Ok ini hanyalah basic atau sekadar asas lakaran yang mempamerkan postur yang simple sahaja.Postur atau gaya dari sudut dari pelbagai perspektif itu rasanya perlukan latihan yang secukupnya.Walau aku suka melukis sejak dari kecik lagi.. tapi hakikatnya aku takla pulun mengadap aktiviti melukis ni 24 jam.. mood nak melukis ni jugak ikut time.. atau tiba-tiba teringin nak mencontiang (conteng) baru dia rasa nak lukis.. kalo tak banyak benda lain lagi aku dok buat.. apa pun proses pembelajaran adalah sepanjang hayat.. apa pun still belajar jugak lagi… apa pun andai ampa suka melukis dan ingin belajar melukis postur badan manusia dengan pelbagai gaya dan kedudukan yang rumit.. aku suggest untuk ‘like’ atau follow seorang kartunis barat ni (orang berkulit hitam).. dia memang suka ajaq postur dan anatomi karikatur  yang rumit-rumit.. Cartoon Block penah dengaq? untuk senang cerita sila like page dia kat Facebook ni hahh link dia bukak laaa ———————–> Evan Burse Cartoon Block.

Ok mari kita tengok cara aku lukis karikatur

bagaimana lukis wanita hijab

Ada 4 langkah penting yang salu aku buat.. dia kalau yang pro takdak dah semua step-step ni.. hanya orang yang noob macam aku ja dok masih lagi buat haha.. Mereka yang profesional sekali buat teruih ja.. amik pen kira teruih jadi.. bagi la postur apa pun.. teruih jadi.. aku takdak kot sampai tahap tu.. taktau la kot bakat terpendam mai sampai tahap tu haha..

  1.  Lakarkan rangka dahulu.Nak kedudukan dia camana.Tongkat dagu ka, angkat tangan kanan ka, apa sahaja.Ingat dak lagi kelas seni masa sekolah menengah dulu? haa lagu tu la huhu.. rangka asas mau ada.
  2. Langkah seterusnya, mula telitikan muka, jari, senang cerita bagi nampak bentuk muka orang la, jangan jadi bagi alien pulakk
  3. Bahagian terpenting sekali, padamkan garisan tak penting, padam rangka-rangka asal pada Langkah 1.Padamkan mana tompok-tompok yang tak kena dan make sure jadi elok la kan
  4. Last sekali tentukan garisan luar karikatur atau outline tu bagi kemas.. jangan la bagi nampak macam step 3 kat atas tu.. bagi nampak line smooth.. bukan berkecamuk dan tak kemas.. dah tu setelah nampak outline cantik maka boleh la touch up boh kaler dan shadow

Haa macam tu langkah-langkah yang salu aku buat.. di bawah antara koleksi gadis-gadis yang aku lakarkan.Gadis ni saja ja.. sekadar imaginasi aku.. taktau la kan kot ada kena ngan sapa-sapa nak sama muka haha.Next maybe aku akan cerita camana aku kaler pulak ok.. bab kaler memang aku lemah la.Aku kaler stail aku la kan.. asai nampak cantik.Takla nampak real life macam depan mata punya output haha.

gadis berdoa

Karikatur aku sketch ketika isu MH370 menggembarkan dunia dan masih jadi perhatian dunia.. even sekarang still macam-macam samar.. doakan.

karikatur gadis comel hijab

karikatur gadis bertudung

Sekian sahaja.Jumpa di next entri…. adiossss

Facebook comments: