“Woi amacam line clear dak.. ang dok tengok apa..” sapa Pait Cengkung.

“Ish takdak pa aihh.. Hmm.. aku rasa kena tunggu lagi dalam 5 minit kita caloo..” berkata Mat Jaini sambil matanya liar memerhati kot masih ada kelibat pengawas lain.

Hati Mat Jaini tak tenteram.Gelodak fikirannya masih memikirkan tentang gadis pengawas kecil molek tadi.Dirinya tertanya-tanya ingin tahu siapakah gadis tersebut.Namanya, kelas apa, duduk di mana dan pelbagai persoalan terbuku di hati.Baru sebentar tadi dia bukan main seronok merancang aktiviti memonteng bersama rakan.Tetapi kali ni hajatnya seakan disekat.Hajatnya untuk memonteng seolah-olah telah dihalang oleh satu tarikan magnet atau suatu kuasa infiniti ion positif dan negatif.

“Ish weh.. aku rasa esok kot aku ponteng..firasat aku dok rasa satgi mesti kantoi..” berseloroh Mat Jaini kepada rakan-rakannya itu.

“Woi hang seypa..Koha Cirit ada port baik punya nak memonteng sambil mandi lombong..” tegas Pait Cengkung.

“Dak pasai rini baru aku teringat.. rini kelas Ustaz Pozi.. dia lain sikit.. dia salu cam kalo aku takdak dalam kelas.. mampoih satgi hang tau dak kalo dia pasan.. pasai masa mai kolah tadi dia dah perasan aku kat pintu pagaq..” penjelasan jitu diberi oleh Mat Jaini kepada Pait Cengkung.Padahal dalam hati Mat Jaini dia nak ambil tahu pasal gadis pengawas tadi masa waktu rehat nanti.Kalau dia ponteng sekolah hari ini.. pembawakan gelora ingin tahu atau perasaan membuak-membuak ingin tahu akan layu dan suam-suam dan seterusnya mungkin akan terlepas begitu sahaja perasaan ingin tahu itu.

“Takpa weh ampa pi la.. aku blah dulu..” seraya berkata Mat Jaini dan sepantas kilat dia angkat kaki dan terus ke tapak perhimpunan dan meninggalkan rakan-rakannya yang masih bersembang di tepi pokok buluh.Mereka bukan saja merancang untuk ponteng sekolah malah ponteng perhimpunan sekali.Kelibat Mat Jaini yang berlari pantas bak The Flash disedari Koha Cirit.

“Woii pel*q aihhh janji apa nama.. woi nak pi mana woiii… WOIII!!!” jerit Koha Cirit memarahi Mat Jaini.Sayup-sayup kedengaran suara makian Koha Cirit pabila pandangan Mat Jaini semakin jauh.Jangan main-main dengan Koha Cirit.Dia pantang sekali kalau seseorang tu mungkir janji.

Siapa tak kenal Koha Cirit.Sebut saja nama ketaq lutut kerana Koha Cirit adalah adik kepada Din RXZ.Kalau ada pergaduhan dekat sekolah atau pergaduhan di luar kawasan sekolah Din RXZ yang akan tukang mai settle.Suatu ketika Din RXZ pernah terajang pintu tandas sekolah sampai terkeluar selak pintu.Kebetulan pada ketika Din RXZ terajang pintu, anak kepada penghulu kampungnya sedang beristinjak, ketawa berdekah-dekah Din RXZ pabila melihatkan terkebil-kebil anak penghulu kampung membetulkan seluar dan menampakkan bulu-bulu pubik halus yang baru hendak tumbuh.

Mat Jaini tahu risikonya.Dia tahu dia mungkir janji.Dari minggu lepas lagi mereka telah merancang memonteng sekolah dan mandi lombong terbiar di kawasan bukit tidak jauh dari sekolah.Dia sedia maklum Koha Cirit pantang ada di kalangan geng mereka mungkir janji.Koha Cirit pernah bertumbuk dengan Remy Kambing disebabkan Remy Kambing pernah berjanji akan meminjamkannya cd game Tekken 2 berserta Playsationnya sekali.Tetapi Remy Kambing mungkir janji.Jahitan bell bottom dikoyakkan dibahagian bawah sehingga menjadi seperti kain pelikat dan gula-gula hacks Remy Kambing dirampas.Tak cukup dengan itu Remy Kambing dipaksa mengaku dia telah mimpi basah di hadapan kawan-kawannya dan juga dipaksa mendedahkan bagaimana membuat kombo King iaitu watak dalam game Tekken.

Mat Jaini tekad.Dia sanggup tempoh apa jua risiko esok apabila bertemu dengan Koha Cirit.Pandai-pandai la dia kona ayat untuk mengelakkan Koha Cirit mengamuk dan memanggil abangnya untuk menambah rumit situasi pergaduhan sekiranya berlaku.Dalam keadaan fikiran Mat Jaini mengelamun, akhirnya dia tiba di tapak perhimpunan.Dengan menggunakan skill yang dia belajar dalam komik Hongkong Alam Perwira dan juga Raja Rimba mahupun Senjata Misteri, Mat Jaini berjaya mencelah dan menyilok di celah rakan-rakannya untuk mengelakkan dirinya diketahui oleh Cikgu Hasnol.

Mat Jaini menghembus nafas lega.Cikgu Hasnol tidak langsung perasaan kehadiran di tapak perhimpunan kerana Mat Jaini duduk berbaris di belakang Ridzuan yang berbadan gempal dan kuat berpeluh.Bau peluh yang semerbak terpaksa ditahan oleh Mat Jaini disebabkan itulah salah satu cara dia berselindung dari pandangan Cikgu Hasnol.Dalam keadaan panas terik waktu tengah hari, mata Mat Jaini liar mencari-cari kelibat gadis pengawas tersebut.Ditoleh kiri.. ditoleh kanan tetapi tiada.Sepatutnya pada waktu ini semua para pengawas sepatutnya sudah bersama-sama dengan guru-guru di tapak perhimpunan.

Tiba-tiba Mat Jaini terbau sesuatu yang sangat mengharumkan.Bau yang sungguh menusuk kalbu dan mampu menggetarkan jiwa Mat Jaini.Rupa-rupanya sebaik sahaja Mat Jaini mengalih pandangannya ke belakang, gadis pengawas terbabit sudah melewati lalu di belakang Mat Jaini.Ohhh fikiran Mat Jaini kelam dan hatinya terus memberontak ingin tahu siapa gadis pengawas ini.Sungguh mewangi pewangi yang dipakai si gadis pengawas itu.Setahu Mat Jaini kawan-kawannya memberitahu Mat Jaini perempuan lagi busuk dari lelaki.Disebabkan hormon pertumbuhan dari kanak-kanak ke remaja telah menghasilkan satu bau yang kurang menyenangkan.Tapi ternyata silap fakta dari kawan-kawannya.Gadis pengawas yang lalu di belakangnya tadi telah meninggalkan aroma bau yang sangat wangi.Dan kini Mat Jaini ada fakta baru untuk diberitahu rakan-rakannya.Kalau perempuan tu pengawas mesti dia wangi.

Mat Jaini rungsing.Tertanya dalam hatinya.Siapakah nama? Kelas apa? Tinggal di mana? Adakah berdekatanya rumahnya.Berjumpa di episod 3.

Facebook comments: