Pasangan tua

“Ni Esah… esah oii.. ish mana orang tua ni panggil tak jawab..” berkeluh kesah Pak Seman memanggil nama isterinya tak menjawab.Lalu Pak Seman teruih ke kamar beradunya yang masih mengekalkan tema evergreen.Dilihat isterinya masih lagi baring dan tidur-tidur ayam.

“Ni Esah apa nama… tu ang punya cucu menakan kesayangan ang kawin ngan menikah ari ni, ang ingat ka dak jalan nak pi rumah depa.. “ berkata Pak Seman sambil mencuit bahu isterinya yang sedang tidur-tidur ayam. Lalu isterinya memalingkan muka

“Yaka arini ka, lupa dah aihh..” balas Makcik Esah sambil menggosokkan mata.

” Ish ang ni macam2 lupa..Ni apa nama ang pi siap kaih.. ni kebetulan aku dok rasa sihat sikit.. tadi apa nama si Salim promote aku pekena Kopi Jantan Rimau Misai Kontot teruih jadi segaq..” ujar Pak Seman sambil menyikat rambutnya yang tinggal sedikit.

Makcik Esah sudah lama tidak berjumpa dengan cucu menakannya.Si Danial lepas ayahnya iaitu anak menakan abang Makcik Esah pergi Amarika, ditinggalkan Danial kepadanya untuk dijaga.Biasalah bila mak ngan ayah tiada sehaluan, anak-anak yang jadi mangsa.Setelah 5 tahun Makcik Esah membela cucu menakannya barulah kedua ibu bapa mereka mengambil semula setelah persetujuan mahkamah untuk merujuk semula.Sedar tak sedar dah 15 tahun berlalu, dah kawin rupanya si Danial tu.

“Ish Esah oii, ang ni muda sampai ke tua, asai suh bersiap 3 jam.. kaih la Esah oii..” merungut Pak Seman sambil membetuikan kopiahnya.

“Hang tengok tu, tuk ang tu takleh sabaq sikit..’ Berkata Makcik Esah kepada cucunya yang berusia 6 tahun yang leka bermain Somsang 8 inci milik ayahnya.

“Amboi abg ni.. time muda dulu.. 3 jam bersiap sanggup tunggu.. mai kui tua ni, dok aku hang, aku hang tak abih-abih.. lempaq mana abih ayat sayang-sayang” seraya berkata Makcik Esah sambil mengenakan tudung ekspress ala serlum terus.

“Tretttteeett… Treeettrreett..” Berbunyi enjin kereta seperti tidak boleh dihidupkan.Pak Seman dah garu kepala.Kereta Datsun yang dibelinya time awal perkahwinan 40 tahun dulu tiba-tiba buat hal.Pak Seman cuba lagi sedaya upaya untuk menghidupkan enjin dan dipulas-pulas kunci kereta tak juga boleh-boleh.Dari pandangan cermin pandang belakang dilihat wajah isteri di pintu dengan muncung mulut lebih 3 inci.

“Itulah, Esah suh tukaq keta baru takmau, duit ASB juta-juta..” berkata Makcik Esah sambil mempamerkan gaya kecewa muncung bibir 3 inci.

“Benda nak jadi Esah oii.. ni toksah dok buat mulut muncung gutu.. time muda boleh la aku tergoda cam Anjalina Joli.. ni tua2 bangka nampak huduh ngat aiihh.. ni apa nama takpa kita naik teksi takpun bas..” ujar Pak Seman selamba.

Kebetulan tempat perhentian bas tidak jauh dari rumah usang mereka iaitu tepi jalan sahaja.Matahari tegak di kepala.Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.Berpeluh-peluh Pak Seman dan juga Makcik Esah yang tak henti mengelap dahi sambil menunggu.Lalu kedengaran suara Pak Seman yang seakan give up..

“Ni Esah.. takpa la lain kali saja kita pi rumah depa len, tak nampak langsung pun batang hidung teksi ngan bas ni..” bersuara Pak Seman.

“Aishh alang2 dah tunggu kat sejam ni.. alohh sat ja sampai la tu.. “ bersuara Makcik Esah yang seakan menanti harapan.Jauh di sudut hatinya dia masih ingin berjumpa dengan cucu menakan kesayangannya itu.Kenangan menjaganya time kecik selama 5 tahun menggamit perasaan Makcik Esah.Cucunya itu pula hasil perkawinan campur.Dah besar-besar ni tentunya handsome macam pelakon Fast Furious setelah 15 tahun tak jumpa.

Akhirnya setelah 2 jam menunggu dalam kepeluhan.Akhirnya tiba juga sebuah teksi.Tetapi malangnya ada penumpang lain dalam teksi itu.

“Err pakcik makcik.. nak ikut seorang penumpang ok la lepas, kalo dua orang agak sempit sikit…” berkata pemandu teksi tersebut.

Belum sempat Pak Seman memberikan jawapan Makcik Esah lantas membukakan pintu kereta.Nampak sungguh desperate Makcik Esah hendak berjumpa cucu menakan kesayangannya.Pak Seman dalam perasaan was-was akhirnya mengikut jugak kehendak isterinya walaupun didapati ada penumpang berwajah ala pelakon bollywood di dalam teksi tersebut.

Maka teksi memulakan perjalanan setelah Makcik Esah memberikan sedikit panduan ke rumah pengantin.Pak Seman dah mula mengelap peluh.. harapannya untuk menaiki teksi berair-con rupanya meleset.Teksi tersebut aplikasi konsep environmental friendly dengan menggunakan sistem angin luar masuk (yakni buka tingkap).Pak Seman mula dah rasa pening-pening akibat bau rembesen peluh Mat Bangla yang turut menaiki teksi tersebut.. Makcik Esah pula tidak sabar hendak sampai ke destinasi dan tidak langsung mempedulikan bau rembesen peluh tersebut.Sudah berpuluh kali Makcik Esah membela cucunya dengan menyucikan najis mukhafafah mahupun mutawassitah, setakat bau rembesen peluh sudah enteng baginya.

Setelah 2 jam perjalanan yang penuh azab disamping sesat jalan 8 kali maka akhirnya sampai juga Pak Seman dan Makcik Esah ke destinasi rumah pengantin.Setelah berbincang dengan drebar teksi, maka persetujuan dibuat supaya teksi juga perlu tunggu sekejap sementara Pak Seman dan Makcik Esah menghadiri majlis bagi mengelakkan kesusahan untuk mereka berdua pulang nanti.

“Ni jum pi jumpa Danial sat dulu sebelum makan, penat kita mai jauh-jauh ni..” seraya berkata Makcih Esah

“Ish makan dulu la, lapaq ni, lagipun tadi time salam dengan tuan rumah, Danial tengah shoot gambaq dalam bilik pengantin, takyah lah kacau satgi la.. “ balas Pakcik Seman.

Makan berbondong-bondong lah mereka berdua mengambil lauk.Sambil menikmati makanan kenduri, mata Makcik Esah meliar mencari kot-kot ternampak Danial dah kuar dari bilik pengantin yang tengah menjalani photoshoot, tetapi hampa.Fikiran Makcik Esah menerawang jauh memikirkan wajah handsome Danial cucu menakan kesayangannya.

Dalam ligat mata Makcik Esah melihat bahagian pintu masuk rumah pengantin tiba-tiba Makcik Esah ditegur kawan lama time sekolah.Maka bersembang Makcik Esah sekejap mengenang kisah lama time sekolah bersama rakannya.Tengah asyik bersembang, Makcik Esah baru tersedar matlamat utamanya nak tengok wajah Danial. Lalu dia segera meluru masuk ke rumah pengantin.. Apa nak jadi jadi lah.. di tetap nak buka pintu bilik pengantin dan nak jumpa Danial cucu menakan kesayangannya walaupun sesi photoshoot sedang berlangsung.

Baru sahaja Makcik Esah hendak memusingkan tombol pintu bilik pengantin terdengar tetamu yang berada di situ berkata..

“Laaaaa ni tadi baru tak sat ja pengantin pi outdoor photoshoot pulak.. kui 7 malam pa baru balik besa la raja sehari nak posing macam-macam..” berkata seseorang tetamu di situ.

Seperti batu besar menghempap kepala Makcik Esah.Dirinya terasa begitu kecewa tak dapat jumpa ngan Danial.Lalu tersengguk-sengguk Makcik Esah keluar dari rumah pengantin pergi ke tempat makan Pak Seman untuk mengajaknya balik sebab drebar teksi dah tunggu lama.Makin lama tunggu makin tinggi la cas.

** Cerita ni hanyalah rekaan dan imaginasi aku semata-mata tiada kaitan dengan sesiapa hehe..

p/s : Realiti sebenar kebanyakan style kenduri kawin kini.. kebanyakan sesi mandatori photoshoot telah menyebabkan sanak saudara datang dari jauh sukar berjumpa bersembang tanya khabar.

Facebook comments: