Dah lama tak update blog, maka aku hanya ingin menulis tanpa ada isi kandungan tetap dalam kepala huhu. Awal Januari atau akhir Disember tempoh hari macam bersemangat juga untuk berblogging kembali. Aku pun dah siapkan pelbagai draft artikel atau sekadar sinopsis ringkas mengenai apa yang hendak aku update menerusi entri-entri terkini. Bila masuk saja bulan Januari dan Februari, rezeki datang dalam bentuk pelbagai untuk buat job dalam dunia IM. So macam tidak sempat untuk keloi dan mengadap keyboard untuk menaip entri-entri yang aku sudah draftkan.Biarlah blog ini original dari penulisan aku. Dan bukannya copy paste fakta, atau sekadar share artikel yang sudah viral dan ulas sikit mengenai topik tertentu. Sudah terlampau banyak sangat blog sedemikian. Aku cuma ingin mereka yang singgah blog aku ini sebab aku, sebab nak baca penulisan aku.

Untuk sesuatu blog terus bernafas atau menjana keuntungan secara berterusan, hanyalah 2 perkara utama yang aku nampak (secara umum)

  1. Mesti pantas dan tuntas mengikuti apa sahaja isu yang viral atau tengah hot, dan cepat-cepat buat artikel berkenaan keyword atau kata kunci yang tengah hot tu, tak kisah la cilok artikel ke, share balik artikel orang lain ke, sekadar letak headline sahaja dan ulasan sedikit sahaja ke… tujuan utama nak kuasai SEO.. atau nak kuasai pecahan kek kuasa viral yang tengah hot tu ketika share URL blog di media sosial.
  2. Konsisten menulis dalam niche hang. Content is king. Unik artikel! Bukan copy paste yang orang punya. Seminggu 3 atau 4 kali artikel. Atau hari-hari lagi bagus. Apa sahaja topik niche atau hang memang tau bab tu dan memang makanan hang. Banyak contoh, macam Amanz, Paultan, etc.

Majoriti… boleh kata TERSANGAT banyak buat yang no 1. Tapi ada juga yang menulis sendiri dan ulas balik isu-isu yang tengah hot. Tak semua sekadar copy paste dan share balik benda yang sama. Aku memilih no 2, walaupun nampak tak famous dan perlukan masa untuk menaip, tapi kepuasan tu penting. Yes, sometimes no 1 tu memang cara buat duit cepat, yelah benda tengah hot, banyak view, banyak click, banyaklah incomenya, tetapi aku tetap memilih no 2 haha.

Tetapi tulah kadang kekangan masa dan perlu mengadap keyboard nak menaip, sometimes ramai yang memilih no 1 sebab nak cari trafik untuk jana income. Kemudian berbalik kepada niat asal hang la kan, berblogging sebab passion atau sebab nak duit atau income sahaja.Kedua-duanya mempunyai potensi income if done rights. Tetapi niat asal hang tu penting dan passion hang.Kalau aku, sejarah hidup aku huhu.. aku memang suka menulis apa yang aku rasa nak tulis huhu. Cuma tinggal mood dan masa sahaja. Kadang-kadang mood nak menulis ada, masa pulak takdak, terikat nak siapkan task client dengan cepat, dalam hati macam rindu nak menaip kat keyboard huhu. Bila masa pulak ada (time weekend contoh) mood pulak takdak haha. Time tulah baru nak kuar bersosial dengan rakan-rakan, tengok wayang, jamming dan sebagainya.

So, aku taktau nak taip apa lagi dah, saja rindu log in blog ni, rasa lama tak membelai keyboard ni, ketuk ketak ketuk ketak bunyi papan kekunci bila ditekan haha. Actually dalam dunia online, aku aktif saja macam biasa. Facebook update kerap macam biasa, begitu juga dengan Instagram. Cuma blogging ni slow sedikit sebab perlu masa untuk taip huhu. Masuk bulan 5 tahun ni, cukuplah 7 tahun aku berblogging dengan domain sendiri, sebelum tu blogspot sahaja hehe. Benda hang biasa dok buat bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba nak tinggal terus macam susah hehe. So aku tetap masih setia dengan blogging because of passion, kalau sebab duit, dah lama aku tutup tak main dah blog, tetapi disebabkan habit aku suka menulis, suka meluah something, so this passion at the same time boleh jana income dengan tidak sengaja.

Aku juga sekarang terikat projek dengan client oversea (mat salleh east europe), dan sometimes aku juga ada terlibat dengan event eUsahawan. Haa aku benar-benar terlupa, macam nak update dan nak cerita sikit mengenai program eUsahawan dari MDEC ni, tapi dok tangguh dan tangguh bila masa nak taip panjang mengenai program ni memandangkan tahun lepas aku juga salah seorang trainer.Maka oleh itu, kekangan masa agak terhad nak duduk depan PC dan menaip entri.

Akhir kata, aku taktau nak menaip apa lagi dah. Banyak sebenarnya nak update ni, macam aku dah bagitau dalam perenggan kat atas, draf-draf mengenai artikel yang ingin aku tulis dah ada since bulan Disember lagi huhu, so kekangan masa tak dapat nak ngadap menaip dengan panjang huhu. Hope bulan ni aku dapat susun balik masa aku dan at least sekurangnya dalam seminggu tu, ada lah original artikel dari aku. Haha, nak membaca penulisan pendek aku atau sekadar omongan kosong isu semasa, add saja aku kat Facebook huhu. Giloss ada kuota lagi 4000 friends kot, haha banyak lagi.

Facebook comments: