Ok pernah dengar meme? Ini bukan loghat Kelantan yang membawa maksud ‘memang’, atau kata-kata oleh watak si Jai dalam filem KL Gangster.. “meme ahh..” (sapa tengok filem ni dia tau la kot dialog mana yang diucapkan oleh Jai).Camana agaknya untuk mengeja perkataan tersebut? Mengikut slang internet ianya berbunyi “MEEM” atau senang cerita sebutan huruf jawi ‘mim’.

Untuk takrifan mudah atau nak senang cerita Google saja ye tak hahha.. ok2 nak cerita senang aku ‘quote’ dari wikipedia.. maksud lebih kurang saja.

A meme is “an idea, behavior, or style that spreads from person to person within a culture”.[2] An Internet meme may take the form of an image, hyperlink, video, picture, website, or hashtag. It may be just a word or phrase, including an intentional misspelling. These small movements tend to spread from person to person via social networks, blogs, direct email, or news sources. (sumber wikipedia)

Internet meme adalah sesuatu yang menjadi terkenal melalui internet, seperti gambar, video, atau bahkan orang. Internet meme biasanya tercipta saat seseorang membuat atau mengunggah sesuatu di internet, dan menyebar secara luas. (sumber wikipedia)

Atau kalo ikut takrifan aku ‘meme’ ini adalah sesuatu ekspressi muka, memek muka atau wajah yang menggambarkan sesuatu keadaan atau situasi yang dicedok dari dunia internet yang mana ianya sudah diviralkan dan menjadi popular di kalangan netizen dunia.Gambar tersebut kemudiannya akan disesuaikan dengan keadaan dan emosi tertentu sebelum dimasukkan ayat-ayat yang bersangkutan dengan gambar tersebut.

Aku pun sebenarnya mula tahu tentang dunia meme ni pun sekitar tahun 2010 melalui rage comic iaitu lukisan cincai atau lukisan mudah yang memaparkan memek muka.Kemudiannya ia berkembang dan terus berkembang dengan memakai wajah manusia pula atau selebriti atau sebarang gambar yang menjadi viral pada ketika itu.Oklah aku pun tak mau ulang balik secara panjang lebaq sebab fakta sebenar bersepah dah kat internet apa pun bagi diri aku.. dari pembacaan rambang ianya start bermula dunia meme ni dengan website 4chan.com iaitu laman web buletin bergambar dan pengguna internet bebas letak apa saja dan kemudian tersebar luas mengenai rage comic kemudian bermula era 9gag dan seterusnya kini 9gag menjadi sandaran aku setiap hari untuk tengok lawak-lawak bangang setiap hari hehe.Install saja apps 9gag di android mahupun Apple.. nahhh tak larat tengok.. hari-hari ada saja benda-benda baru yang diviralkan.Kebanyakan page-page facebook tempatan popular (ampa pun tau sapa) cedok sumber dari 9gag saja untuk menviralkan sesuatu atau troll benda yang kelakar atau something tengah top di serata dunia.

So di bawah antara meme yang aku buat menggunakan apps.Search saja kat playstore, meme generator, rage comic atau meme apps atau apa saja apps meme, bersepah-sepah dah sekarang hahaha.Idea perlu ikut kreativiti sendiri la atau idea ayat perlu follow watak meme.Kalau watak meme membawa kepada takrifan gembira mendapat sesuatu so perlulah follow ‘rules’ itu..takdak sapa-sapa letak rule tu pun haha.Dunia internet biasa lah.. kalau dah macam tu ramai orang buat dan viralkan.. semua pakat follow konsep asal meme tersebut.Yang penting matlamat sampai atau objektif nak bagitau sesuatu ekspresi tu kepada pembaca tercapai.

19Okt12

Haha meme di atas membawa maksud ‘sepi selamanya’ atau ‘forever alone’ .Pernahkah anda melalui situasi tersebut? Lari punya lari nak angkat telefon yang berada di ceruk bilik.. sekali dah angkat.. aiyaaaa jenih nak promote insurance pulakkk dahh… adoiyaiii

success kid

Meme ini dikenali sebagai ‘success kid’ ataupun memberi maksud macam buat sesuatu dan berjaya mendapat sesuatu yang tidak disangka.Apa pun skill pi pasar malam lewat atau dekat nak tutup ni ikut keadaan dan situasi jugak la haha.. Ada rezeki ada lah.. selalu time hujan lebat.. makanan tengah banyak lagi.. waktu dah nak hampir perlu tutup.. ada la harapan dapat extra lebih huhu.

12Okt12

Haa dinosaur ini dipanggil sebagai ‘philosoraptor’.Ianya seperti mengajak kita berfikir tentang sesuatu teori atau sesuatu yang memerlukan kesahihan fakta.Aku pun tertanya-tanya ni haha.. adakah sama peluh time makan sambal belacan sama dengan peluh time jogging? Secara logik peluh kan membawa maksud bakar lemak huhu.

13Okt12

Haha pakcik X-men aka Prof X.. tetapi ini meme dari Star Trek.Tengok gaya tangan kita dah boleh agak apakah ekspressi atau ayat yang boleh disesuaikan dengan meme tersebut haha. “Apa benda ni bang, saya beratur dulu dia yang dapat dahulu..!” Boleh juga la guna ayat tersebut selain kat atas huhu.

17Okt12

Lagi Pakcik X hahah.. sebenarnya banyak idea atau ayat boleh buat.Kalau ampa semua peminat setia 9gag hah banyak lagi la meme lain dan meme-meme yang baru datang menjengah sesuai dengan keadaan dan situasi yang berlaku diseluruh dunia.

Fenomena meme ni start rancak apabila bermulanya era smartphone mampu milik atau habit atau tabiat pengguna sekarang lebih kepada mobile internet atau sudah jarang lagi perlu duduk di hadapan laptop atau PC untuk melayari internet.Segalanya boleh dilayari di hadapan skrin mobile smartphone anda saja.

Untuk tambahan info bolehlah tonton mat salleh 2 orang ini explain apa pasai meme.

Di bawah adalah infografik sejarah meme atau bagaimana ianya mula berkembang dan menjadi trend netizen nak membahan something atau trolling.

sejarah meme history

 

 

 

Facebook comments: