Di bawah ini adalah koleksi lakaran secara rambang persekitaran atau sekeliling atau apa-apa hasil seni yang bersifat subjektif yang memaparkan keadaan persekitaran dari sudut perspektif.Lakaran ini aku lukis menggunakan Note 3.Secara teori asasnya nak lukis benda yang melibatkan perspektif ni salu perlu ada knowledge sedikit la.Ingat tak lagi kelas pendidikan seni masa zaman sekolah dahulu? Hehe.. kalau sudut-sudut tertentu.. perlu buat garisan dahulu dan dari sudut atau view tertentu perlu melihat ibarat lensa kamera.TETAPI aku tak follow pun semua itu..Aku dah lupa semua rule tersebut.Artwork ni atau hasil kerja seni ni bersifat subjektif.. so let the imaginasi flow out of your brain haha…. lukis saja lagu mana pun… janji kepuasan output untuk diri sendiri kan.So mari kita tengok apa benda yang aku lakarkan.

gerai nasi lemak

Lakaran ini adalah keadaan pada waktu pagi gerai nasi lemak depan rumah aku.Orang sentiasa ramai dan kalau datang lambat maka habislah tak sempat rasa.Apa pun aku masih lagi belajar melukis dari sudut perspektif ini.

gerai roti canai

Haa ini pun gerai roti canai yang terdapat atau boleh didapati di depan rumah aku sahaja.Huhu.. sambil-sambil menunggu pakcik ni menebar roti canai.So aku lakar lah secara kasar kemudian inking kan bagi nampak lagi jelas.

suasana makan kenduri

Haa ini suasana ketika majlis makan kenduri.Satu cabaran jugak melukis dari prespektif ini, orang yang masih noob macam aku ni tentulah kena buat lakaran kasar dulu.. lukis secara kasar bulat-bulat situ dan sini.. iaitu bulat-bulat itu menunjukkan tempat kat mana orang tersebut duduk dan berada.. kemudian dah boleh agak baru lah boleh lukis secara kasar dan kemudiannya terus inking kan outline bagi nampak rupalah kan.

Di masa akan datang aku akan share lagi koleksi-koleksi lakaran perspektif.Banyak lagi benda perlu dipelajari dan melukis merupakan salah satu hobi aku hehe.

Facebook comments: