LK IM

Tajuk entri ni pun nama sembang rabung.. so aku akan sembang kosong atau “rabung” orang Kedah kata dalam ruang lingkup dunia IM.Kosa kata rabung ni salu nak explain lebih kurang macam dok syiokkk melayannn.. cempera lebih… dok tak dok orang kata pa… serupa macam sorang tu dia layan kona lebih tang simpang.. padahai.. nak kona kona la.. sama ja gu mana pun.Susah nak abaq bagi.. orang utagha paham kot huhu.Entri ni akan jadi banyak part.. besa la nama pun sembang rabung.. serupa dok kedai kopi sembang pong pang pong pang apa ke benda ralit-ralit dah 3-4 jam.Ni pun sama la tapi versi aku syok sendiri menaip… ikut dan la keletuk keletak keletuk keletak bunyi papan kunci… so biaq rabung apa ke benda meleret tanpa sebarang point asas… let the idea flow.. mengaliaq bak sungai bongkok belakang rumah aku.

Hari ini 31 Ogos.. Hari Kemerdekaan so aku takmau la ek sembang bab kenegaraan huhu..Ruang lingkup tajuk adalah dunia IM.Apa pun aku tetap cinta dan sayangkan negara aku.. tanah tumpahnya darah ku.. rakyat hidup bersatu dan maju.. rahmat bahagia… errr tup tup tup… ahhh abih ja lagu bendera takdan naik atas lagi.. semua mata perati kat aku… teringat beb dulu aku dok jaga penaik bendera time perhimpuan kolahhh.. kurang pakar aku nak maintain lagu negaraku ngam ngam coi sampai ke tiang atas bendera sebaik sahaja lagu abiss.. nindia dah mula part rabung.. ok here we go kita start topik yang sebetulnya

There’s no big deal if you wanna involve in the real internet business.. ramai bercakap mengenai kos itu la.. mahal la apa la.. what if i told you.. you can start internet business with no cost at all.. cuma perlukan kerajinan dan otak yang rajin membaca dan study sikit mengenai market research…

Setengah dengar kena study sikit ahhh dah malas… come on dude~~~ nak bisnes juai nasi lemak pun nak kena ada market research jugak.. tapak mana nak pasang khemah/payung, kawasan tumpuan ka, kawasan tepi jalan ka, apa kelebihan nasi lemak kita dengan pesaing nasi lemak yang lain.. ROI (return of investment) in case dah malas nak mampus nak buat kajian sikit pun sila pegi buat MLM sh*t yang belambak malah beratus kat dunia online ni…tayang gambaq pijak lambo.. tayang kat orang satu dunia duit berkepuk kat pesbuk.. tak takut orang dok marking kaa time balik rumah???

Ok berbalik pada topik asal huhu….. sedikit tips aku bagi untuk beginner… bab market tempatan sesungguhnya aku tak penah cuba langsung… aku lebih fokus pada US market dan global seumpamanya… menjana Usd sedap sikit kali 3 huhu…tapi kali ni kali 4 woi… gila tinggi….Tak penah-penah sejak negara merdeka duit ringgit Malaysia jatuh seteruk tahap lebih 4… so dalam market international anda boleh fokus apa anda nak fokus nak jual.. yang logik nak jual la.. takkan nak juai nasi lemak atau nasi kandaq ayam belah 3 kat pasaran US kot… nak delivery lagu mana haha….so fikir logik masuk akal sikit.. tapi every most single thing can be jual at international market…

Letakkan diri anda nak jual apa.. dan apa anda minat…. ok macam aku minat aku jenis macam muzik, gaming PS3/PC, memancing, dan barang2 gadget.Bila fokus pada benda yang anda minat lagi senang nak fokus pada market research.. dalam dunia online macam-macam boleh jual, sama ada fizikal produk atau digital produk.So then katakan anda pompuan pulak.. dalam hati sanubari anda mesti minat something… contoh minat kepada menjahit ka… produk kecantikan ka… so setiap manusia mesti ada minat tersendiri.. takkan lah hidup macam zombie takdak apa yang minat dalam dunia yang fana ini hahaha…

So then.. amik contoh katakan sorang tu minat pasai produk kecantikan.. dan sorang lagi minat pasai muzik.Then yang minat pasai muzik tadi katakan dia minat pasai main piano.. so dah tentu la bab-bab pasai piano dia tahu menahu la luar dalam.. dah minat beb… macam sorang tu minat moto.. mesti dia amik tau pasai rim, pasai jenama moto, pasai spoket, pasai seat… dan apa kejadah lagi yang dia minat pasai moto.Maka tadi yang minat pasai produk kecantikan pulak.. mesti la dia amik tahu pasai krim tu, tips nak hilang jerawat, nak bagi cerah muka camana, dan at least memang tau pasai semua sedikit pasai produk kecantikan sebab dia memang minat tentang tu.

Setiap apa yang kita minat mesti kita amik tau mengenainya betui dak.. ada ka manusia yang minat pasai bola.. tiba2 tanya pasai bola dia kata bola tu bentuk segitiga.. itu nonsense beb hahaha.. nampak sangat mental dia tak betui.So kejadah panjang aku nak describe pasai minat segala ni sebab bila kita fokus pada benda yang kita minat lagi senang instead of men maraban ja apa nak juai kat tenet.Kesimpulannya nak abaq.. as a beginner start dulu menjual produk yang kita betui2 minat sebelum dive in ke market yang lebih luas.It is not one day midnight of successful.Come on dude~~~ macam contoh juai nasi lemak tadi.. dia baru start meniaga.. takkan la satu taman mai serbu beli hahaha… take time to learn that.. that the human being does… ada ka manusia beranak tiba2 dah jadi Einstein? haha.. apa pun.. mula2 berniaga semua kena berasa susah dahulu… kalo ada plan bisnes arini berniaga esok dah riban2 Usd i call it BS.. atau bullshit haha.. andai kita penah merasa susah mula-mula.. pecayalah nanti kita akan menjaga dan menilai perjuangan bisnes kita nanti.

Ok.. andai kata dah pilih nak juai apa… boleh start nak buat market research… hmnm aku dok pikiaq nak amik contoh apa la ni huhu.. banyak sangat haha… ok2 aku letakkan diri aku.. aku ni minat budak-budak.. i mean baby haha.. contoh.. segala berkaitan dengan budak2 kecik comel aku suka.. macam pakaian.. mainan.. bahan2 bantuan mengajar budak2.. so apa nak buat… maka pertama-tama sekali tentulah kepala otak aku dah set nak jual barang apa berkaitan baby ni… then pikiaq2 kelepap.. tiba2 aku nak juai strollers.. you know baby strollers tu.. sebab aku tengok baby naik strollers…… huuuu comey sangat2 huhuhu… minat yang mendalam pasai baby strollers menyebabkan aku amik tau pasai baby strollers ni (padahai aku taktau pun.. ni aku anggap contoh katakan aku minat strollers huhu..)

So aku pun rajin survey brand-brand yang ada mengenai baby strollers ni.. dan rajin amik tau pasai baby strollers berkenaan design dan juga harga.. dan aku pun tiba2 teringin nak jual benda alah ni.. yelah seronok2 nak jual barang yang kita minat.. tambahan pula aku pun kerap dok baca pasai strollers ni.. so konon2nya teringin nak jual hahaha… tapi fikir2 balik.. perghh gila mana nak amik supplier strollers ni.. nak cari mana… camana nak cari ruang nak juai benda alah ni beb~ gila takkan aku nak kontek kilang dia kat USA sana noh.. “Hello ni apa nama saya nak juai strollers lah.. mai kat saya dalam 5 ketui..” dah laa cakap BM mana omputih tu nak paham hahha.. contoh~

So dalam hati.. aku teringin nak juai strollers kat market international terutama US dan global umumnya.Maka bermulalah aktiviti market research… letakkan diri anda sebagai mat salleh yang ingin nak beli strollers secara online untuk anak dia yang terjelir2 lidah macam Miley Cyrus.Err then mat salleh tu pun berkata…..”Holy crap you know i want to buy strollers via online for my daughter.. where i should find good strollers.. maybe i should Google to find it.. or maybe i go to Amazon as the biggest shopping online in the world.. or maybe i would go to Yahoo Shopping..”

Tu saja contoh haha.. apa pun selalunya.. atau apabila meletakkan diri aku sebagai seorang buyer yang ingin membeli stroller dengan harga dan kualiti yang puas hati.. agak-agak apa yang aku lakukan dahulu?? kalo cerita tokwan toknek kita nak pi beli stroller kat cucu… konpom la dia teruih pi kedai Ah Pek kat pekan terdekat teruih beli ja.. so kalo gaya mentaliti anak muda macam aku… atau anak muda ketika era internet… what to do?? tentunya buat research di internet dahulu! search kat Google.. baca-baca review produk.. banding harga kos.. banding brand-brand yang ada… standard semua tu.Melainkan kalo dah duit dah banyak tak pikiaq apa dah.. masuk Google.. taip stroller.. hasil carian memaparkan website menjual stroller di tempat pertama terus klik terus beli secara online… takpun senang masuk sahaja Amazon.. taip frasa stroller… tengok mana yang berkenaan terus purchase via kredit kad.. then tunggu ja kat umah.

Tapi.. majoritinya ramai yang bukan kaya.. trending atau gaya pengguna internet selalunya memang takkan terus purchase sebelum mereka membuat market research sendiri.. mesti ada yang akan baca-baca dahulu review di internet.. atau baca dahulu feedback mereka yang telah memakai jenama strollers berkenaan.Kuasa beli akhirnya terletak pada mereka yang rajin buat research dulu di internet sebelum membeli.Maka di sebalik trend atau situasi berkenaan maka telah wujud suatu ‘hidden’ industries.. ehh bukan hidden sangat pun tapi lebih kepada peluang-peluang yang wujud dalam arena kuasa beli pengguna internet.Internet is open world industries.. sapa-sapa boleh penetrate dan kuasai apa sahaja dunia pasaran asalkan tahu caranya.Untuk mengetahui lebih lanjut apa ke benda aku dok merabung ini.. maka tunggulah part 2.. aku rasa cukuplah kot setiap part aku rabung dalam 1500 patah perkatan hahaha.. sat ni lebih-lebih ada yang muntah nak bacaa pulak (padahai aku lenguh menaip).

 

 

Facebook comments: