Salam semua.Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh tawadduk dan penuh iltizam bagi memenuhi segala syariat yang diperintahNya.

Ini kali pertama aku menulis mengenai keinsafan dan unsur kerohanian.Aku sebenarnya tak nak hipokrit.Sesiapa yang pernah mengenali aku sedalam-dalamnya mungkin tahu perangai dan attitude aku camana.Yela kang salu bertulis berkaitan kerohanian dan keagamaan tapi pada hakikatnya aku takla perfect mana pun.Aku hanya insan biasa dan simple.Aku seorang insan yang lemah lagi hina dina disisiNya.Sungguh banyak dosa yang telah aku lakukan sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Kadang-kadang ada masa aku sangat lalai dan langsung tak ingat kepada Allah dan sering mengabai tanggungjawab kepadaNya.Kadang-kadang ada time aku jadi baik.Sangat-sangatlah tidak konsisten.Aku cuma berusaha menjadi hamba yang terbaik kepadaNya.Kadang-kadang bila nak cuba nasihat kat orang, aku cuba tengok ke dalam diri aku ini.Kita nak tegur orang jangan buat benda yang dilarang tapi kita pun buat jugak.Ok lah aku pun takmau cerita detail bab-bab ni kang kawan-kawan yang dah lama kenal aku conpem perli aku nak tulis bab-bab keagamaan tapi diri sendiri tak konsisten patuh pada perintahNya.

Cuma aku boleh memberi nasihat dalam bentuk alunan melodi yang indah.Sebenarnya dah 2-3 lagu berunsurkan dakwah dah aku cipta untuk dipedengarkan nanti.Tapi masa belum ada untuk aku masuk studio dan tumpu rekod dan mixing.Niat di hati aku nak release bulan Ramadhan ni.Tapi, tengok dululah camana, sebab aku dah agak busy dengan projek-projek blogging dan projek usaha sama dengan usahawan IM lain.

Aku akan cuba bahagikan masa untuk bulan ni.Sebab lagu berdakwah takkan le hanya untuk bulan Ramadhan ye tak.Boleh dengar bila-bila pun.Kalo sempat, ampa semua berpeluang dengar dalam bulan ni jugak.Sebab versi unplugged dah ada.Bila aku dengar 10-20 kali,aku rasa lagi molek dimasukkan lain-lain instrument cam keyboard, drum, tamborine dan sebagainya.Kalo suara aku ni sedap tahap buluh perindu boleh la nak kuar versi unplugged saje huhu

Setakat ni hanya 1 lagu yang betul-betul berunsurkan dakwah dan nasihat.Cuba ampa hayati lirik lagu “Kau Tetap Di Hati”. Lagu-lagu yang lain tu ada selit-selit sikit dan kias-kias berbentuk nasihat.Kalo ampa pakar sastera ke pakar ayat puitis.Kaji le setiap lirik lagu yang aku sampaikan huhu.So sebagai freelance komposer, aku rasa bertanggungjawab untuk menyelitkan lirik yang berunsurkan nasihat dalam setiap lagu yang aku dah cipta.Walaupun dua tiga patah atau baris, niat untuk menyampaikan nasihat tu tetap tersemat di hati.

Tak semestinya asal lagu dakwah/nasihat je mesti wajib kena dengar nasyid.So aku cuma nak sampaikan versi aku sendiri dengan muzik aku sendiri.Mungkin orang pandang “eleh mamat ni nak poyo buat lagu nasihat pulak, diri sendiri tak alim mana pun” Tapi nawaitu aku hanya Tuhan yang tahu.At least kalo ada yang dengar dan dapat tangkap setiap lirik yang disampaikan, aku dah rasa puas hati, dakwah menerusi lagu aku dah sampai ke minda pendengar.

Dakwah ada pelbagai cara.Tak semestinya kena dengar ceramah saja, ada cara halus, ada cara kias, ada cara perli, so sebagai insan yang hina dina ini aku cuma sampaikan dalam bentuk lirik dan lagu.Dan dakwah yang aku nak sampaikan bukannya tahap tinggi dan detail cam ceramah atau lagu nasyid, tapi hanyalah nasihat ringan dan kias.Berbentuk bersahaja dan mudah didengar dan dihayati.Macam lagu “Kau Tetap Di Hati” (sila klik kat mp3 player sebelah kalo nak hayati balik lirik)

So marilah sama-sama kita berdoa serta berusaha dan mencuba sedaya upaya ‘menjadi hamba yang terbaik’ kepadaNya.Definisi ‘cuba menjadi hamba yang terbaik’ bergantung pada takrifan masing-masing.Mungkin sebelum ni dia malas nak kerjakan solat, pastu sedikit demi sedikit jadi rajin, mungkin sebelum ni dia kaki mengata orang dan mengumpat, pastu kurangkan sikit attitude tu.

Janganlah berfikiran ‘alang-alang dah jahat biar jahat terus’.Contohnya alang-alang malas solat, terus kekalkan attitude malas solat sampai bila-bila.Itu pentingnya iman, walau kita dah tersasar jauh sampai malas nak tunaikan perintahNya, tapi iman ini lah yang akan bantu kita kembali ke jalan yang betul tidak tersesat jauh sangat.Bagaimana nak develop iman dalam hati.Bagi aku sebagai insan yang hina dina ini cukuplah ‘cuba menjadi hamba yang terbaik’ seperti mana takrifan masing-masing

Cubalah develop walau secebis iman dalam hati.Itu yang membimbing kita ke mana arah kita dan cara kita berfikir.Kalo tersasar jauh, maka iman itu akan membimbing balik ke jalan yang betul.Kerana secebis iman yang sedikit itulah kadar kepatuhan insan terhadap suruhanNya turun naik.Kadang-kadang lalai, kadang-kadang patuh, tak istiqamah.Apa yang penting takkan sesat terus.MELAINKAN andai kita ini dikurniakan hidayah dariNya.Maka akan menjelma  istiqamah keinsafan dalam diri untuk mematuhi perintahNya.

Maka demikian selamat menjalani ibadah puasa, dan akhir kata kalo ada kesempatan masa bulan ni, aku akan masuk studio serta buat proses mixing dan recording serta siapkan lagu dakwah tersebut untuk tatapan halwa telinga anda.

 

 

 

Facebook comments: