Ya salam semua kepada pembaca sekalian.. kembali kita ke segmen lukis melukis dengan menggunakan Samsung Galaxy S2 hehe.Pada entri-entri lepas sudah aku terbitkan entri mengenai karya lukisan yang dilukis dengan jari jemari ku di atas screen telefon pintar Samsung Galaxy S2.Kepada pembaca yang mungkin belum tengok contengan aku maka boleh lah lihat balik part 1 dan part 2 entri tersebut.So entri kali ini adalah cubaan aku untuk melukis karikatur pula.Sebenarnya lukisan aku lebih kepada kekartunan atau bentuk kartun berbanding real live manusia huhu.Pernah jugak dulu cuba lukis-lukis potret tapi agak take time berbanding dalam bentuk lukisan kartun yang lebih santai ketika sketch.Kalau potret ni kena daya penumpuan yang tinggi hehe.Bagi aku lah.. yang dah pakar maybe sekejap saja kot sketch.

Aku pun masih baru dalam arena melukis karikatur ni hehe.. pendek kata aku nak melukis bila ada mood sahaja.Rasanya kalo aku hari-hari melatih lukis karikatur ni.. maybe leh cekap kot huhu.. member aku cakap.. bakat dah ada cuba kena asah je.Dan kawan aku cakap lagi kalau aku lukis dengan pensel maybe lagi sempurna berbanding jari jemari.. walaupun ada touchpen untuk S2 ni.. tapi ntah lah aku lebih selesa guna jari.Sebab feel dia lain huhu.. guna touchpen sensiviti lakaran tak berapa nak details sangat.. jari lagi best.So apa pendapat korang lak huhu.. Meh tengok koleksi karikatur yang aku dah lukis kat bawah dan beri pendapat anda hehe.. mana tahu aku leh asah bakat lagi huhuhu…

Huhu sahabat karib aku.. Encik Mufti huhu bersama dengan jurulatih pasukan bola sepak kedah musim ini iaitu Wan Jamak

Huhu ni Amin.. senior sekolah aku dulu

Ni request dari junior aku dulu time kat U huhu.. dia nampak aku upload lukisan kat facebook, maka dia pun request untuk melihat wajah dia dikartunkan hehe.

Ni request dari Puan Asma juga member aku huhu.. bersama dengan anaknya Khalyf

Hahaha ni kucing member aku, nama dia Julies.. saje jek nak mengartunkan dia huhu

Haa yang mamat pakai cap ni aku sketch guna Note.. bukan S2. Galaxy Note tu member aku punya yakni tuan gambar kat atas tu.. Dia suh aku lukis guna Note dia huhu.

So apa pendapat korang lak melihat pelukis amatur cam aku ni lukis karikatur huhu.. kalo aku bosan-bosan lepak kat CM agak-agak ada orang sudi tak nak suh wajah mereka dikartunkan hehehe..

KEPADA MEREKA YANG NAK JUGA WAJAH MEREKA DIKARTUNKAN BERITAHU SAYA.. FREE SAHAJA.. SEBAB SAYA SEDAR SAYA PELUKIS AMATUR huhuhu..

KEPADA RAKAN BLOGGER YANG INGIN WAJAH MEREKA DIKARTUNKAN JUGA SILA BERITAHU.. huhu juga FREE. Cuma saya harapkan anda terbitkan satu entri mengenai lukisan saya di blog anda.. yakni untuk slot Wordless Wednesday..

*Term and Condition applied

**Memandangkan saya sukarela melukis yakni FREE sahaja buat.. so don’t expect saya akan buat secepat mungkin hehe.. kerana saya akan melukis bila free time sahaja. Kerana saya sedar ada pelukis professional lain yang sememangnya perlukan job berbayar huhu.. saya hanya amatur dan secara suka-suka buat free untuk rakan-rakan blogger dan pembaca sekalian.

Facebook comments: