Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Apa aktiviti anda pada hujung minggu? Yang ada awek kuar ngan awek..yang ada anak bini kuar ngan anak bini yang single macam aku ni? huhu melepak ja kat umah sambil buat keja online atau bermain alat muzik mencipta material baru.Tadi aku pergi bandar Sungai Petani untuk membeli tiket ke KL.Ada hal yang ingin diselesaikan.So becerita mengenai jalan ke Sungai Petani dari Bedong melalui jalan biasa bukan highway amatlah menguji kesabaran anda.

Nasihat aku kalo naik moto pi SP eloklah pegi waktu pagi-pagi.Pertama anda boleh mencilok di celah2 kenderaan dan kedua anda boleh menunggu dalam keadaan nyaman tanpa kepanasan.Menunggu? Menunggu apa pulak hoho.Menunggu traffik light le huhu.Tanyalah sapa-sapa pun yang tinggal di Bedong atau Gurun atau Sg Lalang apabila becakap nak pi Sungai Petani mesti merungut pasai lampu isyarat punyalahh.. Nindia belambak..Mau dekat 12 lampu isyarat sebelum sampainya Bandar Sungai Petani.Dah le check point traffik light dekat2 huhu..

Sepatutnya ikut masa perjalanan tanpa traffik light Bedong/Gurun ke Sungai Petani hanyalah sekitar 12-15 minit.Tapi memandangkan adanya belambak traffik light maka jalan kejap benti, jalan kejap benti maka hampir sengah jam baru sampai..tu belum jam..kalo jam mau dekat 45 minit.So kalo anda nek moto time tengah ari sabaq ja la huhu..apa boleh buat.. Sebenarnya banyak jalan alternatif yang boleh digunakan untuk melencong dari berhadapan dengan traffik light.

Anda boleh guna jalan lencongan barat..walaupun traffik light hanyalah boleh kira dengan jari tapi dari segi jarak perjalanan agak jauh dari menggunakan jalan biasa.Jalan lencongan barat melalui Universiti Aimst.Ha jangan main-main Bedong pun ada universiti hehe… dan melalui Semeling serta tembus ke Penghulu Him.Agak jauh sebenarnya tapi yang penting ianya sangat lapang dari teserampak dengan traffik light huhu..Sangat santai kalo anda melalui jalan ini kerana kiri kanan tersergam sawah padi nan hijau, kawasan kebun-kebun, kolam2 ikan.Selain itu anda boleh juga tembus melalui Titi Semeling.

Tapi ada setengah tempat anda tak boleh guna lencongan barat dan terpaksa guna jalan biasa huhu sebab akan makan masa lama.Ibarat titik A ke titik B melalui garisan lurus tapi jalan lencongan barat membuat separa bulatan dari titik A ke titik B.Tapi kalo anda mempunyai daya skill mencilok yang tinggi anda mampu untuk melawan arus untuk mengharungi traffik light haha.Kalo anda bawak keta takleh buat apa-apa lah.Tunggu je la huhu.Tapi skill mencilok sangat bahaya.Hanya mat rempit sejati yang dok buat.. Kang tak pasal-pasal malang tak berbau naya huhu..Skill mencilok maksud aku bukannya meredah jugak traffik light merah..tapi menggunakan skill membelok ke simpang kiri (kalo ada) dan U-turn..err anda paham ke huhu.

Tapi ada jugak yang hati kering lambat tunggu punya pasai redah jugakk lampu merah pun..yang ni memang cari pasai.So kesabaran yang sangat tinggi amat diperlukan apabila anda ke SP dari Bedong ke Gurun ke Alor Setar ke….Kalo anda nak lagi cepat maka naik highway la jawabnya..Naik tol SP utara turun tol SP selatan.So ada 3 jalan pilihan ke bandar SP bergantung kepada tuntutan masa.. Nak super duper cepat naik highway, nak sederhana cepat pegi ke lencongan barat dan kalo anda ingin santai menunggu di traffik light sambil mata melihat amoi cun atau awek naik moto…maka pilihlah jalan paling lambat iaitu jalan biasa atau jalan utama(persekutuan) AS ke SP..

Huhu mungkin pembaca blog ni bukan orang Kedah dan maybe depa taktau nama-nama tempat suma ni..so blogpost aku ni bolah dijadikan panduan…. mana tahu satu hari nanti korang nak datang Sungai Petani haha~

Seperti gambar yang aku lukih kat atas..kalo aku pegi SP time tengah hari pastu lupa pakai lengan panjang takpun sweater..konpem tangan ngan muka  aku cam kemerahan coklat sikit huhu..memang sensitif sungguh kulit aku ni..takleh dok tengah panas lama sangat..aku ni putera lilin kot hahaha~Sekian saja luahan aku…

Facebook comments: