SESUCI CINTA MAT JAINI

(nama watak dan cerita hanya rekaan aku semata-mata.. tiada kaitan dengan sesapa)

Episod 1

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.50 tengah hari.Hari ini Khamis 20 Mei 1998.Bermakna hari terakhir minggu persekolahan.Mat Jaini sudah bersiap-siap hendak ke sekolah.Rambutnya disisir rapi sambil mengenakan minyak rambut jenama Tancho.Stail Mat Jaini adalah sikat ke belakang dan kemudiannya memakai kopiah.Tujuan utama memakai kopiah adalah untuk mengaburi mata Cikgu Hasnol yakni cikgu displin berperut boroi kerana sememangnya rambut Mat Jaini kalo ditarik dari belakang mampu sampai ke dagu.Maka dengan memakai kopiah nampak agak sedikit alim pabila meniti pintu masuk sekolah dan meyakinkan Cikgu Hasnol untuk tidak menahan.Padahal masuk saja kelas kopiah ke mana apa ke mana.

Tanpa melengahkan masa Mat Jaini menyarungkan seluar sekolah custom made yang dijahit dengan fesyen bell bottom yakni bertindak sebagai penyapu debu dan tanah.Di antara rakan Mat Jaini.. Mat Jaini lah paling hebat… bukaan diameter kaki seluarnya hampir menyamai 8 inci panjangnya.Mat Jaini orang kampung biasa.. tak mampu nak menghantar seluar untuk custom made ke kedai jahitan di bandar sana.So bukaan bell bottom dekat kaki seluarnya agak tampak perbezaan ketara kerana menggunakan tambahan kain yang tidak 100% sama kaler.Dengan masa yang semakin suntuk Mat Jaini segera menyarungkan kasut Pallas Jazz yang mana sedikit kelihat kusam kerana Mat Jaini lupa untuk mengkapurkan kasutnya.Tetapi itu tak jadi masalah.. Mat Jaini pakar mengelak atau menyelit di celah-celah kawan pabila teserampak dengan Cikgu Hasnol.

Setibanya di sekolah iaitu betul-betul pada waktu ketika loceng sudah berbunyi.. Mat Jaini tidak amik kisah lagi bab bunyi loceng.. dia segera mendapatkan rakan-rakannya yang selalunya berkumpul tepi belakang bangunan sekolah.. sebelah tandas dekat dengan pokok buluh.Sapa tak kenal rakan-rakan Mat Jaini.. dengan gelaran masing-masing sememangnya mengundang seribu permasalahan kepada pihak sekolah.Rakan-rakan seperti Pait Cengkung, Paaq Syaitan, Kadiaq Renjong, Koha Cirit, Non Iblis, Zul Tiger, Remy Kambing dan dua tiga orang yang bajet baik follow geng Mat Jaini.Macam biasa pabila bertemu topik utama Mat Jaini tentunya berkisar tentang bagaimana hendak memonteng sekolah ketika waktu rehat tanpa disedari pengawas dan Cikgu Hasnol.Lubang atau port untuk fly melepasi kawasan sekolah tentunya belakang tandas lelaki berdekatan dengan bilik Kemahiran Hidup.Disitu terdapat pagar berstruktur dawai yang sedikit membengkok dan membolehkan para pelajar melompat melepasi garisan sempadan sekolah menuju ke hutan dan semak samun berhampiran.

Mat Jaini bersuara.. “Woi Koha aku rasa satgi kelas waktu KH paling sesuai nak calo… tapi hang satgi kelas Sains macam mana nak kuaq beb..”

Koha membalas… “Itu bisa diatur baq hang.. aku kuaq la pi tandas sat.. then terus blah.. alah Cikgu Munirah tu bukan nak amik kisah.. aku mai ka tak mai ka dia tak pasan”

Mat Jaini berkata.. ” Sempoi kepala tongkoi..tapi ang takleh lawan si Paaq Syaitan.. memang Syaitonn sungguh.. time cikgu ngajaq kat depan terus blah tak abaq apa.. ang abaq gak pi tandas.. kahkahkah!! “

Berdekah-dekah Mat Jaini dan kawan-kawannya ketawa.Begitu nakal mereka dan tidak mahu tahu langsung mengenai pelajaran.

Ketika Non Iblis sibuk cerita pasai aktiviti time ponteng nanti, Mat Jaini seraya cover line dan menjadi mata-mata untuk memastikan tiada pengawas melalui port mereka lepak kerana sememangnya waktu sekarang adalah waktu para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sebelum masuk ke kelas.Sedang asyik Mat Jaini memerhati keadaan sekeliling.. tiba-tiba matanya terarah kepada pengawas perempuan kecil molek yang sedang berjalan spot check disekitar bangunan sekolah.Bagaikan halilintar membelah bumi.. bagaikan kali pertama Thor memancarkan kilat.. bagaikan kali pertama Ironman memancarkan repulsor beam.. begitulah hati Mat Jaini kali pertama tiba-tiba berdebar-debar melihat wajah pengawas kecik molek tadi.Mat Jaini sangat hairan mengapa perasaan ini terjadi dalam dirinya.. sebelum ini dia tak amik pusing langsung mengenai kawan-kawan perempuannya.. tapi kali ini sangat berbeza.Adakah ianya berpunca dari mimpi basah yang dialami oleh Mat Jaini 2 hari lepas? Mat Jaini tiba-tiba teringat akan cerita Remy Kambing.. pabila seseorang laki sudah melalui fasa mimpi basah.. sememangnya segala-gala hidup akan berubah.Adakah ini tandanya?

“WOI JAINI HANG MENGELAMUN APA!!” sergah Pait Cengkung.Tersentak Mat Jaini dari lamunan.. serentak dengan itu hilang terus pandangannya terhadap gadis pengawas kecik molek tadi.

Siapa gadis pengawas tersebut? Apa sebenarnya yang terjadi kepada Mat Jaini tiba-tiba hati beliau bergetaran pabila terlihat wajah gadis kecik molek tersebut? Nantikan Episod 2

Facebook comments: