Salam kepada pengungjung blog ini.Aku baru teringat sebenarnya nak buat entry pasai blogger yang tersepit ni yang mana idea asalnya datang dari rohaizad.com.Tu pun sebab tadi aku terbaca kat blog boy.Kalo tak memang dah lupa terus aku sebab due date dia adalah ari ni sebelum 12 tengah hari.Hurm aku pun taktau nak cerita pasai pa neh huhu.Sat aku pikiaq noh hurm~ nak cerita pasai pengalaman blogging baru ja berjinak2.Ok la baru2 ni aku da lancarkan trailer filem pendek kedua arahan aku huhu yang bertajuk sayugia adiwira.Sampai sekarang aku masih tersepit nak tamatkan cerita tuh dengan sad ending atau happy ending.Jalan cerita dah ada cuma bab ending masih lagi tercari2 satu ending yang begitu dramatik sekali hehe.Senang cerita babak pengakhiran belum lagi aku rakamkan.

Kalo nak wat sad ending yang aku rasa begitu tragis dan dramatik maka hero tepaksa la belakon menderaikan air mata (bedasarkan skrip).Masalahnya hero tuh aku huhu..aku mana besa belakon reyau depan kamera.Aku suh member aku ganti tempat aku pun dia takmau..so tepaksa la aku jadi heronya walaupun badan tak tough huhu.So dengan itu aku bercadang ubah sikit skrip dengan pengakhirannya ialah happy ending.. tak payah susah2 aku menangis depan kamera huhu.Tapi bila dinilai semula happy ending tu terlalu sangatlah common dan tak mampu nak membawa cerita ke satu level filem indie yang baru dan ada kelainan.So aku sekarang tersepit sama ada nak amik jalan mudah dengan tamatkan cerita tuh dengan happy ending atau aku sendiri mesti belakon dengan jayanya babak melibatkan penderaian air mata yang membawa kepada sad ending yang tragis dan ada kelainan.So mesti ampa semua tertanya apakah sinopsis jalan ceritanya? hehe aku takkan kongsikan.. nanti dah tak suprise.

So itu sahaja yang dapat aku ceritakan dengan idea spontan sebelum menjengahnya pukul 12 tgh hari iaitu waktu due date menyiapkan entry ini.So hayatilah sneek peak di bawah huhu.

Facebook comments: