Dibawah adalah koleksi lakaran atau sketch yang aku lakukan ketika perlawanan Kedah melawan Pahang pada separuh akhir Piala Malaysia 2014.Memori indah buat rakyat Kedah pada ketika itu apabila sudah lama mengimpikan untuk ke final Piala Malaysia yang mana kali terakhirnya pada era Double Treble era 07/08 akhirnya terkubur apabila Kedah tewas di tangan Pahang pada separuh akhir kedua dan sekaligus meranapkan impian untuk menjulang piala berprestij tersebut.

Mulanya pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, pasukan Kedah di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya mengalahkan pasukan Pahang dengan jaringan 3-1, tetapi malangnya pada separuh akhir kedua segalanya tidak menjadi apabila Kedah tewas dengan teruknya dengan jaringan 5-0.Apa pun pada tahun ini diharapkan sinar kembali cerah buat pasukan Kedah dan mampu mengulangi kejayaan ke separuh akhir dan seterusnya ke peringkat final.

Pada ketika itu untuk mencerminkan atau sebagai wadah analogi Kedah melawan Pahang, telah aku lakarkan sketch awek Kedah vs awek Pahang dengan gadget atau menggunakan Samsung Galaxy Note 3.Ramai jugak yang melukis analogi seperti watak kartun Helang melawan Gajah tetapi aku memilih untuk melukis awek sebagai simbolik haha.Apa pun nak habaq bagi awek Kedah tetap comel sediaaa.. tak caya mai berkunjung Kedah tengok.. depa suma senyommm manaih melecaihhhhhh.

awek kedah sketch

Sebelum perlawanan aku saja lukis dengan harapan ramalan aku tepat 3-0.. sekali 3-1 daaaa haha

kartun awek posing

gadis baju korporat

gadis kartun

awek sedih

So gambar terakhir adalah simbolik bagi kekalahan Kedah di tangan Pahang.. ayaqqq mata… ayaqq mata nak habaq bagi.. keciwa takdak dahhh…. apa pun berita gembira untuk tahun 2015… sinar harapan yang penuh gemilang apabila baru-baru ini sang Helang Merah terbang lebih tinggi yakni pasukan Kedah FA berjaya menjadi johan Liga Premier bagi musim 2015 dan seterusnya layak ke Liga Super bagi musim 2016.Sesuatu yang dinantikan oleh semua peminat dan rakyat Kedah untuk melihat pasukan Kedah kembali menjadi pasukan bola sepak yang disegani di bumi bertuah Malaysia ini.

Hari ini 29/8/2015 ada Majlis Perarakan dan Sambutan Piala Juara Liga Premiere 2015.Pelbagai acara menarik disediakan dan anda boleh tengok gambar di bawah yang disediakan media KFA dan sebarang maklumat lebih lanjut layari KFA -Persatuan Bola Sepak Kedah.

Sambutan Piala Juara Liga Premiere 2015

 

Bersambung minggu hadapan untuk koleksi lakaran yang lain pula.

Facebook comments: