Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tajuk entri di atas adalah tujuan untuk mewujudkan satu persoalan saja.. bukannya aku nak bagitau exactly apakah ada kursus mengenai blogging yang diwujudkan di universiti tempatan atau antarabangsa.Sila baca sampai habis apa yang aku nak luahkan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Aku sebenarnya belum lagi mencapai usia setahun mendalami dunia blogging ini.Bak kata orang baru setahun jagung.Masih berhingus ya itu ungkapan paling tepat untuk diriku.Aku mula belajar-belajar buat blog pada bulan Mei 2010 iaitu tahun lepas lah selepas saja aku menghadiri seminar rohaizad.Aku bermula dengan zero.Sedikit-sedikit aku belajar.Takla sekali harung.

Aku akui dengan kelemahan aku ini.Aku ni seorang insan yang takleh fokus dan struggle buat satu benda.Aku mudah lalai.Kalolah aku ni seorang yang fokus, rajin belajar dan struggle abis-abisan tentu banyak ilmu yang dah aku pelajari since 8 bulan lepas.(kalo dikira dari bulan Mei 2010 sampai sekarang).

Aku belajar sekejap 2 3 hari..pastu dahh!! tinggal dekat seminggu dua..pastu nak start belajar balik atau nak dapat aura nak belajaq mau la 2 3 hari balik..pastu then dok ulang-ulang benda yang sama.Macam mana la aku nak berjaya apa yang aku impikan dengan dunia blogging ni.Tambahan lagi kalo aku dah start masuk studio abih lupa dunia blogging berminggu-minggu..asyik main muzik cipta lagu je.

Pastu dah masuk tahun baru ni since awal Januari tahun ni baru la ada keyakinan nak belajar bersungguh-sungguh dan fokus apa yang aku buat.Betapa ruginya aku selama 8 bulan lepas, progress sangatlah sikit,usaha pun sikit, hasil pun tak bapa nampak.

Selama 8 bulan lepas banyak jugak aku dah belajar walaupun pada hakikatnya kalo aku fokus betul-betul selama 8 bulan tu, aku dah mampu capai apa yang aku target.Selama ni aku taktau pun industri ni terlalu besar dan terlampau banyak ilmu di dalamnya.Bagi aku bidang blogging ni kalo diterokai segalanya segenap segi mampu diwujudkan satu kursus di universiti.

Mengapa aku berkata demikian? Sebab terlampau banyak ilmu di dalamnya untuk diterokai.Blog memang pada hakikatnya adalah journal online atau pun website yang mempunyai isi yang diterbitkan secara berkala.Dahulunya aku anggap “alah blog ni apa ada sangat..cerita-cerita kosong, info-info berkaitan yang penuh dengan iklan”.Tapi aku silap.Perkataan “blogging” itu sendiri terangkum pelbagai jenis ilmu di dalamnya untuk kita dalami.

Bagi aku bila menjerumuskan dalam dunia blogging, dua subjek utama yang perlu diberi perhatian.Ilmu teknikal dan ilmu pemasaran internet ataupun internet marketing.Pada firasat akulah andai kata adanya kursus blogging yang ditawarkan di universiti sama ada ianya peringkat diploma atau degree atau master, subjek teras dan elektif perlu ditawarkan seperti mana yang berikut :

Subjek teras

1) Website design and development – segala ilmu berkaitan dengan rekaan laman web.. CSS, HTML dan sebagainya

2) CMS (content management system) – segala ilmu berkaitan dengan sistem pengurusan pengisian blog macam wordpress, blogger, joomla dan sebagainya

3) Webhosting, servers, domain – segala ilmu berkaitan dengan hal ehwal teknikal di sebalik wujudnya laman blog itu

4) Programming and Database – Segala ilmu berkaitan dengan data simpanan blog dan aturcara web seperti PHP, Javascript, MySQL

5) Link Building – ilmu mengenai pemasaran internet dan pembangunan taraf kualiti sesuatu blog dan merupakan subjek wajib lulus.Tak lulus kena repeat dan takleh grad

6) Search Engine Optimization (SEO) – Final Year Project atau Thesis yang merupakan syarat utama untuk graduation.


Subjek Elektif (wajib amik untuk cukupkan kredit tapi tak perlu mandatori wajib lulus untuk grad)

1) Search engine – mempelajari selok belok dan keperluan serta ciri-ciri terpenting sesuatu enjin carian

2) Google Page Rank – mempelajari dan mendalami teknik dan tips untuk menambat hati Google dalam menganugerahkan PR kepada sesuatu blog

3) Bahasa Inggeris – mempelajari cara menulis dengan baik dalam bahasa inggeris

4) Content is King – mempelajari cara menulis content blog agar mesra enjin carian dan mampu menawan hati para pembaca

5)Money Making Talks – Mempelajari segala program yang wujud yang mana merupakan income utama seorang blogger atau internet marketer seperti CPA, PPL, PPC, Affliate dan belambak-lambak lagi sampai tak larat tulis huhu.

Setakat ini sahaja subjek-subjek penting yang mampu aku fikirkan huhu.Andai kata kursus ini diwujudkan.Tempoh masa pengajian 3 tahun paling perfect untuk kuasai segala ilmu-limu tersebut.Setelah berhempas pulas dan berjaya mengharungi tempoh pengajian selama 3 tahun melepasi syarat graduation..maka dengan ini anda dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Blogging.

Bagi aku tempoh 3 tahun pengajian tak lama mana pun.Selama 3 tahun takla totally belajar berkaitan dengan ilmu blogging je.Biasalah alam universiti.Ada aktiviti tu aktiviti ni, Ko K tu Ko K ni, subjek elektif yang bukan dalam bidang kita lagi, pastu praktikal 6 bulan, sedar tak sedar abih dah huhu.

Dan apa yang aku terfikir pensyarah jemputan mestilah datang dari kelompok dunia blogging dan internet.Macam Larry Page ke huhu, google punya engineer ke, CEO dari SEO company dan jagoan IM tempatan.

Selepas saja grad maka anda terus boleh start kerja.Pendek kata kos ini terus ada jaminan kerja punyalah.Tinggal nak ngan taknak ja nak teruskan.Ilmu segalanya mengenai dunia blogging dah ada maka..tunggu apa lagi huhu.Just work from home atau anywhere yang ada talian internet.

Bagi mereka yang bergraduan dari kursus IT atau computer science atau software engineering maka subjek teras 1,2 3 dan 4 kat atas maybe termasuk dalam syllabus pengajian.Tapi bab subjek2 lain mungkin takdak langsung huhu pecayalah (kecuali BI).So kursus blogging kat atas ni memang lebih spesifik untuk para pelajar menjadi seorang full time blogger atau internet marketer apabila tamat pengajian kelak.

SEBENARNYA dan PADA HAKIKATNYA, sesiapa yang ingin menceburi bidang blogging atau menjadi seorang blogger yang menjana income dari blognya tak perlu untuk mempelajari segala ilmu di atas.Kenapa? Kerana anda boleh upah orang je semua. Nak buat design upah orang, nak buat link building upah orang, nak buat content upah orang, nak buat SEO pun boleh upah orang.Dan bila segalanya anda upah.. nahhh! siap blog berkualiti anda.Semudah itu kan..takyah penin kepala

TAPI.. tapi anda fikirlah sendiri kekurangan dan kelebihannya, aku malas nak taip huhu.The reason is to vivid to think

Bagi aku menceburi bidang blogging ibarat menceburi bisnes juga seperti mana kata-kata “pertanian adalah perniagaan”.Kalo tak dulu takla wujud Universiti Pertanian Malaysia ye tak..huhu yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.Dan seingat aku lah, taktau betul ke tak aku pernah terbaca dulu.. sampaikan agen insurans takaful pun disarankan amik degree.Dan kalo tak salah UUM yang akan menawarkan kos sedemikian.Correct me if i’m wrong.Inikan pulak blogging huhu lagi luas ilmunya.

Adakah anda rasa kursus ini sangat relevan untuk ditawarkan di universiti?

Facebook comments: