Artikel ini sebenarnya aku dah taip lama dah.. dan aku dah publish ke status Facebook aku hehe.. time tu takdak mood nak berblogging.. kini mood sudah ada aku kongsikan kembali di blog aku dengan beberapa tambahan info dan penulisan.Semoga bermanfaat.

Mulanya aku tak amik port pun jenih filem-filem omputih… ouhhh di dalam benak sanubari… ohhh another propaganda made by amarika nak kata depa power semua itu ini.. bla blaa bla.. you know… tipikal hollywood… agenda propaganda is the main thing……so i just watch for fun… tengok keindahan CGI.. then disamping keruik keruik makan popcorn.. belahakk.. burppp.. dah abih tengok start keta.. balik tidoq.. esok pagi lupa.

Tapi bila mana secara tiba-tiba aku mendengar ceramah Dr Zakir Naik di youtube berkata tentang insterstellar…rasanya semua kenal sapa beliau… sebenar dia takla cakap directly mengenai filem tu… cuma subjek pasai interstellar ada dalam topik ceramah beliau….then aku terus teringat pasai filem tu.Aku besa la..di kala waktu senggang selain buang masa main game, tengok tv series.. aku suka juga tengok ceramah kat youtube… secara randomly play mana2 berkenaan.. yelah sesekali otak perlu disaji dengan ubat minda dan muhasabah jiwa… yelah hari2 dok sodok dengan hiburan jahanam roh hang.Perlu balance dengan unsur kerohanian..

interstellar timeline

Then lantaran itu aku terfikir semula pasai filem tu.. ya ianya padat mengenai saintifik facts yang mana kalo sapa belajaq amik pure fizik boleh sahkan kot.. bagi aku yang dah lama tinggalkan dunia akademik tentunya berkata…. ahhhh ini sains fiksyen ciptaan amarika lahanat pui pui yahudi freemason iluminati bla bla seangkatan. Ok di bawah ni aku quotekan apa yang Dr Zakir perjelaskan.

The Presence of Interstellar Matter

“Space outside organized astronomical systems was earlier assumed to be a vacuum . Astrophysicists later discovered the presence of bridges of matter in this interstellar space. These bridges of matter are called plasma, and consist of completely ionized gas containing equal number of free electrons and positive ions. Plasma is sometimes called the fourth state of matter (besides the three known states viz. solid, liquid and gas). The Qur’an mentions the presence of this interstellar material in the following verse: “He Who created the heavens And the earth and all That is between.” [Al-Qur’an 25:59]

So apa sebenaqnya insterstellar dalam pemahaman saintifik? In astronomy, the interstellar medium (or ISM) is the matter that exists in the space between the star systems in a galaxy. Bila aku buat sedikit kajian atau google mengenai NASA ya pada tahun 2012… means 2 tahun lepas beb… kapal NASA berjaya mendarat di interstellar dan mengumpul specimen untuk dibuat kajian.. tapi 2025 baru leh tau.. tera kapal nak patah balik huhu.So penemuan interstellar oleh peradaban manusia ni baru lagi… ya baru sangat2.. baru 2 tahun lepas! tetapi ianya telah diberitahu oleh Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu!

Ok tu cerita pasai interstellar.. dalam filem tu jugak telah menunjukkan teori relativiti ( aku takmau abaq apa yang berlaku dalam pilem tu satgi spoiler plak pada sapa yang teringin nak tengok ) yang mana umum tahu saintis terkenal Einstein telah mentahkikkannya pada awal abad ke 20.Apa kejadahnya teori relativiti ni… adakah cucoq pisang cicah sambal kicap? Ok tu sebenaqnya aku taktau nak explain camana sebab dulu time belajaq fizik aku tengok cicak kat dinding bila cikgu mengajaq huhu…ok dengan quick search dari google dapat aku simpulkan di sini bahawa masa itu bersifat relatif.. dia bukannya fix… senang cerita contoh aku kalo banding dengan Tan Sri Mokhtar Al Bukhary… tentu aku miskin giler.. hari-hari balun nasi lemak custom sampai buncit… tapi kalo aku dibandingkan dengan orang afrika yang tak cukup makan tu.. of course lah aku ni berada dan kaya.Huhu aku taktau nak bagi contoh apa.. tapi camtulah la lebih kurang konsep relatif.

Formula famous Einstein rasa semua tau.. E = mc^2.Aku takmo la terangkan asas formula tu aku bukan cikgu fizik tapi… kalo baca mana-mana saintifik research or facts…masa akan berjalan slow bila mana seseorang itu berjalan menyamai kelajuan cahaya.Dalam bahasa omputihnya time slows down in direct proportion with speed.As Einstein said hours differ and days are conceived differently according to the medium, place and speed involved.Penemuan saintifik juga telah mentahkikkan faktor graviti boleh mempengaruhi masa atau dalam bahasa omputihnya “The general theory of relativity deals with gravitational fields and time is slower in the fields of greater gravitation”. So katakan aku pegi planet Zuhal.. graviti planet Zuhal tentunya berbeza dengan bumi.. pabila berbeza.. maka pergerakan atom.. pergerakan biologikal dan pergerakan anatomical melambatkan masa.

Teori relativiti ini telah diceritakan dalam Al-Quran.. ok dengan sedikit research di bawah adalah ayat-ayat Quran menceritakan teori relativiti.

“They ask you to hasten the punishment. God will not break His promise. A day with your Lord is equivalent to a thousand years in the way you count.”
(The Qur’an, 22:47)

“He directs the whole affair from heaven to earth. Then it will again ascend to Him on a Day whose length is a thousand years by the way you measure.”
(The Qur’an, 32:5)

“The angels and the Spirit ascend to Him in a day whose length is fifty thousand years.”
(The Qur’an, 70:4)

“He will say, ‘How many years did you tarry on the earth?’ They will say, ‘We tarried there for a day or part of a day. Ask those able to count!’ He will say, ‘You only tarried there for a little while if you did but know!”
(The Qur’an, 23:112-114)

So i still remember masa kelas agama dulu time kecik.. ustaz/ustazah ada ceritakan mengenai malaikat.. malaikat yang membawa utusan Allah.. malaikat dijadikan dari cahaya.So boleh nampak tak berkaitan dengan teori relativiti yang baru ditahkikkan pada awal abad ke 20 sedangkan Quran telah ceritakan 1400 tahun dahulu! Masa itu bersifat relatif! Far far away from our galaxy…… there is.. anda fikirkan.. anda mesti kagum dengan kebesaran Allah. Allah is the creator of time.Di sisi Allah sama sahaja.. HE IS THE CREATOR.. tetapi pada manusia lain pula.. keberkatan masa adalah relatif segalanya.. setengah orang masa dia tak sama dengan orang lain.. setengah orang sejam tu lama sangat-sangat.. setengah orang 1 jam tu boleh buat macam perkara yang berfaedah.. bagaimana pula dengan Imam Syafie yang mampu khatam Al-Quran 60 kali dalam sehari? Usah dikira tentang kelogikan… Fikir-fikirkan tentang ‘konsep’ keberkatan masa.

Berbalik kepada filem tadi…Di dalam filem tersebut.. astronaut telah menjumpai satu planet yang berdekatan dengan lohong hitam atau tarikan graviti sangat kuat.. so pabila mereka telah landed di situ.. maka teori relativiti dibuktikan.. dalam cerita tersebut.. 1 jam di planet tersebut bersamaan dengan 7 tahun di bumi.Aku juga secara spontan terfikir.. adakah kisah Ashakabul kahfi kalo nak direlatekan dengan modern sains ianya juga teori relativiti? Hanya Allah yang tahu.. Selain itu aku juga teringat time kelas agama.. sehari di neraka bersamaan dengan beribu tahun di dunia…aku belum buat quick search.. so aku belum tahu exact angka.Begitu juga dengan alam barzakh… jurang masa berbeza dengan real time di bumi tapi hakikatnya relatif.The thing is teori relativiti telah dijelaskan dalam Quran sebelum manusia menemukannya pada abad ke 20.

So memandangkan teori relativiti adalah legit dan sememangnya dibuktikan dalam Al-Quran beserta penemuan saintifik yang telah disahihkan.. adakah logik suatu hari nanti manusia dapat cipta kapal selaju kelajuan cahaya? Adakah logik nanti manusia dapat menjumpai satu planet yang mana kapal boleh mendarat beserta manusia boleh berjalan di atas permukaannya dan planet itu in the fields of greater gravitation? Pendapat aku rasanya tak logik… tak tahu la kan 100 tahun lagi manusia ada teknologi power mampu cipta mesin begerak pantas… tapi andai kata ada… aku rasa manusia itu akan jadi dajjal… apabila dia mampu travel through time and space… dia boleh melihat masa depan dan menjangka banyak perkara.. dan manusia akan percaya dan tunduk kepadanya.. zaman fitnah dajjal akan bermula ketika itu…hanya orang beriman mampu menyanggah dajjal tersebut… mak aihh jauh betoi aku pikiaq ni huhu.

Banyak lagi saintifik approach dalam filem tersebut.. cuma yang aku highlightkan mengenai interstellar dan teori relativi saja… yang lain lohong hitam, wormhole dan banyak lagi teori mengenai deep space tu kena rujuk NASA la.. consultant untuk filem tersebut katanya penyelidik dari Universiti juga… sama ada fakta yang lain tu betul tak betul aku tak pasti muahaha~ kot2 depa saja reka..

Banyak lagi perkara dalam Al-Quran yang belum dibuktikan dalam peradaban moden sains manusia kini.Ianya akan terbukti bila manusia semakin mengkaji dan mengkaji dan terus mengkaji rahsia alam ciptaan Allah.

Apa pun pabila berkata mengenai teori relativiti….. far far away from earth.. from our galaxy……. and from other medium (as state in theory)….. di saat dan masa ini… Allah is watching us… penghuni alam barzakh is waiting for the judgement day… there is also syurga and neraka.Semuanya benar belaka… how can we denied if Al Quran told so many things since 1400 ago and people now finally can prove that with saintifik research and facts! Kebenaran Al-Quran akhirnya akan dibuktikan sedikit demi sedikit seiring dengan teknologi dan sains yang kian berkembang sehinggalah hari kiamat.

Sekian saja kali ini… (kerebukk kerebukkk.. letup jari.. lenguh)… mintak maaf dan tegur aku andai kata pendapat dan penyampaian facts aku salah.. aku pun randomly rujuk tenet saja.Betulkan apa yang salah.Mungkin aku tersalah fakta dan kelemahan diri aku sendiri dalam memberi pendapat dan menulis

p/s : Filem ni dah tengok kali kedua pun agak macam tak paham dari segi sains … banyak saintifik term tak paham hhuhu~ tapi ingat ye adik2… tengok hanya sekadar tengok… dan ‘relate’ apa yang patut dengan kehidupan kita sebagai muslim… jangan ampa dok bangga dengan amarika,atau termakan dengan agenda tersirat yahudi dalam pilem dan seangkatan…

Di bawah adalah koleksi fakta berkaitan dengan filem Interstellar.. kebenaran ‘fakta’ hanya Allah saja yang tahu.. dari pembacaan umum di internet filem ini dibuat berdasarkan fakta sains yang sahih dan bukan saja-saja reka teori khayalan untuk bagi nampak Amarika hebat segala segi.. tu depa kata… kita kata as a muslim.. biarlah relate dengan apa sahaja yang telah dijelaskan atau dinyatakan dalam Al-Quran.

apa itu wormhole

interstellar-wormhole-travel

 

Facebook comments: