computer code

Dalam entri lepas, saya sudah bercerita mengenai perkaitan antara pembinaan rumah anda dan juga saling kait dengan pembangunan sesuatu website.Maka dalam entri ini kita akan membincangkan serba sedikit tentang perkaitan computer code yang menjana pembangunan website dan bahan binaan rumah.Dalam pembangunan sesuatu website, kita perlu tahu basic computer code yang dapat menjana atau mampu menghasilkan website ke tahap yang dingini.Seperti juga rumah, mesti ada bahan asas yang diperlukan untuk pembinaan sesuatu rumah.

Secara asasnya, dalam pembangunan sesuatu website terdapat 3 computer code utama yang sangat diperlukan dan saling bergantung antara satu sama lain iaitu HTML, PHP dan juga CSS.Code ini sangat berperanan besar sama seperti pembinaan rumah anda yang perlukan simen, batu bata. struktur rumah dan sebagainya.Saya takkan bercerita dengan lebih details apa itu fungsi setiap code yang berkaitan.Ianya akan diterangkan di lain entri khas.Saya hanya akan menerangkan hubungkait secara umum dahulu perkaitan code-code tersebut dalam pembangunan website dan rumah.

timber-frame-lg

Code HTML (Hypertext Markup Language) diibaratkan sebagai struktur asas rumah anda yakni framework structure rumah anda itu.Cuba ronda-ronda kawasan perumahan yang baru hendak dibina dan anda akan dapati terdapat struktur asas rumah yang baru hendak dibina.Maka ia diibaratkan sebagai HTML coding sesuatu website yang baru hendak dibangunkan.

Maka setelah struktur asas rumah pun sudah dibina dan juga perkara basic lain (bumbung , dinding, pagar, lantai dan dan lain-lain).Maka tentunya anda perlu mencantikkan rumah anda tersebut.Mesti anda hendak cat bagi cantik, pasang carpet, pasang tiles dan lain-lain home decoration.Oleh itu home decoration boleh dikaitkan dengan code CSS (Cascading Style Sheets).Dan kalau direlatekan dengan website sudah tentunya anda inginkan design website mengikut citarasa anda contoh header website anda warna biru, sidebar website anda kaler merah, background website warna hijau kuning, tulisan text anda warna ungu dan lain-lain design.

interior-wall-painting

Rumah pun dah cantik, dengan home deco sana sini maka apa lagi yang anda perlukan untuk rumah anda.Boleh la nak duduk, tapi panaih kot, kipas tak berfungsi, dah tu TV pun takleh bukak, nak lagi seksa nak men internet pun tak boleh! Huhu.. apa lagi tentunya anda perlukan elektrik! Dengan adanya elektrik maka anda boleh la pasang kipas, lampu, tengok TV dan lain-lain untuk menceriakan hidup anda.So code PHP (Hypertext Preprocessor) boleh direlatekan sebagai elektrik untuk menghidupkan sebarang alatan dalam rumah anda.Jika dianalogikan, PHP coding dapat menjalankan fungsi tertentu dalam website anda.Contoh seperti sistem data komen, emel sign up dan lain-lain fungsi.

electric plug

Oleh itu, dapat dianalogikan, anda adalah sebagai arkitek rumah anda.Ikut anda hendak pasang tiles kat mana, nak cat warna apa rumah anda, nak pasang bumbung warna apa dan segalanya di atas keputusan anda sendiri.Same goes dengan pembangunan sesuatu website.Berbekalkan 3 code asas tadi maka anda boleh bina website ikut kehendak anda.

Tetapi dengan wujudnya platform pemudah cara untuk pembinaan website seperti blogspot, wordpress, blog.com dan sebagainya, ianya tentu sekali anda tak payah semak kepala memikirkan tentang code-code yang anda sendiri pun tak paham (jika anda tak belajar la).Ianya ibarat memiliki rumah yang dah ready-made.Anda mai duduk sahaja.Tetapi jika tiba-tiba anda nak custom penjuru rumah anda buat sidai kain ka..atau penyangkut baju ka.. haa mau tak mau anda kena tau juga perkara asas struktur rumah anda itu.Satgi main tebuk lubang ikut suka mau retak dinding rumah anda.Begitu juga analoginya jika anda tahu asas 3 code di atas, jika anda menggunakan platform wordpress, setidak-tidaknya anda tahu bagaimana nak tweak code berkenaan dalam wordpress untuk memastikan website anda itu mengikut design citarasa anda.

web design meme

Di entri seterusnya saya akan bercerita secara umum kepentingan CMS (content management system) seperti wordpress dalam pembinaan dan pemudah cara  pengendalian website.

Facebook comments: