Salam semua kepada pembaca yang mungkin masih lagi singgah ke blog ini huhu.. terima kasih kerana kalian masih setia singgah walau blog ni dah lama sungguh tak berupdate.Tidak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca sedari dari blog ini ditubuhkan sampailah sekarang.Nampaknya blog personal aku ini tak semeriah seperti dulu huhu.. Aku kini lebih menumpukan kerja-kerja lain yang lebih penting… dan seperti tajuk kat atas aku masih mencari rentak…. bukan rentak drum cam gambar aku kat atas tu haha.. gambar tu hanya simbolik… tapi  rentak untuk memastikan both kerja utama aku dan juga update blog personal ni berjalan seiring.Umum tahu kalau nak main drum RENTAK mesti seirama dengan alunan muzik.So begitulah analogi yang aku ingin sampaikan.Sering kali aku banyak idea nak menulis.. tetapi itulah.. PROCRASTINATE menjadi musuh utama.Tapi itu bukan alasan.. semua atas diri aku sendiri.

Sekarang ni.. atau pun dalam selang masa yang menunjukkan aku jarang sangat update blog ini disebabkan aku tengah bekerja keras memastikan projek IM aku berjalan lancar dan autopilot.Banyak benda nak kena fikir dan buat.. itu sebab kadang-kadang jadi cam takdak mood nak singgah blog ni dan update macam era awal penubuhan blog ni dulu.Jauh di sudut hati sememangnya aku suka menulis kat blog ini dan juga ingin blogwalking sebanyak blog yang boleh huhu.. sebab ianya lagi fun dan dapat tahu macam-macam cerita dari kengkawan bloggers sekalian.Tapi tulah masa yang ada aku peruntukan ke task yang lebih mendatangkan keuntungan di kemudian hari.Umum tahu blog personal ni hanya sekadar picisan minda yang dicurahkan penulis untuk suka-suka dan tentunya sukar untuk menjana keuntungan melainkan anda gigih mencari trafik dan followers yang ramai.

Aku sangat berharap bila mana sistem autopilot yang aku jalankan dah berada pada tahap memuaskan maka tiba saatnya yang paling sesuai untuk aku menumpukan sepenuhnya kepada projek Sayugia yang terbengkalai dan kerap mengupdate blog ini huhu.. aku sangat merindui saat tika dahulu ramai je datang singgah dan bagi komen bertalu-talu hahaha.. kini kerana kekurangan update maka blog ini terus sepi tanpa pengunjung huhu.Bercakap mengenai material terbaru Sayugia, aku masih lagi main muzik macam biasa bila waktu kelapangan dan juga sentiasa mencipta lagu-lagu baru.Cuma itulah, bandmate lain ramai dah sibuk dengan komitmen masing-masing sebab dah berbini.. so dari segi kekerapan lepak studio untuk rakam bersama material lagu terbaru sudah agak terbantut.

Dan andai kata tiada aral melintang bulan depan Sayugia akan keluarkan single terbaru.. masa pantas betul berlalu. Pejam celik pejam celik eh dah hampir setengah tahun Sayugia sepi tanpa single. Kadang-kadang aku sangat rasa ralat dengan diri aku sendiri sebab tak pandai manage masa.Rasanya kalo gerak kerja aku tersusun.. sudah semestinya blog ni kerap update dan juga material terbaru Sayugia sentiasa launch setiap sebulan atau dua bulan.Material baru belambak-lambak dah cipta, cuma belum ada kesempatan masuk studio rakam.

So akhir kata…. aku sememangnya masih mencari rentak aku sendiri supaya aku dapat manage time dengan baik dan kembali berblogging dan juga berkarya seperti dulu.. GIVE ME TIME! Huhuhu.. i’ll be back dan memeriahkan kembali dunia blogging tempatan haha…

p/s : Ada sesapa yang masih buat open house? hahaha.. jemputlah aku, tetiba teringin nak menyicah ketupat dengan rendang huhu!

Facebook comments: