Para pelajar mula merapatkan barisan.Terdapat sedikit ruang pembahagian diantara kelompok pelajar tingkatan 1 yang berbaris dengan pelajar tingkatan 2.Para pengawas yang bertugas memulakan pemantauan secara rambang agar memastikan semua kelompok pelajar masuk ke dalam barisan sebelum nyanyian lagu sekolah, negeri dan negaraku dinyanyikan bersama.Mata Mat Jaini mula meliar mencari gadis pengawas tadi.

“Yes, aku dah nampak dia, uittt dia bersembang dengan sapa pulak tu??” Tiba-tiba Mat Jaini melihat gadis pengawas tadi bersembang dengan rakan sejawatnya yakni lelaki.Pengawas lelaki itu tampak segak dan berketrampilan.Dengan rambut belah tengah yakni hasil hikmat belahan Tancho dan wajah sedikit pan-asian.Ditambah pulak dengan gaya unggul dengan tali leher beserta dengan kasut hitam berkilat.Dari jauh pula berkelipan neck tie pin bersadurkan silver dan berbekalkan wajah jambu yakni wajah fasa peralihan kanak-kanak ke remaja menampakkan bulu-bulu misai halus baru nak tumbuh.

Apabila Cikgu Hasnol memberikan isyarat tolehan kepala, seakan pengawas lelaki itu sudah faham dan segera bergerak ke tiang bendera kerana sebentar lagi lagu negaraku akan dinyanyikan.Dari jauh Mat Jaini memandang dengan seribu persoalan ditambah sedikit perasaan cemburu.Lagu negaraku pun dipasang dan bendera mula dinaikkan.Apabila sampai ke pertengahan lagu negaraku, Mat Jaini melihat bendera baru naik 30% dari ketinggian tiang bendera.

“Apa benda la hang ni oiii.. takdak skill langsung menaikkan bendera.. aku dulu masa sekolah rendah hebat kot kalo bab penaik bendera timing elok-elok naik atas bila lagu habis” berkata Mat Jaini dalam hati memarahi pengawas lelaki tadi yang masih terkial-kial naikkan bendera untuk sampai habis sebaik saja nyanyian tamat.

Pengawas lelaki itu dengan agak tergesa-gesa berjaya menaikkan bendera sebaik sahaja lagu abis tetapi ritma tarikan dan lagu tidak sekata.Pada awal lagu bendera dinaikan secara perlahan, tiba-tiba pada saat akhir lagu nak abis..berdesup ianya dinaikkan secepat mungkin.Situasi yang agak kalut itu menarik perhatian gadis pengawas tadi dan terbit senyuman manis di bibir gadis pengawas dan seolah-olah menganggap ianya sedikit lucu.

Jauh di satu sudut, barisan belakang sekali Mat Jaini dah panas hati, “Kojaqqqq dia ni saja buat toya slow penaik bendera mula-mula pastu bagi laju, nak tarik perhatian orang la tu..”

Sebaik sahaja habis ketiga-tiga lagu dan bacaan doa.Para pelajar mula bersedia untuk berbaris keluar dan menuju ke kelas masing-masing.Para pelajar berbaris jalan keluar berpandukan atau berjalan di sepanjang kedudukan pengawas yang berdiri.Mat Jaini dah mula berpeluh sakan dan dia mula risau peluhnya akan berbau seperti Ridzuan di depannya.Satu demi satu barisan keluar mengikut kelas dan akhirnya tiba giliran kelas Mat Jaini untuk berbaris keluar.Hatinya dup dap dup dap apabila terpaksa berjalan melewati kedudukan pengawas yang berdiri yakni berjalan melepasi gadis pengawas comel tadi.

Setapak demi setapak semakin dekat, dan semakin dekat melihatkan kecantikan wajah gadis pengawas tadi.Matanya yang bundar, bibirnya yang merekah kemerahan, hidung yang kaboi-kaboi mancung, alis mata bak seperti di make up tapi ianya natural dan ekspressi mukanya agak muncung mungkin disebabkan cuaca waktu tengah hari yang agak kepanasan menimbulkan sedikit kemerahan di pipi.Walaupun muncung masam muka, tetap comel bagi Mat Jaini.Tiba-tiba Mat Jaini teringat kata-kata Remy Kambing mengenai kuasa psikik.Melalui tumpuan minda atau kuasa fokus otak yang sangat jitu, gelombang otak mampu sampai untuk memberi maklumat kepada penerima.Apa yang penting fokus dan jana gelombang otak supaya maklumat tertentu sampai.

Semakin lama semakin dekat.Mat Jaini cuba mempraktikkan apa yang Remy beritahu tempoh hari.Walaupun hidung mat Jaini terganggu bau masam Ridzuan didepannya, tetapi fikiran Mat Jaini tak terganggu.Matanya tepat ke arah gadis pengawas tadi sambil berkata dalam hati.. “Tengok aku pliss, tengok aku pliss, tengok aku pliss… pliss tengok la tengok la…” Mat Jaini berusaha sedaya upaya untuk menjana gelombang otak supaya maklumat sampai ke otak gadis pengawas itu.Walaupun hakikatnya mungkin Remy cuma bergurau atau berbohong mengenai fakta itu, tetapi Mat Jaini mesti cuba.Mana tahu menjadi.

Dengan mulut yang berkumat kamit dalam hati, Mat Jaini memusatkan seluruh fikirannya ke otak “Tengok aku pliss, tengok aku pliss, tengok aku pliss… pliss tengok la tengok la…” Dup dap dup dap.. makin lama makin dekat… 5 meter… dup dap dup dap.. 3 meter.. dup dap dup dap… sambil diandaikan satu efek bunyi saspen dalam filem dimainkan… dup dap dup dap.. 1.35 meter…… ZINGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!! AKHIRNYA MENJADI… mata bertentang mata. Ohhhhhh pertama kali bertentangan mata…. aaaaaaaaaaa aaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa (intro lagu kuch kuch hota hai) Pada tahun itu yakni 1998, filem Kuch Kuch Hota Hai menjadi fenomena di seluruh dunia.

Mat Jaini kelam, Mat Jaini selam dalam kekelaman, bingung. Jauh disudut hati, jauh di dasar hati, jauh di lubuk jiwa , jauhhh oohhhh sungguh jauhhhh.Walaupun adegan bertentangan mata itu hanya 2 saat.. tetapi Mat Jaini merasakan seperti 2 jam, 2 hari, 2 bulan 2 tahun.. ohh tidak dapat digambarkan…tidak sangka kuasa psikik yang dia cuba berjaya.. tetapi hakikatnya masuk saja saat yang ke 3.. dengan tidak semena-mena……… KELEPUKKKKKKKKKKKKK!!!!! PANGGGGG!!!!!

Cikgu Hasnol meragau kopiah Mat Jaini dari belakang dan menampar bahu dan menarik Mat Jaini dengan agak keras dan menolaknya dari barisan.

“Cikgu apa ni cikgu..” berkata Mat Jaini dengan penuh kebingungan.

“Apadiaaaa hang kata???? Ooooo hang pakai kopiahhh nak kaburi mata saya dari nampak rambut awak yang panjang berjela tu..” jerkah Cikgu Hasnol dan suaranya yang keras itu didengari ruang tapak perhimpunan.

“Hang mai sini.. hang mai sini… hang takleh lari dah… dengan seluaq bell bottom sapu tanah… hang nak jadi gangster kaaa… mai sekolah ngaji bukan nak tunjuk gaya..” Marah Cikgu Hasnol dengan nada yang kasar dan keras didengari semua barisan pengawas yang beratur.

Tiba-tiba Cikgu Hasnol mengeluarkan gunting dari poketnya.. rambut Mat Jaini yang kalau ditarik dari belakang akan sampai ke dagu dipotong Cikgu Hasnol.Bukan itu saja, Cikgu Hasnol memotong rambut Mat Jaini secara cincai dengan harapan mau tak mau Mat Jaini terpaksa memendekkan rambut ke tahap no 2 mesin gunting rambut.

“Cikgu saya minta maaf Cikgu, saya minta maaf..” berkata Mat Jaini dengan suara belas tetapi dalam hati menyumpah seranah akibat perbuatannya dimalukan dihadapan para pelajar.Para pelajar takpa lagi, yang penting dimalukan dihadapan gadis pengawas kecik molek tadi.Bukan saja rambutnya dipotong secara cincai malahan belahan bell bottomnya dikoyakkan dan menjadikan kaki seluar itu mengerbang bak kon aiskrim.

“Oooo hang mai kolah nak jadi gangster.. ponteng sana sini.. kelaih tak pi ingat saya taktau kaa semua tu, saya ada kaki.. baru rini nampak muka hang.. mana geng hang lain manaa?? manaa? haaa nak aku penampaq sedas dua?? ish aku dok tak puaih hati lagi dengan hang..” berleter dan terus berleter Cikgu Hasnol dengan nada yang kuat dan keras.Semua barisan pengawas hanya memerhatikan dan diam seribu bahasa akibat perbuatan naik sheikh Cikgu Hasnol membelasah Mat Jaini dengan kata-kata dan terus menerus menggunting rambut Mat Jaini secara cincai.

“Ni Zamarul hang pi amik sat rotan saya, budak Jaini ni mau ajaq sikit kenai dunia..” berkata Cikgu Hasnol sambil memuncungkan mulut menunjukkan kedudukan rotan di tepi dinding dan mengarahkan pengawas lelaki yang kacak tadi mengambilnya.Mat Jaini dah mula rungsing, tentunya Cikgu Hasnol akan melakukan paksaan supaya memberitahu kedudukan geng-geng Mat Jaini dan sudah tentu punggungnya berbalau jika tidak diberitahu.Dalam hati Mat Jaini tentu ada seseorang yang pecah lobang tentang aktiviti ponteng mereka.

Sebaik sahaja semua para pelajar sudah selesai melewati kedudukan barisan pengawas, Cikgu Hasnol mengarahkan kesemua pengawas yang bertugas untuk pulang ke kelas masing-masing.Dari jauh Mat Jaini melihat kelibat gadis pengawas tadi mula beredar.Gadis pengawas tersebut sempat mengerlingkan pandangan yang cukup sinis sebelum berjalan menuju ke kelas.Rentetan dari pandangan sinis gadis pengawas tadi, Mat Jaini merasakan dirinya sangat terhina diperlakukan demikian, kegembiraannya bertentangan mata dengan gadis pengawas tadi hanyalah selama 2 saat sebelum saat ke 3 diragut oleh Cikgu Hasnol.Dari jauh Mat Jaini melihatkan gadis pengawas itu berbondong-bondong berjalan bersembang gelak ketawa dangan pengawas lelaki hensem tadi.Mungkin topik mengenai bendera yang dinaikkan secara tergesa-gesa dan Mat Jaini menyangka itu semua tricks  atau ‘cari point’ untuk membolehkan pengawas lelaki kacak tadi bersembang dengan gadis pengawas itu.Di kala segala andaian kosong Mat Jaini bermain di fikiran, tiba-tiba terdengar suara jerkahan yang sangat kuat.

“Manaa geng hang dok lepakkk mana…!!!! hang habaq lekaih… aku dok taram lama dah ni.. aku dok perati ja selama ni kelibat ampa semua dok ponteng sekolah…” bersuara Cikgu Hasnol dengan suara yang penuh dengan aura panas baran.Bila Cikgu Hasnol dah mula membahasakan dengan kata ganti diri “aku” berbanding “saya”, itu bermakna tahap kemarahannya sudah sampai ke kemuncak.

Mat Jaini sudah terbayangkan rakan-rakannya, Koha Cirit, Remy Kambing, Paaq Syaitan, Kadiaq Renjung, Pait Cengkung, Non Iblis dan Zul Tiger.Kalau dia pecah tembelang, esok takpun lusa, sudah tentu lunyai dia dikerjakan oleh Koha Cirit.Kuasa pengaruh dan membuat keputusan penting selalu disuarakan oleh Koha Cirit dan kawan-kawan selalunya ikut sahaja tanpa soal banyak.

Apakah yang akan terjadi selepas ini? Siapa nama gadis pengawas tersebut masih lagi menjadi persoalan Mat Jaini? Adakah Mat Jaini akan pecah tembelang? Nantikan episod 4.

Facebook comments: