Memandangkan sejak dua menjak ini, kerap pula aku mengalami dejavu, so macam agak terpanggil untuk menulis bab ini. Fenomena “Ehhh macam penah ku lihat ini”(bukan dialog Yassin dalam filem Senario), tetapi suatu gambaran keadaan macam anda pernah nampak adengan depan mata anda itu walhal anda tak pernah tengok pun lagi. Selalunya otak anda akan trigger dalam a few seconds saja, tersangat cepat, maybe dalam masa 1 saat teruih otak anda akan hantar signal, “Ehhh tempat ni aku dah penah pegi la” (padahal baru first time sampai).Atau pun dalam tafsiran lain, anda nampak sesuatu ketika mimpi atau pandangan anda dalam mimpi tu menunjukkan sesuatu,kemudian dalam kehidupan nyata atau realiti anda melihat sebijik macam dalam mimpi anda.

Kadangkala ianya membuat anda aware atau seringkali sedikit gementar apabila berlakunya dejavu, dengan sepantas kilat dalam a few second anda terus boleh jangka apa akan berlaku.Contoh diri sendiri, sewaktu aku ingin memcuci pinggan, tiba-tiba secara tuntas dan pantas the dejavu come to my mind, “Ehh macam pernah aku nampak scene air cucian pinggan terkena baju aku..”Zapppppp! Sepantas 1 saat tiba-tiba terus terlintas.. “Kejap lagi mesti ada orang bagi salam..”  Then, oooohhhh memang tepat, memang betul orang bagi salam.Pasai pa pulak otak aku boleh meramal sebelum kejadian berlaku huhu.Dah macam aku memiliki panca indera ke 6 la pulak haha.If team avengers ada kekosongan, atau Prof X tiba-tiba nak pencen, boleh la aku nak apply hahaha.TETAPI dejavu ramalan tepat lagu ni, memang sangat jarang berlaku.Selalu kerap berlaku dejavu standard, iaitu sekadar terperasaan scene sesuatu penah nampak, lepas tu takdak dah.

Kekerapan berlaku dejavu ni bergantung pada setiap individu, tetapi bukan jenis daily punya aktiviti, sometimes after a few months, baru dia nak mai, ada sesetengah sahabat berkata, dejavu ni kerap berlaku masa dia remaja ngan kanak-kanak ja, masa dah dewasa dah jarang, kalau ada pun selang bertahun-tahun lamanya.Bagi aku pula setiap tahun, peristiwa dejavu ni memang kerap berlaku kat diri aku, kadang dalam 1 bulan berkali-kali jadi, kadang lepas 4-5 bulan baru dia nak mai.Persoalannya,lagu mana dejavu ni terjadi? Dan aku yakin dan pasti benda dejavu ni (kalau Google, dejavu berasal dari perkataan Perancis,bermaksud ‘already seen’ atau pernah melihat) boleh kata semua manusia normal pernah mengalaminya.Tapi tak sure la pulak aku, kalau ada manusia normal (waras akal fikiran) langsung tak pernah merasa atau berhadapan dengan situasi dejavu.Tetapi kalau sleep paralyse, atau bahasa kita dok panggil ‘tidoq kena himpit something’ haa ni tak semua orang penah rasa.

Kalau anda membuat sedikit aktiviti penggooglelan, anda dapat tau, banyak sungguh teori dan pendapat berkaitan apa sebabnya terjadi fenomena dejavu ni.Dari sudut agama dan dari sudut sains, masing-masing mentahkikkan kejadian dejavu yang aku anggap sangat misteri untuk dirungkaikan jawapan yang sebenar.Perkara penting yang kita tak dapat sangkal apabila membicarakan tentang manusia, ianya mesti terbahagi kepada jasad dan juga roh.Meh aku ringkaskan sedikit penyataan-penyataan dari sudut aspek keagamaan.

Menurut Sheikh Hisham Kabbani, (baca pernyataaan kat sini), dejavu terjadi sebab rapatnya hubungan jasad manusia dengan roh dari segi spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz.

Professor Ahmad Syauqi Ibrahim pula (seorang tokoh dari Mesir) pula mentahkikkan something yang aku pernah terfikir dulu, apabila kita tidur,roh kita akan bangkit, dia akan merewang merata ikut dan dia, dan sometimes, bila dia bergerak terlampau laju melepasi had kelajuan cahaya, ianya mampu pergi ke masa depan, dan capture segala imej yang berkaitan dan simpan dalam otak.Masih ingat teori Einstein? Apabila sesuatu boleh bergerak melepasi kelajuan cahaya,ianya akan bergerak ke masa depan.Semua orang tau formula tersebut huhu, pi Google sendiri.So Professor tersebut telah relate dengan teori sainstifik which is make me feel, ehh sama la macam aku fikir dulu hehe.Dia ada terbitkan buku mengenai Potensi Manusia Di Alam Ghaib, boleh cuba baca sepintas lalu kat sini.

Haa satu lagi pendapat, yang ni ustaz-ustaz kadang salu dok cerita lah, kat surau ka, kat kelas ka. Masa kita kat dalam rahim lagi, ketika ditiupkan roh, imbasan segala perjalanan hidup kita telah ditayangkan,dan kita mungkin mampu mengingat sedikit scene-scene atau imej-imej yang diterjemahkan dalam bentuk dejavu apabila berada di alam dunia.Dan selain itu, sebagai muslim rasanya semua sedia maklum, permulaan dan pengakhiran alam dunia ini sudah Allah jadikan dan tetapkan, begitu juga alam roh, kemungkinan di alam roh, sesama roh sudah bertemu, dan kemudian apabila roh ditiupkan kepada jasad, dan kita pun membesar, apabila kita terjumpa seseorang dan trigger something like ‘pernah’ jumpa (padahal first time jumpa), kemungkinan itulah adalah memori alam roh yang memberitahu kepada otak kita supaya mentahkikkan pernah jumpa.

PERKARA PALING UTAMA, tiada siapa pun manusia di dunia ini dapat mengagak atau memberitahu dengan TEPAT dan jitu mengenai alam roh.Ianya rahsia Allah.Yahudi dulu, dok tunggu point ja, kalau Nabi Muhammad S.A.W boleh jawab kalau depa tanya pasal alam roh, maknanya Nabi Muhammad S.A.W bukan seorang Rasul utusan Allah.Dan terbukti memang Nabi Muhammad S.A.W memang tak jawab bila ditanya mengenai alam roh.Tiada siapa tahu alam roh ni macam mana.Secara umum fakta mengenai alam roh memang telah diceritakan dalam Al-Quran,bila mana diberitahu dalam Al-Quran biasalah para ulamak mentarjehkan atau memberi definisi penafsiran, tetapi DETAILS? tiada siapa yang tahu.

Dari sudut pandang sains, terdapat juga pelbagai pendapat dan teori, antara teori yang famous adalah, otak tersilap tafsir tentang situasi masa sekarang dengan masa lampau, dan trigger something kat temporal lobe (bahagian kat otak yang mana memori simpan kat situ, macam hardisk komputer) bahawa imej yang dipaparkan pernah ternampak sebelum ini.Sedari kecil sampai dewasa,otak manusia telah banyak menyimpan memori atau apa saja memori yang penah lihat, rasa, pegang, dengar, so bila banyak memori kat dalam otak, kira macam sometimes terlapse over dengan memori yang terkini (atau baru nampak).

Contoh katakan, masa anda kecik anda ternampak susunan meja tepi bucu tingkap yang berwarna merah, otak anda simpan memori tu, then setelah 10 tahun berlalu, anda ternampak susunan meja yang exactly sama, tapi ni dekat Australia, masa anda kecik anda tengok kat rumah anda. Maka sepantas kilat otak tersalah tafsir. So adakah anda paham apa ke benda aku nak sampaikan? Hahaha, kira kalau kata dalam bahasa komputer, otak ni tersilap masuk folder, dia nak copy paste memori baru kat folder baru, tetapi tersilap pi copy paste kat folder memori lama. Untuk lebih mudah hadam cer tengok koleksi video penerangan tentang dejavu.Mat Salleh banyak kaji dari aspek sains.

Dejavu juga ada adik beradik dia (ayat orang kampung), atau perkaitan dengan dejavu punya konsep antaranya

Jamais Vu – Macam nama orang pula huhu, ianya adalah konsep bertentangan dengan konsep Deja Vu, kalau Deja Vu membawa maksud, “already seen”, tetapi Jamais Vu, membawa maksud “never seen”.Dejavu kalau tempat yang pertama kali sampai, otak kata dah penah sampai, tetapi kalau Jamais Vu, tempat yang kita selalu dok pi, atau pernah pegi, tiba-tiba otak kata baru first time sampai.Anda paham apa aku cuba nak sampaikan?? So ianya sedikit mempengaruhi psikologi punya disorder.

Presque Vu – tafsirannya membawa maksud “almost seen”, tidak seperti dejavu yang membawa maksud “already seen”.Ianya mungkin bertentangan dengan konsep Deja Vecu (baca kat bawah). Deja Vecu teka dengan tepat, tetapi tidak Presque Vu.

Deja Entendu – Ini melibatkan deria pendengaran, seolah-olah macam dah pernah dengar sebelum ini, padahal baru first time dengaq.

Deja Vecu – Haa ni macam aku buat contoh kat perenggan kedua sekali tu,bukan setakat imbasan saja mai, malah boleh agak lepas tu apa nak jadi.Contoh lain ada satu masa tu aku jalan-jalan kat satu kawasan, tiba dejavu datang, macam pernah tengok kawasan ni, sepantas kilat terus boleh agak, kejap lagi mesti bunyi orang pasang radio, then zappp.. tepat sekali, lepas 2-3 saat, ada orang pasang radio.

Kesimpulan

Hakikatnya, tak kisah sama ada penerangan dari aspek agama atau sains, kejadian sebenar apakah yang berlaku di sebalik dejavu, tiada seorang pun manusia boleh mentahkik dengan betul.Apabila ianya relate dengan unsur-unsur roh, sememangnya segala teori yang dikemukakan tidak dapat disahkan dengan tepat.Apa pun bagi aku sendiri lebih kuat berpandangan bahawa unsur-unsur roh tetap menjadi sandaran penyebab berlakunya dejavu.Nak tahu mengapa?

Cuba anda sesekali menulis apa yang berlaku sebaik saja anda teringat mimpi anda itu.Katakan sebaik saja anda terjaga dari tidur, sememangnya apa yang anda mimpi masa tidur tadi masih lagi fresh untuk diingati, so tulis siap-siap kat buku mana-mana ka.Tapi pastikan yang agak logik la, ini sat lagi mimpi jadi ahli kumpulan Dark Avengers pekena roti canai terapung takpun, melawan Darth Vader pakai lightsaber keris tu agak-agak la kan haha.Lebih kurang logik, dok tepi pantai ka nampak bot warna biru, sekadar contoh.Katakan tiba-tiba, dejavu datang, cer sepantas kilat bukak balik tulisan anda itu, conpem sama macam anda mimpi sebelum itu.Tapi itulah dejavu tak selalu mai, bukan ada time fix bila dia nak mai, maybe benda anda dah tulis 10 tahun dulu baru dia nak muncul.Apa kata cuba buat muahaha, mesti anda agak terkujat, ehhh sama la scene macam aku tulis dulu.Masa alam remaja dulu pernah la aku try, lepas aku mimpi ngeri aku jadi macam phobia nak buat dah.Sebab takut jadi betul haha.Sekadar cuba-cuba amik yang logik-logik sudah la kot-kot nak eksperimen haha.

Sebenarnya, bila membaca tentang alam roh dan penemuan hasil kajian sainstifik memang agak menarik untuk dibaca.Sekadar baca saja lah, the real truth hanya Allah saja yang tahu.Begitu juga bagaimana dejavu berlaku.Sekian sahaja dan selamat berdejavu.Boleh tinggalkan komen pengalaman dejavu anda.Mungkin ada yang unik untuk dikongsikan.

Facebook comments: