Masa berjalan begitu pantas sekali.Pejam celik pejam celik, kelipoq pi kelipoq mai, tahun 2016 sudah menjengah.Terasa macam ehh sekejap benar tahun 2015 berlalu.Itu hakikat kita manusia hidup dalam sistem masa.Mereka yang memanfaatkan masa dengan sebaiknya tentu akan merasakan setahun yang berlalu begitu berharga sekali dan sarat dengan segala pencapaian dalam hidup.Sebaliknya, tentunya ada yang merasa dalam kerugian andai tidak mencapai apa-apa matlamat yang diinginkan.Dan ketika entri ini diterbitkan bulan Januari 2016 sudah hampir sampai ke penghujungnya.Beberapa hari saja lagi akan masuk ke bulan Februari pula.Sungguh pantas.

new year date

Kembali kepada core topik yang sebenar, maka, apakah jangkaan dan harapan untuk tahun 2016 bagi mereka yang berkecimpung dalam arena Internet Marketing atau bahasa singkatan IM’ers atau bahasa kebangsaan pemasaran internet.Dunia IM ni sememangnya sangat meluas untuk dihuraikan dan tidak semua perkara aku hands on dan cuba buat.Perkara pokoknya, how to deliver your product or services supaya menepati sasaran pengguna di alam maya.Seperti pepatah melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Maka andai anda tidak involve sendiri dan cuba jaya aspek marketing tertentu, manakan anda dapat kuasai pasaran.

life before smartphone

Mobile marketing atau pemasaran menerusi telefon pintar atau tablet

Dari segi sudut pandang aku, dan pendapat peribadi aku sendiri, perjalanan dan momentum pemasaran internet untuk tahun 2016 tidak akan banyak berubah dan berjalan tetap pada arena tahun 2015 juga.Sedari bermula era smartphone yang semakin menaik dari tahun ke tahun, begitulah betapa pentingnya mobile marketing instead of mengharapkan pengguna internet melayari internet dengan cara biasa atau konvesional yakni laptop atau desktop.Maka jika anda develop website untuk apa-apa bisnes anda pastikan ianya WAJIB mobile responsive atau dengan kata mudah, pabila melayari menerusi smartphone, paparan senantiasa mengikuti saiz skrin telefon anda.Apa pun ianya sudah menjadi perkara biasa pada website developer atau installer berkaitan web kini atau self built web apps yang sudah sedia mengintergrasikan sistem mobile responsive.Selain itu menjadi satu kemestian juga, apps yang diinstall di smartphone lebih bersifat serampang dua mata, di mana kini pembayaran produk boleh dibayar segalanya melalui apps smartphone.Menjadi satu kelebihan andai dapat menawarkan terus apps kepada pengguna instead of mengharapkan pengguna perlu melayari website.

real social media

Pemasaran Sosial Media

Bercakap mengenai social media, hakikat pemasaranya tetap sama, perlu lakukan kajian pasaran, sebelum anda keluar bajet untuk tembak iklan ke dalam social media seperti Facebook dan Instagram.Rasanya tidak perlu aku bercakap hal-hal teknikal berkaitan bagaimana membuat kajian pasaran di FB dan iG, sudah berlambak panduan di internet, seminar pun sudah berlambak-lambak atau belajar sendiri dekat Youtube.CUMA kita dapat lihat trend social media yang lebih mesra atau dekat dengan pengguna mula menjadi suatu sandaran pada admin-admin yang mengendalikan FB pages.Disebabkan culture atau hakikat dunia social media itu sendiri, banyak yang mula telus dan transparent dalam berurusan dengan pengguna.Tidak lagi hanya sekadar Buy Button atau Get Discount banner, tetapi interaksi yang bijak dengan para pengguna internet atau para likers di bawah bumbung pages masing-masing telah menerbitkan satu kepercayaan terhadap produk atau servis yang dijual.

Pengiklanan berbayar menerusi Facebook dan Adwords daripada Google juga tidak terlepas dari gangguan “saka” huhu.”Saka” ini selalu mengikut anda kemana sahaja muauahahaha.OK sebenarnya tu saja analogi, yang sebenarnya ianya berkaitan dengan personalized search atau semua berkait rapat dengan cache atau cookies yang ditanam dalam PC atau smartphone.Contoh, jika anda sedang melakukan carian di Google mengenai jam tangan, maka saka iklan jam tangan akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi ke mana-mana laman web yang dipasang iklan oleh Google.Saka ini juga berjangkit ke Facebook, iklan berkaitan jam tangan juga akan hinggap di Facebook newsfeed anda.Saka ini akan hilang dengan sendirinya pada ketika waktu tertentu atau anda berulang melakukan carian berkaitan topik lain pula atau anda nak senang cerita perlu clearkan segala cookies dan cache di desktop atau smartphone dan untuk lagi better, restart modem haha.

google logo

Pemasaran SEO

Analogi mudah bagi SEO adalah melihat kepada pertandingan dewi remaja atau jejaka kacak atau miss universe.Ok, seseorang itu dinilai untuk menjadi juara mestilah melihat kepada semua aspek, muka cantik, kulit putih, pandai berkata-kata, ketinggian, leher jinjang dan sebagainya.Andai kata lihat kepada muka sahaja, mungkin muka cantik sangat tetapi ketinggian alamak tak cukup nak mintak modeling.So segenap aspek la orang kata.Lihat kepada the whole areas.Lagi lama orang tengok.. isshh cantiknya dia ni, maka lagi bernilai dan memberi erti.Hakikatnya lebih kurang macam tu la enjin carian melihat kepada sesuatu laman web sebelum menaikkan takhta carian.Only the best will win, enjin carian boleh diibaratkan seperti robot, ia tak tahu menilai kandungan laman web tersebut.Dia hanya menilai dari semua signal-signal yang diberikan kepadanya.

Kandungan berkualiti panjang berjela tetapi tiada outbound dan inbound links yang bagus tiada ertinya.Kandungan sampah tetapi outbound berkualiti pun tiada gunanya.Orang singgah sat pastu blah tekan pangkah kat browser pun tiada gunanya.Aku takkan pergi lebih detail nanti akan jadi panjang berjela, silalah Google sendiri faktor-faktor penting dalam SEO, bersepah-sepah artikel, video dalam youtube lagi, forum, belambak-lambak cerita perkara yang sama sahaja.Aku cuma ingin mentahkikkan 10 point utama di bawah.Kepada mereka yang dah penah hands on SEO mungkin boleh ambil manfaat.

1.Setelah 4 tahun lebih lamanya mengkaji dan hands on sendiri realiti dan hakikat apa yang sebenarnya berlaku di sebalik enjin carian.THINGS ARE STILL THE SAME.Cuma hanya penambahbaikan dan juga serba sedikit perubahan berlaku dari tahun ke tahun.”Perubahan” yang dikatakan “algo changes” sedikit sebanyak menakutkan atau menyebabkan internet marketer meninggalkan terus dunia SEO dan beralih ke arah channel lain.

2.Aku telah menjangkakan perkara ini sudah lama.Pada pendapat aku lah.. aku minta maaf.. aku takdak background atau pendidikan dalam dunia programming.Mungkin pendapat aku salah.Setiap progammer takkan menukar dia punya CORE ALGORTIHM.. dia punya teras.. aku nak abaq lagu mana aku taktau.. serupa macam ibu roti la kot haha.. dia punya ibu dia.. bahasa orang kampung la lebih kurang.. sebab very deep dia punya production.. bila dia nak tukaq.. dia kena tukaq semua sekali.. which is tukaq ibu dia la sekali.

3.Apakah core tersebut? Ianya tetap bergantung pada level link feature domain dan page, links (PR patent), on/off page.Secara asasnya mereka hanya boleh improve dengan menambah atau split ranking factor dengan lebih teliti.Tambah social metric, tambah behavioral factor yang mana telah lama ditambah pada awal-awal lagi contoh macam personalized search.. mereka yang search via chrome atau dengan gmail yang terlogin sedia akan dikelompokkan kepada satu behavioral pattern sendiri.

4.Bing dan Yahoo masih lagi di takuk yang lama.Mereka berkongsi satu database yang sama dari sumber pattern yang sama.Algoritma mereka berbeza dengan Google.Algoritma mereka boleh ditahkikkan sebagai permulaan awal algo industri enjin carian dengan sedikit penambahbaikan. Jikalau Google sudah release update seperti Panda, Penguin dan Hummingbird. Mereka masih lagi menggunakan algo mereka tersendiri dan oleh sebab itu hasil carian berbeza dengan Google.

5.Apabila release update-update seperti Panda, Penguin dan Hummingbird, ramai IMers mula merasa renyah dan leceh dan mula meninggalkan dunia SEO apabila ada yang telah menghabiskan puluhan ribu dan akhirnya terpaksa menyesal dikala Google mereleasekan pada waktu mereka sudah mengikut rentak lama sebelum keluarnya update.Walhal pada hakikatnya update tersebut hanya penambahbaikkan dan melawan aktiviti spamming yang keterlaluan.Pelbagai update dan pelbagai nasihat yang katanya dari sumber dalaman sendiri menyebabkan ramai yang putus asa sebab terlalu banyak perkara perlu dipatuhi menyebabkan tersembunyi satu agenda di situ.Aku malas nak ceritakan kenapa.. biarlah ianya menjadi rahsia ataupun kalo aku rasa rajin aku tulis dalam lain entri.

6.Daripada banyak sumber kes studi dan pelbagai rujukan dan hasil kajian dari para pakar data.The core algo tidak akan penah berubah seperti mana aku dah bagitau dalam point 2.Daripada hasil kajian Data Science team yang diketuai oleh Dr Matthew Peters, tiada proof atau SOP khas atau exact formula (hanya Google saja tau formula mereka) yang menunjukkan bagaimana merankingkan satu laman web, tetapi characteristics yang sama dalam setiap kajian web yang beranking tinggi mampu memberi satu signal bahawa core algorithm tidak pernah berubah.

7.Decide on yourself, terdapat banyak hasil kajian, hasil kes studi yang menjerumuskan kepada outcome berjaya dan tidak berjaya.Yang tak berjaya dikatakan formula tertentu takleh pakai.. maka ramailah yang mengikutnya dan ramai yang gagal dan ramai tak percaya lagi pada kehendak sebenar Google.Dengaq boleh, nak buat cuba dulu.Setiap kelompok niche mempunyai persaingan yang berbeza.Niche kompetitif lain cara, niche takdak orang buat, hanya simple website dah mampu rank.It depend.

8. Meminjam kata azimat tok guru aku yang dah lebih 15 tahun dalam industri enjin carian… “hear out everyone(smart enough) but decide only for yourself(test before)”. Hanya Google saja tahu rahsia formula mereka.. ibarat hanya KFC saja tau resipi mereka.. the best is be a mad scientist! try tu try ini eksperimen sampai ketemu satu titik yang membawa kepada pemahaman core algorithm.

9. Sebenarnya the more people taktau lagi bagus(hakikatnya sama ja konsep apa pun bila bercakap soal persaingan), sebab bila ramai dah tau.. ramai la pulak nak cuba.. then ada persaingan le pulak.Apa pun hakikatnya benda ni kena experimen dan pengertian sebenar the core algorithm tu hanya akan boleh dicapai bila dah fail test berkali-kali.

10. Culture industri ini selalunya.. tiada siapa akan beritahu apa yang mereka buat dan apakah senjata misteri algo mereka.Case studi yang direveal mungkin dibuat untuk test “senjata misteri” algo mereka menjadi ke tidak. Disebabkan bila beritahu, somebody yang expert akan sailang, akan gali data, akan gali sampai dapat punca, dah dapat duplicate, guna sumber yang sama dan attack balik dan silap-silap orang yang dengki tu akan pegang takhta.Just my previous experience.. just share “the precious info” to people you trust only.

y2fnz

Content is king!

Kandungan adalah maharaja.Tak kisah la apa pun pemasaran anda buat, sama ada email marketing, SEO, social media, etc. Kandungan menjadi sandaran utama.Kandungan sampah sapa nak singgah baca ye dak? Kandungan copy paste dari orang lain lagi la meruntuhkan kredibiliti diri sendiri.Mereka yang terlibat dalam industri copywriting, copywriter, dan pembuat kandungan sama ada artikel atau video menjadi sandaran utama untuk dihired! Daripada ayat-ayat iklan pemujuk sampai lah ke tahap video yang dibuat untuk tujuan viral menjadi aset yang paling berguna dalam dunia pemasaran internet.Sekarang ni apa? tak abih-abih Rashid.. dah famous la pulak sapa yang nama Rashid. Maka untuk tahun 2016, ianya mungkin bertambah rancak, dan setiap company atau syarikat sudah mula adapt dengan “perkontenan” dunia internet.Tudia merosakkan bahasa hahaha. Jika anda melihat tawaran-tawaran kerja, kebanyakkan syarikat yang ingin memasarkan produk atau servis mereka ke alam maya mula mencari mereka yang pakar dalam bidang copywriting atau consultant khas digital marketing.Dan mungkin company yang mempunya bajet besar, melantik khas pekerja just untuk kawal selia Facebook.So, industri berasaskan kandungan alam maya ini akan terus berkembang dari tahun ke tahun.

Kesimpulan

Natijah utamanya adalah industri dunia internet ni bergerak sangat pantas dan tuntas.Dalam persekitaran ‘open world’ atau dunia terbuka, sapa cepat dia dapat.Ianya bukan lagi brick dan mortar bisnes yang mana ianya bersempadan antara 1 garisan di antara dunia realiti dan maya.Dunia offline dan dunia online tentu berbeza perwatakan dan ciri-cirinya.Tunjang utamanya adalah ilmu.Apa sahaja cabang sama ada online atau offline perlulah menimba dahulu ilmu yang berkaitan, serta bekalkan sifat tidak putus asa dalam mengkaji realiti dunia online itu sendiri.Di sebalik gaya hidup kini yang lebih terarah kepada dunia mobiliti di tangan anda, atau budaya berinternet dengan smartphone di mana-mana sahaja, kesedaran dalam ketelusan menjual produk menjadi satu sandaran dalam dunia online.If something yang tidak kena, mudah saja ianya diviralkan di alam maya.Akhir kata, moga apa yang disampaikan dalam entri ini menjadi manfaat kepada semua pembaca dalam mengharungi tahun 2016 yang kini semakin mencabar.

 

Facebook comments: