1) Memiliki Debit Card.
Tak kira debit card jenis apa, asalkan ianya debit card (Mastercard/Visa/dan lain-lain) Selain itu anda boleh direct ke credit card anda juga atau ATM card seperti Maybank yang berfungsi sebagai crecit card juga tapi saya tak galakkan.For ‘safe play’ baik gunakan sahaja debit card.Bila time nak guna baru masukkan duit atau top up.Tak payah risau masalah nanti in case ada hidden charges atau charges yang meragukan.

mastercard

2)Memiliki akaun Paypal
Haa ni sangat penting.Paypal menjadi nadi utama duit dari luar negara masuk ke akaun anda dan seterusnya ke bank tempatan.Tiada akauan paypal susah nanti nak terima bayaran dalam matawang asing.

paypal

3)Berkebolehan faham dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
Ini memang mandatori.Nama pun nak masuk market luar.Nak deal dengan mat salleh luaq.Takkan nak balun cakap/komunikasi bahasa utaghaa Baling pekat sana nuhh haha (begurau)

Ok dah berjaya memiliki ketiga-tiga perkara di atas.. yahoo maka anda boleh berseronok mencari peluang menjana USD dalam akaun paypal anda.Persoalannya bagaimana?

Andai tiga perkara penting sudah anda buat iaitu memiliki debit card, akaun paypal dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.So apa nak buat?? Maka sebagai seorang yang sangat beginner atau newbies, untuk mengenali industri dengan lebih mendalam.PERKARA PERTAMA anda harus buat adalah perlu lepak di forum-forum IM antarabangsa yang famous dan sememangnya terbukti boleh menjana income.

Kalau kat Malaysia ni, tentunya forum WangCyber menjadi sandaran utama.Tetapi untuk pasaran market antarabangsa antara forum yang paling penting adalah DigitalPoint.Selain itu anda juga boleh lepak forum-forum Warrior Forum, V7n, IMTalk dan banyak lagi boleh Google tentang internet marketing forum.Tetapi saya sarankan lepak DigitalPoint dahulu sudah buat permulaan.

Maka sign up forum tersebut.Baca thread-thread yang ada.Fahami sikit-sikit dunia IM ni.Lagi bagus anda anggap forum tersebut sebagai ‘Facebook’ kedua.Selalu lepak dan tengok-tengok thread.Tak paham sangat pun takpa apa yang dibincangkan.Janji lepak dulu.Kalo anda blur maka lepak saja forum tempatan yakni wangcyber untuk dapat gambaran.

Tujuan saya menyarankan lepak dahulu forum tersebut kerana di forum-forum itulah nanti anda bakal membuka mata anda dan peluang yang tersedia sebagai seorang IM beginner.Bagi saya tak lengkap seseorang IM newbies international jika dia tak penah lepak forum DigitalPoint dan WarriorForum.Pendek kata ianya ibarat seperti tak lengkap kehidupan seorang pelumba motor jika dia tak penah jatuh moto camtulah haha.

rzg6q

 

So dah lepak forum, tetapi pening ya amat apa ke benda nak buat ni.Terlalu banyak cabangnya dan terlalu padat dan heavy kepala otak dengan pelbagai maklumat yang sememangnya pening sekali nak hadam dan tidak tahu mana yang hendak belajar dan ambil tahu dahulu?

Senang cerita apabila memperihalkan dunia internet apa yang selalu terlintas di fikiran anda? WiFi? Cable Lan? Bayaq bil bulan-bulan? Tentulah tidak… benda paling utama tentulah WEBSITE atau laman web.. tiada laman web tiada gunanya dunia internet.So secara umumnya dapat aku bagi gambaran di bawah:

Andai anda tiada laman web

Bagi mereka yang baru menceburi industri atau baru tau dunia internet marketing tentunya tiada laman web ye tak.So apa ke benda anda boleh buat? Tentunya segalanya berkaitan dengan laman web jugak.Contohnya

  1. Menulis artikel. Anda boleh diupah untuk menulis artikel English untuk keperluan webmaster atau sesiapa yang ingin menghajatkan content web mereka dipenuhi tetapi tiada masa maka anda boleh tawarkan harga anda untuk menulis artikel.Selalunya per 100/word pada kadar jumlah tertentu.Selalunya 100 words $1 tetapi anda tinjau dahulu harga yang diletakkan oleh  mereka yang berminat dan anda letak la murah sikit, lepas tu anda PM secara personally mereka yang iklankan yang inginkan penulis kandungan untuk laman web mereka.Bab topik anda perlu pilih apa yang anda senang nak buat bila menulis nanti.
  2. Forum poster. Apa ke benda forum poster? Anda bertindak sebagai forumers yang tugas anda hanya post sahaja di thread-thread tertentu dan diberikan upah pada kadar tertentu iaitu mungkin 10 posting $0.50.Maka anda haruslah pilih forum-forum yang sesuai dengan anda atau memang kena dengan jiwa anda andai nak posting nanti.Posting dalam forum tak perlu banyak taip pun.Anda pun tahu macam mana forum punya culture, andai ada tulis short form sahaja, of course la kena kick dengan admin.
  3. Design website atau logo. Terpulang pada bakat, andai ada pengetahuan dalam seni grafik boleh terus bukak thread dan tawarkan khidmat design di forum terbabit.
  4. Orang tengah menjual tapak iklan. Anda boleh jadi orang tengah dalam menawarkan tapak iklan kepada forumers lain atau para pengiklan yang berminat.Lebih kurang macam broker.Anda cari advertiser yang berminat untuk beriklan di laman web syarikat X (contoh) yang anda dah approach, kemudian andai ada berminat anda yang uruskan atau berurusan dengan pengiklan.Sebaik sahaja pengiklan dah bayar kos pengiklanan, kos berapa % anda ambil sebagai upah anda yang berurusan sebagai orang tengah.Ianya bergantung juga kepada kata putus awal atau persetujuan yang telah ditetapkan antara pengiklan dan target laman web syarikat tertentu.Pening? Pi lepak forum baca haha.
  5. Buka thread dan jual produk affiliate. Aku dah tulis sedikit panjang lebar tentang dunia affiliate secara umum dalam entri yang lepas. Boleh pi baca. Ramai yang tak paham lagi konsep affiliate.
  6. Banyak lagi. Pi lepak forum. Apa pun akhirnya duit upah atau income akan disalurkan melalui paypal.

Andai ada laman web.

Aku dah pernah menulis panjang dahulu mengenai betapa pentingnya mempunyai website dalam medium berbahasa English.Terlampau banyak cabang dan saluran atau pelbagai peluang yang dapat anda perolehi jika anda mempunyai laman web atau blog bermediumkan English.Ianya sebagai hartanah online yang akan mempunyai nilai dari masa ke semasa andai anda tahu bagaimana menjaga dan monetizenya.Laman web yang anda harus miliki seharusnya menjurus kepada content based (ada artikel bermaklumat) dan bukannya laman web jualan atau laman web affiliate atau e commerce atau senang cerita laman web anda tak berorientasikan penjualan sebarang produk.

  1. Jual tapak iklan. Ini adalah perkara paling basic! ADVERTISING! Bagaimana Google boleh untung berbilion-biliun?? ADVERTISING! Anda dah ada website, (aku dah cerita panjang lebar mengenai isu ni, advertiser pandang banyak perkara, tak semestinya laman web popular boleh duit, laman web 8 juta tahun tak berupdate pon ada nilainya andai laman web itu bersifat content based, pi baca post-post aku yang lepas hihi tak larat nak ulang) maka boleh tengok peluang-peluang sewa tapak iklan. The best cari yang berdasarkan renew by year, ada jugak sekali bayar, ada yang nak 6 bulan je. terpulang lah. Tengok peluang apa yang ada. Andai dapat tiap-tiap tahun renew, maka setiap tahun lah anda dapat pasif income.That’s one of the way hartanah online dan pasif income saling berhubung kait.
  2. Copy paste job. Apa maksud ni? Berkaitan dengan pengiklanan juga. Peluang ada di mana anda perlu copy paste artikel yang disediakan advertiser then tempek kat blog anda. Ini selalunya sekali bayar sahaja.
  3.  Jual website. Anda boleh jual balik website anda tu andai ada nilai. Nilaian di ambil kira dari segi usia laman web, domain authority, berapa banyak dah index page, traffik, conversion dan banyak lagi kriteria. Apa yang penting, orang selalu anggap hanya website ada traffik tinggi dan popular boleh jual, hakikatnya banyak lagi kriteria lain yang boleh dijadikan penanda aras.
  4. Cari peluang baru. Anda dah ada website dan dah ada platform. Maka benda lain boleh buat adalah mencari peluang-peluang baru dunia affiliate terutamanya.Pelbagai peluang boleh didapati andai anda kerap lepak forum.Contohnya jika anda letakkan ‘signature’ atau links di profil forum anda dan anda kerap membuat posting membantu forumers lain.Lama kelamaan ianya mempunyai nilai di kalangan forumers baru dan pelawat baru serta search engine dan seterus meningkatkan peluang untuk mereka mengunjungi links laman web anda yang di tempek di ruangan profile.

rzgjs

Peluang-peluang lain.

Sebenarnya apa yang aku terangkan kat atas hanyalah sekadar asas atau sekadar “muka surat pertama” dunia IM global.Sebenarnya banyak lagi cabang-cabang atau saluran atau peluang di dalam dunia atau ruang lingkup IM global.Ianya bukan terhad kepada kuasa forum sahaja. Perkara di atas yang aku terangkan adalah dalam ruang lingkup forum dan potensinya.Tetapi hakikatnya apabila membicarakan dunia IM ni ianya sangat bersifat dunia tanpa sempadan. Macam-macam atau terlalu banyak perkara yang boleh diceburi atau boleh dikaji.Secara umumnya dapat aku perihalkannya kepada 8 industri atau cabang paling utama.Ianya terpulang pada masing-masing punya kehendak atau keboleh daya tahanan bila berada dalam kelompok industri tersebut.

 

  1. Email Marketing.  Apa yang best mengenai pemasaran email ini adalah anda boleh send email jualan yang betul-betul targeted pada customer yang betul-betul minat sesuatu. Tetapi suatu yang amat perit untuk mengumpul email pelanggan yang betul-betul targeted. Tidak semua orang yang mahu dengan rela hati memberikan email kepada laman web atau subscribe pada laman web tertentu yang kemudiannya dihujani dengan email spam atau email yang kita tidak minat. Dari segi konsepnya mudah, katakan sebagai contoh anda memiliki laman web menjual rantai atau gelang, sebagai langkah untuk mengumpul email list, anda boleh berikan gift percuma kepada pelawat laman web anda tetapi dengan syarat, pelawat laman web anda perlu subscribe email pada laman web anda dan disitulah anda mula mengumpul list email yang betul-betul targeted. Setiap kali ada promosi baru atau anda ingin jual produk gelang baru, anda hanya perlu hantar 1 email jualan yang dihantar kepada  kesemua mailing list anda yang sudah semestinya berminat dengan industri gelang. Ada suatu sistem yang dipanggil auto responder iaitu anda boleh set email jualan anda untuk dihantar pada tarikh tertentu dan waktu tertentu. Anda juga boleh menghantar email secara santai demi menjaga hubungan dengan mailing list anda. Lagi banyak mailing list anda lagi menguntungkan atau menjadi ASET tetap anda di masa hadapan disebabkan mailing tersebut sememangnya targeted untuk pelanggan yang berminat saja dalam industri berkaitan. Banyak lagi perkara basic boleh cerita mengenai email marketing, cukup la kot aku hurai secara ringkas.Tetapi hakikatnya para IM sanggup mengeluar belanja ribuan USD malah ratusan ribu semata-mata untuk memiliki database email yang berkualiti dan targeted dari pemilik laman web. Walaupun wujudnya ‘likers’ dari sistem social media seperti facebook.Hakikatnya email lebih bersifat peribadi ye tak? Tak semua mereka menganggap facebook adalah segala-galanya dalam hidup untuk berurusan. Email tetapi menjadi sandaran.
  2. Membership site atau forum. Sesetengah laman web menawarkan membership atau ahli khas jika ingin terus menerus melihat kandungan mereka.So bayaran dikenakan setiap bulan atau setiap tahun untuk memastikan keuntungan laman web terus bertahan.Konsep hampir serupa dengan forum.Ada sesetengah forum untuk kandungan tertentu memerlukan bayaran bulanan untuk terus membaca dan melanggan artikel terkini yang diminati.Konsep membership begini perlukan memastikan kandungan yang disediakan memang sentiasa on demand dan update.
  3. Niche marketing. Niche lebih bermaksud kepada spesifik jualan untuk industri tertentu. Jika laman web anda berasaskan pelancongan maka ia dipanggil niche travel. Jika anda menjual gadget maka niche teknologi.Niche marketing memerlukan galian data yang mendalam tentang kehendak industri.Data pelanggan atau potential buyer boleh didapati dari Google atau lain-lain platform seperti Yahoo, Bing, Amazon.Anda perlu berhati-hati memilih produk niche sebelum membina website anda.Salah memilih niche menyebabkan anda hilang fokus dan juga potential customer.
  4. Menjual produk informasi. Sudah tentu Ebook! Ebook tidak memerlukan penghantaran fizikal produk tetapi hanya perlu jalankan website auto pilot yang memudahkan pembelian dan jualan.Bab topik? terpulanglahhh…. selalunya berdasarkan panduan. Contoh ebook panduan membeli rumah pertama, ebook panduan menjahit, ebook panduan etc etc macam-macam lah asalkan ebook dan ada permintaan atau memang ianya boleh jual.
  5. Affiliate marketing. Ini adalah the best dan juga ‘sweet’ of the IM world.Bagi aku ini adalah nadi segalanya atau the most popular ever.Anda tak perlu produk sendiri pun.Yang anda perlu buat adalah promosikan saja link atau bahan pemasaran yang disediakan sesuatu laman jualan dan jika pelanggan membeli produk tersebut melalui link anda tadi.Maka anda dapatlah komisen sekian-sekian.
  6. PPC (pay per click advertising). Ini adalah cabang dunia IM yang paling senang tetapi perlukan masa dan target yang betul sebelum pengunjung laman web anda klik iklan. Konsepnya sangat mudah.Letak iklan PPC tersebut di laman web anda.Andai ada pelawat klik iklan tersebut anda dapat komisen.Platform yang utama tentu nya dari Google Adsense.Selain itu terdapat pelbagai platfrom lagi menggunakan konsep yang sama cuma yang bestnya Google Adsense keuntungan dijana dalam USD.
  7. Wesbite Flipping. Ini adalah cabang yang take time untuk develop.Anda bina laman web then anda jual balik.Nampak macam senang tetapi hakikatnya laman web bagaimana yang menguntungkan untuk dijual balik? Aku nak terang details pun nanti sangat panjang cuma apa yang perlu anda perlu develop suatu laman web yang tally dengan kehendak search engine dan mempunyai nilai branding yang sangat tinggi.Traffik tinggi leh jual.Nama sedap dan ada branding boleh jual. Usia laman web yang dah lama juga boleh jual. Laman web yang mempunyai kedudukan yang baik dalam senarai enjin carian jugak boleh dijual.
  8. Social media. Ini rasanya semua orang tau sebut pasai Facebook dan Instagram pun orang dah nampak culture atau bagaimana social media mampu menjadi suatu cabang penting IM.Paling senang sekali untuk dimarketkan cuba perlu keluar budget untuk pengiklanan dan perlu rajin mengumpul likers.So tak perlu terang details pun takpa secara umumnya rakyat Malaysia memang tegar Facebook hahaha.

Sebenarnya ada lagi cabang-cabang IM yang lain, tetapi cukuplah la kot aku describe yang utama dan pengetahuan asas dahulu.Setiap cabang pun amik masa bertahun untuk master dan faham selok belok, dan kelompok di atas hanyalah medium dan perantara, hakikatnya ilmu dan pengalaman perlu digali dahulu sebelum menceburi mana-mana cabang yang mudah bagi anda.The thing best about IM industries anda hanya perlukan capaian internet dan laptop untuk buat kerja.Everything is online 24/7. Industri ni akan mati andai kata tetiba internet takdak.. err logik ke.. kiamat la kot rasanya.Akhir kata dah panjang sangat aku menulis ni. So semoga bermanfaat.

Facebook comments: