar 4 – 5 jam sahaja.So daripada apa yang aku bebelkan kat atas dapat disimpulkan secara ringkas.

Normal user = over 36 jam bateri tahan

Hardcore user = 10 hingga 12 jam bateri tahan

Hardcore gamer = 3 jam lebih sahaja.. (andai nonstop direct main)

Hardcore user + hardcore gamer =  4 hingga 5 jam sahaja ( gaming bukan nonstop direct main)

So bagi hardcore user dan normal user.. tidak perlu membawa power bank merata lagi.. kalo pi keja tu.. dan la balik keja dah sampai umah apa semua sempat cas lagi.Tetapi bagi hardcore gamer +user, anda tiada pilihan lain.. kena bawak power bank merata huhu.

Camera dan Video

Ok dari segi contoh kualiti gambar ngan video aku malas nak attach kat sini hahaha.. bersepah dan beratus-ratus orang dah review dan attach contoh hasil kualiti gambar dan video.. hakikatnya sama sahaja haha..nak tau camana pegi view dan cari sendiri kat Youtube atau  blog-blog teknologi.The thing is.. dengan 13 MP berserta kebolehan merakam 4K video sememangnya aku begitu tertarik dengan phablet.. dan aku sememangnya juga suka amik gambar dan kadangkalanya video huhu.. dah lama aku tak update video-video aku kat channel aku.. so nanti lah pabila ada event atau peristiwa best-best.. aku record 4k video dan tempek kat channel aku.Disamping dengan berpuluh-puluh features dan capability untuk rakam video dan capture gambar.. cam video motion, slow motion, fast motion, simultaneous HD video and image recording.. ahh banyak sangat huhu.. tak larat nak ulas… haha.Semua best-best.. dan anda boleh tengok sendiri orang review camana secara detail kat youtube.

Gaming

Bab gaming memang menjadi sandaran utama setiap pemilik smartphone untuk mengabiskan masa lapang atau memang saja-saja nak main walau tengah keja.Ok dengan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 800 Quad-core 2.3 GHz Krait 400 serta Adrena 330 berserta dengan 3GB RAM… TOTALLY WORTH IT… semua game terbaru atau apa sahaja game 3D yang memerlukan jana kuasa grafik tinggi tiada masalah buat masa ini.Semua lancar ditambah dengan display 1080p HD… so what i can say more??? main puas-puas sampai bini panggil makan pun buat taktau haha.Bab-bab nak review gaming secara detail.. better pegi check out sendiri berpuluh-puluh video review kat youtube

Stylus dan penggunaan

Yaaaa… this is the main reason…. and the crucial factor aku memang tergila-gilakan note.SEBAB? Aku suka melukis! sketching! coloring dan seumpamanya.Dahulunya 2 tahun lepas.. masa mula-mula aku first time nak pakai smartphone,, aku dah teragak-agak.. nak amik S2 ka atau Note 1.Time tu pulak Note 1 macam baru lagi dan asing dengan screen gedabak.. rasa macam agak ganjil huhu walaupun dalam hati aku memang teringin Note sebab minat melukis.. last-last aku pendamkan perasaan then aku amik S2 haha… dengan S2 pun aku dapat melukis jugak haha… cer belek-belek hasil lukisan aku yang hampeh itu di entri-entri lepas..t api sememangnya feel kena ada stylus baru betui dapat sketching dengan jayanya.So dengan ada versi baru stylus yang diupgrade sememangnya menjadi pencetus perasaan teruja bagi aku yang kaki lukis ni haha.Seperti biasa aku takkan ulas segala apa kejadah fungsi stylus terbaru beserta air command segala mak nenek huhu… better pegi tengok professional video review yang bersepah-sepah cara penggunaannya dan tips-tips tertentu.Dan apa yang dapat aku katakan… stylus memang banyak berguna juga EVEN orang tu bukan kaki lukis… contoh writing recognition tu penting gak.. tulis apa-apa pakai stylus then terus saved.Then nak drag-drag message melalui multiwindow atau nak crop paste dan cut  jadi lagi senang instead of pakai jari.

Note 3 stylus

Stylus.. berhati-hati dengan clone product Note 3 yang sekarang bersepah-sepah dah jual huhu.. tengok kat mata pen.. kalo besaq semacam bergetah.. haa tu fake la tu haha

Samsung Note 3 sketchbook mobile

Saja sketching.. dari segi sensiviti mata pen.. memang agak improve

Note 3 sketching

PRO dan CONTRA

Dari segi PROnya.. rasa sama seperti mana keypoint yang aku dah karang kat perenggan-perenggan atas… cuma satu lagi aku lupa nak tambah.. dari segi design nipis dan ringan.. itu memang terbaik.

CONTRA (menurut dari segi perspektif dan penggunaan aku)

-Design tetap macam biasa.. keplastikan.Ramai yang mengharap metal design macam iphone dan HTC sesuai dengan status sebagai premium phone…tetapi Samsung masih lagi tetap nak menggunakan plastik sebagai core design.. yes dari segi feel dan look.. memang ada juga nilai dan value premiumnya.. tapi bila dibangkitkan isu plastik.. memang tak dinafikan.. feel cheap haha.Ditambah pula dengan FAKE jahitan kat belakang cover.

-Bateri turun sangat cepat bila main game.Terasa kejap sangat baru main 2-3 jam nonstop.. dah bunyi Tet! Tet! mintak charge sebab bateri dah low..

-Cepat panas.. haa ni memang takleh elak.. in case kalo main game kaw-kaw punya panas (bermula selepas 30 minit) kat back cover.. dan rasa suam-suam kat screen.

-Sense of berhati-hati perlu ditingkatkan.. kalo dulu pakai S2 screen kecik no problem nak kuar masuk poket dengan pantas.. nak menaip message sambil berjalan.Ini bila dah besar screen.. kadang miss a few touch.. boleh terslip jatuh.. in case kalo sayang phone la haha.Daripada video review tentang drop test Note 3.. boleh kata semua tak survive bila jatuh.. i mean screen retak…

-Tiada lagi function radio.Sedikit rasa keciwa haha.. yela smartphone premium mahai-mahai tapi takdak radio haha.. hakikatnya takdak rasa apa sangat pun.. bek dengar radio online ye tak haha.Tapi itulah.. kadang travel naik bas teringin juga nak dengar radio haha

-Lampu LED flash kurang terang… ni aku banding dengan S2 lah bila on flashlight.Maybe kurang terang sebab kamera dah bulit function low light setting.. tapi itulah bila perlukan flashlight nak suluh apa-apa.. sememang tak terang seperti S2.

-Bab harga kalo ikut trend Samsung.. tak dinafikan bukan boleh buat aset di masa hadapan huhu.. cepat turun.Baru ja beberapa bulan pakai… dah kuar model baru… dah turun harga.. pastu value nak jual balik takleh nak tinggi sangat.. kalo nak diikutkan trend.. setiap tahun.. mesti akan ada model baru kuar sejak S1, S2, S3, S4 semua selang setahun begitu juga Note 1, Note 2, Note 3. So bagi mereka yang ingin memiliki smartphone premium dari Samsung ni.. terpaksa akur lah.. mula-mula wah hebat 2k lebih harga.. selepas 4-5 bulan dah turun dah harga 2-3 ratus.

Samsung e warranty user information

Waranti macam biasa.. retailer yang akan tolong daftarkan.. tunggu mesej dari Samsung yang menyatakan tempoh sekian-sekian waranti anda.

Note 3 earphone bud

Cam biasa.. earbud tetap sama macam flagship model-model yang terdahulu

Samsung Note 3 Earphone

Design ear phone pun sama cam flagship terdahulu… cuma sejak S4 dan Note 3.. tiada lagi logo function radio kat earphone

stylus pen tip backup

Mata pen stylus.. dia bagi lebih untuk tukar in case kot mata dah haus kot haha… aku pun tak biasa dan taktau bila masa perlu tukar mata stylus.. tengok la nanti camana.. bila dah kurang mengancam nak sketch.. kena tukar la kot haha

 

Kesimpulan…

Samsung Galaxy Note 3 bukan untuk anda JIKA anda tak suka screen besaq-besaq sebab payah nak pegang kerna anda lebih senang one handed operation berbanding screen besaq yang mau tak mau terpaksa juga guna 2 tangan even ada function one handed operation.Dan JIKA anda hanya menggunakan smartphone untuk social media (FB, twitter).. chatting (wechat, wassap)dan gaming sikit2.. dan kegunaan lain normal phone… SEMEMANGNYA Note 3 ni membazir anda beli… sebab anda tak fully utilize…rugi ja beli mahai-mahai tak guna keempat-empat core dalam Snapdragon dan RAM 3GB.. banyak lagi la phone yang ok dengan harga tak mahal sangat sesuai dengan cara penggunaan anda…. EVEN smartphone satu era dengan S2, dan S3 pun still no problem dengan gaya citarasa penggunaan internet masa kini.

CUMA.. if you have budget (at least 2k above).. and looking for bigger screen.. plus hardcore gamer and like to fully utilize the phone with multitask function… memang Note 3 untuk anda.

And then.. last thing maybe about Galaxy Gear.. my thoughts.. kalo anda betoi-betoi seorang yang gila gadgets dan tech geek tahap level 1000 haha.. boleh la kot nak grab Galaxy Gear.. bagi aku nak buat sebagai jam harian perlukan disiplin nak kena cas setiap hari..  yelah Samsung state that at least 24 hour tahan bateri.. nak buat jam harian macam tak praktikal nak kena cas selalu haha. Dah tu kalut nak cas smartphone lagi.. nak cas jam lagi hahaha. Lagipun ianya baru 1st model.. banyak lagi kekurangan yang maybe kena improved.

Overall setelah sebulan aku pakai dan memaksimumkan penggunaannya.. everything looks fine.. takdak apa masalah… aku harap ianya seperti S2 aku… 2 tahun berkhidmat pada aku tanpa masalah langsung.. walaupun dah jatuh terhentak berkali-kali.. dan terpijak pun penah hahaha.Ehh.. jangan dok kata aku ni fanboy hardcore Samsung pulak… hahah..ianya bergantung pada luck jugak kalo nak dapt faulty product.Ada ramai kengkawan aku yang ada pelbagai masalah yang bashing gila-gila Samsung.. maybe luck aku dapat product yang tak faulty.Akhir kata semoga entri ini bermanfaat dan kalo anda kaki lukih macam aku.. dan sudah memiliki Note 3.. jangan segan-segan tunjukkan hasil karya sketching anda huhu.

 

Ok kat bawah ni aku attach koleksi video review dari pengulas Mat Salleh (dari pelbagai blog tech yang famous) yang worth it watching sampai abih.. kalo berminat laa haha

Facebook comments: