Yaa Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung yang mungkin dah lama tak jenguk blog ni sebab tak berupdate.. hehe biasalah cuti raya kan aku pun jadi malas nak buka blog update.Aku tak beraya rumah sendiri so nak dapat capaian internet sungguh susah so sebab tu lama tak berupdate.Blog kalo tak berupdate ni maka cam biasalah abih jatuh merudum graf analitik.Bukan blog personal ni saja tak berupdate, blog-blog sumber income aku yang lain abih semua menyepi makan kuih raya haha.. So sekarang masa untuk start balik.

Tahun ni aku raya kat KL lagi.. sapa tau lokasi  gambar ni kat mana.

Cerita raya???? Ermmm takdak benda sangat aku nak ceritakan tahun ni.Tahun ni EXACTLY sama ja cam tahun lepas.Skrip sama jalan cerita pun sama.Takdak apa yang beza sikit pun.Aku balik KL tahun ni beraya di Cheras pastu balik Kedah beraya kat sini pulak.Orang pakat nak keluar KL, aku pulak nak masuk KL.Huhu sikit pun takdak beza.Sebab tu aku tak update langsung pasai cerita raya skrip sama ja huhu.Untuk yang belum tau skrip perjalanan raya aku tahun ni maka boleh baca balik kisah Cerita Raya Aidilfitri 2010 Part 1 dan Cerita Raya Aidilfitri 2010 Part 2.Totally sama dan takdak beza langsung huhu.

Cuma tahun ni orang len shopping baju raya, aku benda len lak beli.Baju pun aku pakai tahun lepas punya, semua tahun lepas la huhu betapa malasnya aku nak beli baju baru.Nak tau aku shopping pa raya ni cuma tengok gambar kat bawah huhu.

Haha aku beli LCD monitor, actually LED monitor.Yang lain tu gadget untuk studio abang aku yang beli.Aku beli LED monitor kat LowYat.Harga dengan tempat tinggal aku (SP) memang banyak beza gila huhu.Agak murah so aku sambar le LED monitor 23 inch.So sekarang ni aku dah ada dual monitor huhu.Serupa cam workstation untuk hackers haha.Nanti aku upload gambar versi penuh.Aku nak pakai dual monitor bukan ape senang nak buat keja-keja blogging dan juga editing music dan video.Kira bajet nampak cam pro la huhu.

Dan gadget untuk studio pula dibeli di Bentley Music dekat mutiara damansara kot.. alah dekat-dekat dengan IKEA tu.First time aku mai kat area ni perghh keta toksah cakap la sesak.Bila dah parking area ni wajib kena beli barang kalo tak jangan harap la dapat kuar.So gadget apa ja yang dibeli? Nanti aku explain lebih detail di blogpost yang akan datang.Kalo tengaok dalam gambar ni ada Amp Marshall 30 watt dan juga Amp Fender untuk bass juga 30 watt dan juga gitar gio ibanez.Ribu-ribu jugak la abih untuk Sayugia Studio punya pasal.Agak-agak ampa semua tertunggu-tunggu tak karya seterusnya Sayugia?? hehhehe…

So setakat in sajalah update untuk kali ini.Aku disini ingin memohon maaf zahir dan juga batin andai kata selama ini aku menulis ada menyinggung perasaan kalian semua.Ampun maaf dipinta.Kalo ada apa-apa tak puas ati diminta settle cepat-cepat jangan disimpan dalam ati ok.Bulan-bulan bahagia dan mulia ini tak elok bermuram durja.Dan akhir kata raya ni jangan le over sangat makan.. huhu berat aku naik mendadak  gila.Hari-hari tibai kacang ngan pulut mau tak buntal hoho.

P/s : Aku teringin nak makan ketupat nasi huhu.. tak jumpa-jumpa.Setakat ketupat daun palas, nasi himpit dan lemang dah cemuih dah huhu

Facebook comments: