Cerpen di bawah adalah imaginasi aku semata-mata, segala watak tiada kaitan dengan sesiapa, andai kata kebetulan, ianya tidak disengajakan.. harap maklum

“Uuuu.. sob sob.. ishh.. uuuu.. sob sob..” tersedu sedan Danial

“Danial seipa ni.. awat hang ni dok tak dok reyau, asai balik sekolah baju belemoih.. balik sekolah ja baju belemoih..” berkata Imran dengan nada agak tegas.

“Uuuu.. srottt.. srottt.. si Leman buli abang tadi kat kolahh.. uuu sobb.. sobb..” balas Danial.

“Ishh ang ni la.. tak abih-abih dok bekelei ngan Leman tu seipa.. dah la dia badan besaq, ang dah la abang sulung.. toksah dok merap ngat aihh reyau.. malu nuh kat adik ang dok tengok.. dah derajah 2 dah aihh…! “ menjawab Imran dengan nada tegas.

“Tapi abah.. bukan salah cek.. si Leman tu yang pinjam raba cek.. dia yang…

“Sudah! Abah kata.. pi mandi nuh.. makan nasik, mak hang dah sedia kat dapoq…” balas Imran dengan suara agak keras.

Dengan muka bebai, Danial menyeret beg sekolah masuk ke bilik.Lalu Imran kembali duduk di sofa sambil menekan remote TV untuk melihat rancangan Nat Geo Wild.Sambil melihat boya membaham kambing, dan kambing membaham rimau..fikiran Imran menerawang jauh.Bukan Imran tidak tahu sudah lama si Leman anak kepada Salmah sering membuli anaknya.Ikutkan hati hendak saja Imran ke rumah Salmah dan memberitahu perihal tentang si Leman, tetapi apakan daya.. Imran berasa terlalu segan hendak bersemuka dengan Salmah yakni bekas kekasihnya dahulu.Walaupun kini Imran dan Salmah telah memilih haluan masing-masing.. tetapi jauh di sudut di hati Imran masih lagi terkenang kisah lama antara mereka berdua, dan kerana sikap Imran sendirilah dahulu yang menyebabkan mereka berpisah.Imran terasa sangat bersalah tambahan pula kini Salmah menjadi janda maka lagi segannya lah Imran untuk bertemu Salmah untuk mengadu perihal Leman..

“Abang…… lauk dah siap, jum makan..” Terhenti terus lamunan si Imran bila mendengar isterinya si Kinah memanggilnya untuk makan tengah hari.Macam tahu-tahu saja Imran tengah mengelamun kisah lama.

“Ya sayang.. abg datang..” dengan menggunakan teknik gulungan kain pelikat ulaq sawa, Imran segera ke dapur.

Selesai makan tengah hari berkata Imran kepada isterinya.. “Ni Kinah..ni sudah la kot Kinah oii, dok main coklat keraih (candy crush) dari tadi tak abih-abih, pi pujuk si Danial tu.. anak hang dok merap apa dalam bilik dari tadi.. bebai tak abih lagi…”

Lalu berlalu Imran menuju ke buaian di luar rumahnya.Sambil duduk melayan ritma ulang-alik buaian.. Imran berfikir sejenak memikirkan tentang masalah anaknya.Dia harus melakukan sesuatu.. sudah jemu baginya mendengar si Danial kerap ngacum perihal Leman yang kerap memukul dan membuli Danial.Hampir 3 jam memikirkan penyelesaian akhirnya Imran mendapat idea.

KEESOKAN HARINYA

“Abah! Tadikan Leman nak pukui Danial.. Leman amik raba Danial takmo bagi balik.. dia kata dia punya.. pastu Danial nak rampas balik..” berkata Danial dengan tercungap-cungap

“Haa lepas tu apa jadi..” berkata Imran dengan nada ingin tahu.

“Leman tumbuk Danial, Danial elak.. Leman terajang Danial, Danial leh elak gak.. Leman geram dia pegang tangan kuat2 Danial takmo bagi lepas.. lepas tu.. Danial balik kuang di udara lalu menyepak Leman untuk melepaskan diri… “ bercerita Danial dengan penuh semangat.

“Wah balik kuang tu.. bukan senang nak buat plit lagu tu di atas udara!” berkata Imran teruja.

“Ya Abah.. tiba-tiba Danial boleh elak segala pukulan Leman, tiba-tiba rasa macam Danial power.. macam Berus Li Abah! Dah tu siap leh angkat Leman dengan senang ja Abah!” cerita Danial lagi.

“Hang ni biaq betui Danial.. Leman tu 3 kali berat hang kot.. sampai ang boleh angkat dia kat udara dah tu ang boleh plit kat udara.. hang ni Danial banyak tengok Naruto sungguh!” Berkata Imran seakan macam tidak percaya.

“Betoi Abah.. tengok Abah Danial boleh balik kuang (plit) kat udara.. Uhhhhh” terus beraksi Danial depan abahnya.

“Wahh tudiaa hang biaq betui.. sup sup ilang gutu ja ish ish.. dah-dah ang pi mandi.. mak ang dah sedia makanan kat dapoq” berkata Imran.

Tersenyum Imran melihat kelatah anaknya.Ternyata idea dan penyelesaian yang dia fikir semalam akhirnya menjadi kenyataan.Akhirnya nanti tak mungkin si Leman akan membuli anaknya lagi.Danial mampu mempertahankan diri sendiri dan beraksi ala-ala Wong Fei Hong.Rasanya untuk masa depan Imran mungkin memasukkan anaknya ke program persilatan sedunia atau tidak pun olimpik.

KEESOKAN PAGINYA sebelum Danial ke sekolah.

Danial sebelum salam abah mai minum ayaq ni dulu..” berkata Imran

Ye abah..” Lalu bersalam mereka anak beranak sambil belaga pipi.

“Abang.. abang bagi minum Danial ayaq apa??” berkata tiba-tiba Kinah isteri Imran yang baru bangun tidoq dan rambut seperti singa Nat Geo Wild.

“Tuuu…” Imran memuncungkan mulut ke arah almari buku stor belakang rumah.

Kelepap..!! terus pengsan Kinah menghempap lantai umah sambil mencetus magnitud 3.2 skala ritcher.

Ternyata ayaq sarang anai-anai yang memakan komik-komik hongkong seperti Alam Perwira, Senjata Misteri, Raja Rimba, Pedang Setiawan dan komik Hongkong lain yang disimpan di stor belakang umah sangat mujarab menjadikan Danial sangat power seperti Berus Li.

p/s : Dalam seminggu dua ni, heboh kat FB orang dok bercerita mengenai “ayaq sarang anai-anai” hehe.. aku saja nak troll jugak pasai isu ni hehe

anai anai

Facebook comments: