Leman Kelolo menjelma kembali melawan nyamuk hehe.. Adakah anda sudah membersihkan kawasan tempat anda dari pembiakkan nyamuk Aedes..? Statistik pada bulan Januari 2014 sahaja terdapat 6000 kes denggi seluruh negara dan kematian menjangkau lebih 10 orang.Maka selalulah memantau kawasan rumah anda kot-kot ada bekas yang bertakung ayaq maka cepat-cepat pi buang.. jangan leka.Di dalam rumah pulak jangan ‘take for granted’ dengan membiarkan nyamuk membingitkan telinga anda.. capai sahaja spray dan terus tala tembak ke udara huhu.Perangi nyamuk Aedes! Andai ada demam.. kalo makan panadol tak jalan.. terus direct jumpa doktor.. jangan tangguh-tangguh.Selamat menjaga kesihatan diri dari ancaman nyamuk aedes……. Buzzzzzzzzzzzzzzz~~~~~

Komik kartun lawan nyamuk

INFO TAMBAHAN

Sumber Info… klik sini (http://jknns.moh.gov.my)

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

    • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
    • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
    • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

 

    1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
    2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
    3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
    4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
    5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
    6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
    7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
    8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

 

 

Facebook comments: