Sebenarnya dah lama aku nak tulis persoalan ni, since memang sejak kecik aku memang minat filem-filem bercorak sains fiksyen dan yakni ada unsur-unsur makhluk asing, pastu tembak-tembak, ganas-ganas, bunuh-membunuh, kereta meletop, manusia berperang dan bla bla bla berkaitan alien VS manusia.Ianya bermula dari filem ET (arahan Steven Spielberg), time tu aku budak sekolah rendah lagi, pastu mai pulak filem Independence Day lakonan Will Smith, pastu filem Alien sendiri, pastu filem Predator dan pastu Species (oppss pencetus kanak-kanak jadi akil baliaq time tu muahaha) dan banyak lagi la filem bercorak sains fiksyen dan kedatangan makhluk asing dari luar ni. Sama ada mai buat huru hara, takpun mai jadi perisik takpun mai nak cari John Connor haaa.. ehh tu takdak kaitan dengan Alien huhu.So anda terfikirkah logik kah depa ni apa nama ke nama Megatron, Starscream, Thanos, Superman mahupun Thor boleh mai ke bumi ni.Yelah pabila melihat di angkasa raya, beribu bintang langit di sana, setiap bintang pula ada sistem dia sendiri ada berpuluh planet sendiri, dalam gugusan bintang pulak berjuta-juta terkumpul membentuk pulak galaksi. Takkanlah takdak satu planet kot-kot ada Predator nak mai sini pekena roti canai kedai Pak Ali.

So macam biasa lahh… aku selalu menulis dari sudut pandang Sains dan agama atau Al-Quran.Aku kalau macam minat something, memang aku suka ulas dan berbicara mengenainya.Macam artikel aku yang lepas mengenai Interstellar, Dejavu dan sebagainya.Pi belek sendiri artikel lepas-lepas huhu.Tetapi hakikatnya aku bukannya pencetus idea atau teori baru ka apa ka.Macam biasalah, membaca dan mencari sumber maklumat kat Pakcik Google lah. Dan kemudian aku hurai balik dengan cara penulisan aku dan juga pendapat aku sendiri.Pernahkah anda terfikir, alam cakerwala atau alam semesta ni luas mana? Sapa yang pernah tengok video atau baca artikel Harun Yahya so tahulah alam semesta atau universe ni sentiasa berkembang dan terus berkembang takkan ada penghujung langsung, semua teori tu bertepatan dengan apa yang di sampaikan dalam Al-Quran dan di sahkan teori ni oleh saintis moden zaman sekarang.Maka boleh baca sendiri teori tu dan tak payah la aku explain sebab aku pun tak paham formula sains yang ditahkikkan tu huhu.Cuma aku tertarik bila bab mengkaji alam semesta ini dengan menggunakan Hubble Telescope.Apa ke benda telescope tu.. ha pi klik link tu aku dah attach direct ke web NASA dia dah terang fungsi teleskop cuma bahasa mudah untuk tangkap gambar atau capture bintang-bintang di angkasa dengan lebih detail.

Sumber : NASA.

Haa nampak dak… berbillion-billion bintang di langit.. so aku dengan ini mengesahkan lagu Man Bai yang starting dengan verse “Beribu bintang di langit kini menghilang..” Haa dia silap huhu. Kalau anda perati betul-betul, punyalah belambak galaksi seperti bima sakti. Sapa taktau bima sakti tu apa, time kelas sains dia LENA.Jangan dok jadi mat lena.Rugi nanti tak dapat ilmu.Cuba bayangkan dalam satu bima sakti, sistem suria atau matahari kat dalam 1 bima sakti tu macam debu ja kecik.

APA YANG MENARIK.

Di dalam gambar tersebut (for sure dalam format HD yang boleh dizoom nampak clear), para pakar telah mengira terdapat hampir 10,000 galaksi! Makna kata ada dekat 10,000 bima sakti! TETAPI itu hanyalah merangkumi lebih kurang 0.04 darjah pemetaan dari sudut pandang lens teleskop tula.Katakan anda di duduk dalam sebuah kotak, agak-agak berapa kali nak kena snap gambar untuk dapat gambaran 360 darjah kotak yang anda duduk dalam tu.Macam tu la lebih kurang konsep.Maka untuk dapatkan keseluruhan pemetaan atau merangkumi semua langit berdasarkan dari kedudukan berada di bumi, perlukan 23 juta keping gambar macam kat atas! So 23 juta darab dengan 10,000 bersamaan dengan ?? 230 billion! 230 billion galaksi nak habaq bagi! Sekadar gambaran kasar the exact jumlah memang tak dapat di ketahui sebab alam semesta sentiasa berkembang dan berkembang.

Di mana bumi tercinta ini?

Sumber : Wiki

Kat mana lagi kat bima sakti lah, atau pun dalam bahasa omputeh Milky Way. So kalau rajin baca anda tau lah, kita punya sistem suria, besaq debu cinonet ja dalam galaksi. Maka aku ringkaskan, kajian yang saintis telah buat, di anggarkan terdapat 200 billion hingga 400 billion sistem suria macam matahari kita.Amik mudah, paling minimum, 200 billion darab dengan 230 billion galaksi bersamaan dengan??? Ni kalau tekan calculator ni jahanam hahaha..

460,000,000,000,000,000,000 sistem suria! Ok sebenarnya to be exact aku taktau berapa 0 nak kena letak huhuhu!

OK teori Einstein menyatakan, kita manusia atau benda secara fizikal tidak akan boleh capai atau cipta kapal berkelajuan cahaya. (300,000 km/s) . Adalah reason dia, pi la baca journal sains huhu.Apa akan jadi jika benda fizikal (terdiri dari atom) dan manusia (terdiri dari cell) bergerak tahap kelajuan cahaya.Katakan paling top kelajuan manusia mampu pergi iaitu hypervelocity (10,000 km/s), maksud aku bukan manusia la haha, tu Superman, maksud naik kapal la kan.Itu memerlukan 450,000 tahun untuk sampai sistem suria paling terdekat dengan matahari kita.Ataupun, 40,000 billion kilometer dari bumi.

“Elehhhhhh kan alien macam dalam filem kan power! Ada kapal angkasa hebat, ada teknologi hebat, kot depa laju 2 kali cahaya laju…kira senang cerita depa nak mai boleh jaaaa…….” Haaa tu argument orang selalu dok kata, atau sembang kemas… nak cerita pasai logikal filem, kat bulan pun ada Decepticon terkambus dalam permukaan bulan. Kapal Autobot pun ada kat sana.Bukan jauh mana dari bumi. Contoh. Tapi mari kita bercerita tentang fakta, real sains, real hakikat.Huhu nak sembang logik filem, esok pun Thanos boleh mai sebab kapal dia power 20 kali kelajuan cahaya.. ha tu sembang cara budak-budak haha.

Sapa dah tengok filem Insterstellar? Based on true facts la jugak berkaitan teori sains. Aku ada ulas panjang jugak mengenai filem tu. Baca kat sini. Andai kata Megatron nak mai dengan tentera dia (saja contoh Alien), means dari sistem suria terdekat, dia kena lalu atau travel melalui wormhole atau bahasa sains curvating space time.Lol aku nak terang details aku bukan ahli fizik atau saintis, apa kata ada masa ampa tengok filem Interstellar, hampa Google sendiri fakta mengenai wormhole.Bahasa kampung dia jalan shortcut la, dan sapa belajar fizik angkasa ka atau fizik astronomi ka, kita berada dalam 4 dimensi atau 4D spacetime.

So apa kejadah 4D ni, dia kira macam tengok movie kat panggung la kannn… kalo 3D dia timbul betoi dak nampak macam objek mai kat muka kita, kalo 4D, kerusi wayang kita bergoyang bila adengan meletup tudiaa apa benda aku merapu haha. Nak ringkaskan kita hidup dalam 4 dimensi, angkasa, unsur, tenaga dan masa. Lol, aku main hentam teori sendiri. Aku senang cerita malas aku nak taip panjang, tengok saja lah video kat bawah huhu

So sekarang jugak Alien boleh datang kepada kita, tetapi melalui wormhole, nak membolehkan wormhole tu berlaku atau buat tunnel memerlukan spacetime curvature, jadi kalo alien mai pun dia hanya boleh tengok kita, kita takleh tengok dia, sebab Alien tak duduk dalam 4D.Kalau ampa tengok filem interstellar, perasan tak masa scene kat rak buku, pak dia dok jerit2 panggil anak dia tapi tak dengaq, kira pak dia dah berada dalam spacetime curvature.

So cerita dia lagu mana ni, logik ka tak logik depa nak mai? Berdasarkan teori sains dan facts. TAK LOGIK.Setakat penemuan teori sains abad ini la kan.Taktau la in future ada hypersuperduper advance teknologi. Selain itu disokong lagi dengan macam-macam teori.Daripada kiraan bertrillion-trillion sistem solar tadi, katakan 1 per 1000 billion sistem solar, nisbah kemungkinan terdapatnya sistem suria yang mempunyai kehidupan. Tapi dari jumlah nisbah tu pun, terdapat anggaran 460 billion planet macam bumi. LOL memang jenuh.Jarak antara 1 sistem suria ke satu sistem suria yang lain pun takleh nak mai kena melalui wormhole.Dan untuk membentuk simple sel, 3 billion tahun diperlukan.So nak bentuk atau terhasilnya makhluk sempurna tu berapa billion tahun pulak, tak silap aku alam semesta ni terbentuk 14 billion tahun yang dahulu (ini kiraan saintis sahaja, bukan tepat).Ada pula teori Alien dulu dah penah mai, contohnya piramid, mana mungkin manusia normal bina dengan bongkah batu besar.Bab teori ni semua orang boleh buat assumption sendiri atau apa saja manusia fikir dari tahap kemampuan otak manusia saja dia mampu fikir tahap tu.Tak kisah la dari sudut teori sains atau logika akal.

Apa pun the core thing, ataupun prinsip asas alam fana ini atau apa saja yang berlaku di alam semesta ini, mestilah merujuk kepada sumber Al-Quran dan hadis.Sudah berapa banyak teori sains alam semesta yang telah dibuktikan dengan tepat oleh saintis moden yang bersumberkan kitab Al-Quran walhal ianya diturunkan beribu-ribu tahun dahulu.Allah yang berkuasa menjadikan seluruh alam cakerawala ini, if adanya Alien tentunya ianya juga termasuk dalam senarai makhluk ciptaan Allah.TETAPI bab tafsiran ni kadang atau pun menafsir ayat-ayat dalam Al-Quran ni, manusia boleh tafsir mengikut apa yang dia fikir “maybe” logik.OK sekarang tolak tepi makhluk yang manusia takleh nampak seperti jin, syaitan dan malaikat.If nak kata Alien mesti nampak kan?.Takkan secara dasarnya tak nampak.Nak kata mata terbuka hijab ka, pakai bomoh ka, itu kes berkecuali.Hakikatnya manusia memang takkan nampak jin, syaitan dan malaikat.

Antara penafsiran atau argument para penafsir atau pengkaji teori tahkikkan adalah surah Asy Syura Ayat 29

“Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

So the point is, makhluk yang melata, di bumi tu semua orang tau, manusia dan haiwan, tetapi di langit? Adakah makhluk melata di langit? Melata means macam boleh berjalan, bukankah itu macam ciri-ciri makhluk asing?  Tetapi tulah, setengah orang takleh terima, contoh orang macam aku ni, maksud takdak pendidikan agama tinggi bab ilmu tafsir dan orang awam takleh pandai-pandai buat tafsiran sendiri.Hanya ulamak yang layak.Tapi, Allah juga kurniakan akal fikiran untuk mengkaji, untuk meneliti dan selagi tak melampaui syarak atau berfikir berlebih-lebihan macam barat.Maka untuk sambungan adakah Alien ini wujud dari sudut pandang agama, maybe aku akan tulis lain satu entri khas.Sebab ianya nanti akan panjang berjela-jela huhu.Ini pun dah lenguh aku taip haha.Bagi dari sudut pandang agama ni, selalunya beyond human punya imagination atau beyond dari akal fikiran manusia yang berdasarkan teori sains dan kiraan matematik fizik.Aku macam terfikir something, tapi kang satgi aku tulis, dah orang label kaki DVD (pak kata Pak Jabit), kaki tengok filem huhu.Sebab dah relate dengan rentetan kejadian sebelum berlakunya hari kiamat.Dajjal punya kuasa punya la hebat sampaikan beyond punya manusia mampu fikir dari sudut sains.Dah tu yakjud makjud lagi.So nanti-nantilah aku tulis sebab perlu berhati-hati bila tafsir bab-bab berkaitan agama ni.

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Akhir kata sebagai penutup, apa yang sahaja yang berlaku di alam cakerawala ini, segala terjadi atas kekuasaan Allah.Dan Allah juga menghidupkan dan mematikan apa saja DIA kehendaki.Dan Allah boleh buat apa sahaja yang DIA kehendaki meskipun ianya takkan boleh langsung ditahkik menerusi teori sains atau merentasi pemikiran manusia oleh kerana akal fikiran ini pun atas kurniaan Allah.Seperti mana alam roh, tiada siapa atau manusia mana di dunia pun boleh mengkaji tentang alam roh dari sudut sains.Bermakna dapat dibuktikan sahih dari sudut sains.Manusia hanya mampu buat assumption dan penilaian setakat mana yang boleh difikirkan oleh akal fikiran yang sangat terhad.

Facebook comments: