Peringatan : Lagu ni dah lama cipta cuma liriknya belum publish lagi kat blog ini 🙂 Sila play dekat mp3 player sebelah widget kanan blog untuk mendengar lagu ini.Selamat mendengar.Sayangilah ibu ketika mereka masih ada.Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Sayugia – Kau Tetap Di Hati

Komposer/Penulis Lirik – Aiman Najmy

Susunan Muzik – Ihsani

Verse 1

Ku teringat waktu dulu
Ketika ku bersama mu
Oh indahnya dunia ku

Melayari jiwa ini
Mencari makna hidupku
Untuk menempuhi

Pre Chorus 1

Ku rasakan hidupku tak bermakna lagi
Tanpa kasih sayang mu

Chorus

Ku ingin selalu bersama ibu
Tapi itu hanya mimpi
Mimpi yang indah sekali

Kenangan itu menjadi saksi
Bahawa kau tetap di hati
Hingga ke akhir hayat ku ini

Verse 2

Dari kecil hingga dewasa
Kau tak jemu mendidik ku
Kau korbankan segalanya

Pre chorus 2

Oh Tuhanku munajat diriku padaMu
Ampunilah ibuku

Ulang Chorus 2x

Ku ingin selalu bersama ibu
Tapi itu hanya mimpi
Mimpi yang indah sekali

Kenangan itu menjadi saksi
Bahawa kau tetap di hati
Hingga ke akhir hayat ku ini

 

Terima kasih ibuku kerana membesarkan diriku sedari ku kecil hinggalah dewasa sebelum dirimu dijemput oleh Allah S.W.T pada ketika usiaku 21 tahun.Al-Fatihah.. Semoga Allah tempatkan dirimu dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

versi Dameer (my nephew) 🙂

Versi konsert

Facebook comments: