Namaku Oyen.Usiaku kini menjengah umur 8 tahun.Kalo nak ikut 8 tahun tu dah masuk darjah 2.Sesungguhnya telah banyak pengalaman dan onak duri yang telah ku lalui.Old timer atau otai kucing jantan macam aku ni memang banyak peranan yang perlu aku pikul.Tugas hakiki aku ialah menjaga kawasan selain mengusya atau mengayat kucing betina yang lalu dalam kawasanku.

Pantang tok nenek aku kalo ada orang cuba kacau line kawasan yang aku dah tanda.Kadang-kadang aku saja ja tanda kawasan dengan kencing kat tayar kereta takpun perdu pokok.Suka ati akulah nak kencing kat mana pun.Dah kawasan aku punya.Tapi musuh-musuh aku tak pernah senang duduk melihat kawasan yang aku dah jajahi.Walaupun kadang-kadang off radar tak dapat detect musuh-musuh ceroboh line kawasan aku.

Nak tau sapa musuh-musuh aku haa ni dia cuba baca pasai depa kat entri ni.Dan musuh paling ketat dan sukar untuk aku tewaskan sila tengok gambarnya kat sini.Yang adik beradik 2 ekoq ni aku susah sikit nak kalahkan depa pasai depa tag team dua orang.Tapi kadang-kadang aku menang jugak.Besa la aku kan otai kawasan.KenaΒ  la tunjuk kejantanan aku untuk meraih simpati kuceng-kuceng betina kawasan ni huhu.Untung-untung dapat habuan.Muahaha..Haa si jantan sekoq ni memang legend.Aku salu seri ja bila bertarung ngan dia.Dia kuat beb.

Sesungguhnya perjalanan hidupku selama 8 tahun memang mengajarku erti kehidupan.Pertama.Aku sangat alah kepada akar pokok kucing galak.Aku pun taktau saintifik name dia apa.Tapi aku dengaq orang dok panggil pokok kucing galak.Sejenis tumbuhan meliar dan senang didapati di kawasan semak-samun.Yang aku tak boleh tahan dia punya akar dia tu.Mau aku gigit dan hisap sampai keluaq ayaq lioq huhu.. Macam eskrem beb huhu.Aku pun taktau spesis kuceng macam aku ni sangat tak boleh tahan dengan akar pokok kucing galak.Huhu… Dan aku rasa satu Malaysia punya kucing pun same tak boleh tahan tengok akar pokok ni huhu.

Kedua.Bukan mudah untuk menjaga kawasan bertahun-tahun lamanya huhu.. Silap timing boleh balik dengan calaq balaq kat badan akibat terlebih pantau dan melanggari hak perjanjian kawasan dengan kuceng jantan lain.Ketiga.Lapan tahun satu tempah masa yang cukup panjang dan sejujurnya aku dah tak ingat bini aku yang mana satu.Terlampau sangatlah ramainya huhu.Rasanya tiap-tiap bulan ada je bini baru.Anak aku? Perghh toksah cakap, berdozen-dozen sampaikan anak aku sendiri bila dah besar nak merebut kawasan dengan aku jugak.Errrkkhh!! Anak tak kenang budi! Huhuhu…

Keempat.Aku mulai sedar bila usiaku makin meningkat bulu-bulu di badanku sedikit demi sedikit menjadi kasar dan luruh.Gigi aku pun sudah menampakkan kerongakkan dan sedikit kehitaman.Tapi pada hakikatnya aku still gagah menjaga kawasan dan memantau pergerakan kucing-kucing jantan yang mungkin membuat onar di kawasanku.Pekerjaan aku selalu ikut ofis hour.Time pagi kuar malam baru balik kalo ada overtime.Letih oOo menjadi otai kawasan ni.

Akhir kata akulah Oyen.Si kucing gagah walaupun kini dah menganjak usia 8 tahun.Hayatilah sedutan video aku di bawah.Meoooowwwwww!!!! meoww!!!

 

 

 

Facebook comments: