Tanpa berceloteh panjang aku ingin mengwar-warkan siri komik yang bakal aku terbitkan di blog ini.Sebenarnya entri ni sepatutnya aku tulis minggu lepas.Aku sudah mengwar-warkan komik bersiri ini di facebook dan instagram aku tetapi di blog sahaja dok bertangguh nak update haha.Tarikh keluarnya adalah esok haha… sebelum ini sudah keluar entri mengenai komik bersiri yang bakal aku keluarkan iaitu mengenai dunia kucing (rujuk entri).Tetapi atas sebab-sebab tertentu aku keluarkan komik bersiri lain dulu haha… project mengenai komik dunia kucing tu tetap berjalan dan akan dikeluarkan juga.Sinopsis dan jalan cerita setiap episod telah aku siapkan cuma lakaran kasar belum di outline…. so para pencinta kucing dan komik berkaitan dengan dunia kucing… tunggu lah ye… Nanti akan keluar juga… cuma lambat atau cepat sahaja.

So mengenai komik yang bakal keluar esok ini.. yakni secara detailsnya seperti sneek peek di bawah, ianya berkaitan dengan survival.Sebuah kisah survival penuh dengan tragis, emosi, persengketaan, keluarga, wabak dan kematian. Sebenarnya aku dah rancang lama nak bok kuaq komik stail camni… tahukah anda sejak bila? Sejak dari tingkatan 1 lagi! Sebab pada ketika itu tahun 1998.. aku bermain game PS1 iaitu Resident Evil 1 dan juga Resident Evil 2… since dari itu aku sangat berminat dengan genre zombie dan virus-virus dan berangan-angan nak keluarkan cerita dan komik aku sendiri….. then kemudiannya setelah  dekat 17 tahun baru terasa nak buat hahaha…. the thing is kisah mengenai zombie, virus, mayat hidup dan seumpama dan bersepah-sepah dah ada… yaa maybe aku terlambat nak buat haha… so benda-benda camni dah basi la orang kata… apa pun better late than never…. Now or Never… sesiapa yang tidak berminat… tidak perlu baca.

Bagi mereka yang belum mengenali diri aku sebenarnya dari kecik lagi since aku darjah 1 aku memang suka melukis… atau bahasa Kedah contiang.Dari sekolah rendah lagi aku suka buat komik bodo bodo.. aku taktau nak istilahkan apa… komik jenis syok sendiri… saja-saja lukis dan kemudian bagi kawan baca.. kemudian hilang macam tu saja segala apa yang aku lukis… jenis main lukis ikut dan ja atas buku latihan sekolah.So segala minat aku lukis-lukis ni hanyalah di coretan kertas-kertas yang mana tak lama kemudian hilang begitu sahaja.So untuk tidak ulang taip banyak kali mengenai sejarah hidup aku suka lukis-lukis ni apa kata ampa selak balik blog post aku lepas-lepas yang lama-lama hahaha~ tak payah aku nak taip banyak kali.Cut to the point…. bila tiba zaman internet ni… aku sangat happy at least ada orang akan tersinggah blog aku dan baca komik aku… instead of pada zaman 90-an atau zaman tiada internet yang mana segala benda yang aku conteng dan lukis akan hilang begitu sahaja.

So untuk komik ini.. buat masa ni aku tiada masa yang fix dan tetap untuk aku keluarkan… means sama ada secara berkala mingguan, harian, atau bulanan.Aku tengah sorting balik keja aku… dan kemudiannya aku berharap komik aku ni aku akan terbitkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.Aku sebenarnya dalam perancangan andai ada masa yang banyak untuk aku lukis… means aku lukis siap-siap banyak-banyak episod.. then leh kuarkan secara berkala.Maybe aku bercadang nak fokus siapkan dalam seminggu then ianya time frame untuk 3 bulan mendatang untuk keluaran setiap minggu.

Sketch2623212

Selamat membaca nanti~ apa pun di ingatkan komik ini ada unsur-unsur keganasan 18sg.Ianya bukan untuk bacaan kanak-kanak.

 

Facebook comments: