18Okt12

Bahasa standard tidur atau lena atau panjang sikit melelapkan mata atau merehatkan mata atau? lagi apa lagi? Kalo belah utagha ni, atau Kedah la terutamanya, aku orang Kedah huhu, sebutan atau loghat dia jadi lain.. yakni TIDOQ.. ada Q kat belakang atau yang lain MENERELOH.. ada sapa familiar dengan perkataan ‘menereloh’ ?

Jum la tidoq huuuu… kroihhh kroiihhh dah alang-alang dia punya formula 50% x Usia = Masa yang dihabiskan untuk tidoq.Tetapi kalau konsisten 6-7 jam ja sehari tidur.. rasa 30% sahaja sepanjang usia kita habiskan masa dengan tidur.Sampai sekarang saintis (setakat yang dah aku baca la, maybe fakta yang aku baca just tipu je ke haha) belum dapat cari punca sebenar kenapa manusia perlu tidur, yelah jawapan senang tentunya dah letih ngantuk tidur la.. hakikatnya sebab apa letih? sebab apa ngantuk? tak tidur takleh ka.. bolehkah manusia tak tidur langsung? mengapa otak perlu beritahu pada kita bahawasanya at certain time kita mesti akan fall asleep dengan apa cara sekalipun.Dah macam reminder, tak kira la waktu apa sekali pun, andai manusia itu normal (tanpa kena dadah atau kopi) hakikatnya mau tak mau dia kena jugak tidur walaupun dia dah berusaha untuk berjaga.. akhirnya terlelap jua.Kesimpulannya saintis mengatakan.. ianya berpunca dari otak.. otak suruh tidur.. maka tidurlah.Maybe otak pun tak larat perlu rehat so dia bagitau sistem badan suruh rehat jugak huhu.

Zzzzzzz ZZZZZZzzzzzz………..

Facebook comments: