5jun12

Masih ingat lagi Friendster? Huhu.. masa aku zaman kat U memang top gila kot friendster.. time tu takdak lagi Facebook.Time tu sikit-sikit orang dok kata.. “woi tak bagi aku testi ka?” haha.. sikit-sikit mintak testimonial.. huhu.Mana ada timeline newsfeed time tu.. nak tau friends punya update terpaksa pi dekat wall depa.. baru tau depa upload pic terbaru ka apa ka.. dan features yang Facebook tak buat adalah macam ayat aku kat atas tu huhu… sapa kaki stalk kantoi woii..  haha.

Masa era sebelum Facebook mai (kot lerah 2008 camtu seingat aku) Friendster dengan myspace paling Top.. ada lagi la yang lain.. macam Tagged, Hi5, virtual friends dan lain-lain yang tak famous.Things changed so fast.Sapa sangka mai ja FB boleh tapau abih semua haha.. dan aku paling tak sangka penangan FB sampaikan Friendster bungkuihhhh teruih.. sampai jadi portal gaming online..dan sekarang bila bukak alamak ada announcement apa ntah laman ditutup sementara… aku pulak ralit dengan Facebook time tu sampaikan tak sempat nak jenguk Friendster dan amik balik gambaq-gambaq lama kenangan time U.. sedaq-sedaq eh.. lol.. dah tutup rupanya

Dulu masa era friendster tengah top mana la ada smartphone.. nak online mau tak mau kena ngadap laptop atau komputer.. masa tu sapa ada laptop kira kemas la boleh online kat kafe ka kedai makan ka.. tapi masa tu internet tak meluas sangat lagi.. tempat wifi ni boleh kata boleh bilang dengan jari.. masa tu dua benda ja orang dok syok Yahoo Messenger (YM) dengan friendster.. dua benda ni top sebelum mai nya Facebook dan era smartphone bermula.

Apa pun setiap permulaan mesti ada pengakhiran.. ibarat dahulu orang dok gila nokia.. sapa sangka akhirnya jenama nokia terus merudum dan mengalami era kejatuhan yang sangat teruk bila mana era smartphone bermula.Begitulah juga Facebook.. di suatu masa mesti ada sesuatu yang menggantikan atau permulaan fasa baru empire media sosial.Segah mana pun empire Rom akhirnya jatuh juga…

p/s : masa era Friendster dulu best boleh tau sapa yang kerap tengok profile kita huhuhu… rasa macam wow.. ‘mamat’ ni atau ‘minah’ kerap jugak amik tau pasai hidup aku hahaha…

Facebook comments: