Artikel ini aku dah tulis lama dah dan aku up kat page aku tahun lepas lagi.Sesiapa yang dah baca anggap ulangkaji sahaja.Hanya sedikit info aku tambah sikit.Harap maklum.

Kebolehan membina website sendiri tunjang kepada hartanah online anda.(ini point yang akan aku ulas di bawah dengan panjang lebar)

Ibarat rumah anda… rumah anda renovate cantik-cantik… anda bubuh bumbung.. anda tambah tepi tembok dan sebagainya tentunya ada value tersebut ye tak.Instead of rumah bak macam sarang tikus agak sapa yang ingin menyewanya ye tak.Selain itu lokasi yang strategik.. contoh dekat dengan sekolah.. atau pasar raya.Pastinya nilainya lebih tinggi.Ok ianya sekadar analogi.. begitulah perihalnya dengan hartanah online yakni website anda.

Website yang anda bina itu… mestilah anda ‘renovate’ macam analogi kat atas.Content website yang relevan.. design yang kena dengan content.. nama domain yang relevan dan serta “peningkatan yang berterusan dalam meningkatkan authority website anda”.Ini maybe agak complicated untuk aku terangkan tapi apa pun aku akan analogikan jugak ke situasi rumah sebenar.

house-for-sale-

Ok katakan anda dah beli rumah untuk aset… hanya sekadar beli… tapi semak samun dan lalang setinggi gunung… cat dinding terhakis.. tingkap rumah pecah.. adakah ianya akan menarik minat penyewa? Yaa analogi ini aku rasa tak logik.. tapi ni sekadar analogi.. kalo real life situasi…. umah pondok jin bertandang pun kalo lokasi strategik orang tetap akan pindah dan duduk.Aku cuma nak analogikan… ok andaikan rumah tu lokasi tidak strategik dan mempunyai ciri ciri macam tadi dan dah tu rumah tu area senang banjir… agak-agak penyewa fikir 2 3 kali tak nak menyewa?

Apa yang anda akan buat untuk meningkatkan keboleh jualan atau keboleh sewaan rumah anda itu… tentulah anda selalu jenguk rumah anda… selalu tebas lalang… selalu tengok2 kot ada anjing lepak… dah tu dinding rumah cantik dipandang.. ruang luar rumah nampak lapang dan pabila orang lalu tengok pun ada keinginan untuk menyewanya.

Begitu juga dengan website anda bina tadi.. anda sudah develop cantik website anda.. maka rajin-rajin singgah website anda itu macam analogi rumah yang aku terangkan.Tambah content baru.. tambah bajet untuk marketing sikit (di sini ibarat anda upah sesorang pi tebas lalang umah anda atau bersihkan rumah anda).. ataupun anda boleh buat marketing sendiri… letak website anda ke semua senarai direktori website utama… dalam setiap bulan buat la list then hantar.. Ibarat dalam sebulan anda pi rumah anda pi sapu lantai.. lap2 sikit… pastu pastikan website anda selalu disinggah crawler Google… dan website anda itu disenangi oleh enjin carian macam Yahoo, Google, Bing.Ibaratnya di sini rumah anda itu disenangi kawasan jiranan setempat… cuba kalo rumah semak samun tak terjaga.. mesti ada yang mengata rumah sarang penagih.. takpun muda mudi berasmara… bila rumah cantik elok bersih terjaga.. jiran2 pun bawak mulut…. tu rumah pak Leman tu cantik dan bersih sedia… dia nak bagi menyewa sapa-sapa berkenan habaq kat kami.. kami tolong bagitau… sekadar contoh.

Sama seperti rumah…semakin lama masa berlalu… value pun akan naik…. website pun semakin lama anda onlinekannya semakin ada value untuk anda up kan ketika mana penyewa berminat untuk menyewa.Agak complicated untuk aku terangkan mengapa ada value.. ianya ibarat website mempunyai track record yang baik dalam memastikan content anda bertahun-tahun lamanya online dan menjadi ‘authority’ dalam dunia internet.Di masa akan datang aku akan terangkan dengan lebih details.

So segalanya anda telah lakukan…maka kini anda hanya perlu tunggu penyewa datang atau anda sendiri pergi mencari penyewa.Penyewa yang dimaksudkan dalam dunia website adalah tapak iklan atau medium bagi sesuatu company untuk meningkatkan brand mereka.Penyewa ini banyak bergantung kepada cara anda approachkan website anda itu atau marketkan website anda itu atau cara anda nak impress mereka yang nak menyewa website anda itu.Analoginya macam juga agen jual rumah.. agen akan terangkan sedikit sebanyak kelebihan rumah itu dan mengyakinkan penyewa untuk menyewa di situ.

Ada juga penyewa yang sendiri datang kepada anda dan tawarkan harga mereka.. selalunya untuk tempoh setahun.. 3 bulan.. 6 bulan… atau selamanya bertapak pada website anda.Seperti juga rumah.. mereka yang nak menyewa bilik master bedroom tentunya harga lebih mahal dari bilik single.Bergantung pada mana space atau ruang website anda untuk anda letakkan tapak iklan mereka.. kalo di header tentunya lebih mahal.So apabila persetujuan di muktamadkan.. setiap masa tertentu anda hanya perlu kutip sewa.. bergantung kepada bajet penyewa.. atau keinginan berapa lama mereka ingin menyewa.Selalunya 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Adakah hartanah maya sangat untung? yaa ianya sangat untung… kos membina satu website termasuk membeli domain dan hosting hanya lebih kurang 100 ke 150 ringgit.Tapi jika website anda mempunya value yang sangat tinggi.. penyewa tidak akan putus masuk…percaya atau tidak… hanya satu link yang ada pada blog post website anda itu boleh mencecah 50 ke 150usd.Manakala link value di master bed room contoh macam analogi tadi boleh mencecah beratus-ratus usd setiap bulan bahkan kalo website anda betul2 ada value mencecah ribuan usd per month.Itu kalo anda ada hanya 1 website… kalo anda bela dan jaga 10 website? Makan tak abih…..Apa pun ianya bergantung kepada value dan authority website anda.. kalo website sampah dan penuh spamming content sapa yang nak menyewanya ye tak.Industri ini hanya betul-betul terpakai dalam arena antarabangsa yakni medium ber content kan atau kandungan dalam english.Setakat ini untuk local punya scene ianya belum bertapak dan tumbuh sebab orang kurang tahu nak bina website sendiri dan lebih suka menggunakan medium social media seperti facebook daripada membina landasan sendiri atau tapak kewujudan hartanah maya.

Apa pun aku hanya menceritakan peluang yang ada untuk membina hartanah online atau maya.Ilmu yang penting yang perlu ada mesti lah anda mesti tahu membina website anda sendiri… ini bukan domain tumpang atau server tumpang macam blogspot, tumblr, etc… tapi nama domain anda sendiri dan server/hosting anda sendiri.. Apa yang aku bebelkan hanyalah sekadar mengesahkan dan mengiyakan hartanah alam maya atau online sememamgnya legit dan sememangnya menguntungkan seperti mana juga hartanah alam realti (rumah).Bagi mereka yang dah pro… ada yang menjadikan ianya sumber income utama serta pasif yang menguntungkan…Apa yang aku ceritakan hanyalah dalam bentuk umum dan general.. kalo nak cerita details bagaimana sesuatu website itu ada value dan menjana keuntungan secara senyap2 dan pasif.. seperti aku kata tadi 8 hari 8 malam tak abih hahaha.Nak jemput aku bagi talk atau ceramah pun no problem huhu.

Perkara penting dan pokok kat sini.. perlulah belajar buat website dahulu.. rujuklah youtube.. pakcik google dan seumpama.Andai ada mood aku akan tulis panjang-panjang bagaimana nak develop website sendiri….tapi…………………………… come on! dalam youtube bersepah… step by step lagi… follow saja hahaha.Sekarang pulak style auto siap.. atau beli hosting..setengah hosting provider dah siap-siap sedia installer website… main klik klik eh dah siap rupanya.Semua dah pihak hosting buatkan tapi hakikatnya macam mana nak optimize laman web itu supaya menjadi hartanah maya yang menguntungkan? Itulah kadang manusia ni kalo dah malas susah nak kata apa dah..ada yang nak keja mudah upah orang saja… upah itu upah ini.. tengok-tengok siap.. apa jadi dan apa yang sebenarnya berlaku taktau haha… ya aku akui ada duit nak senang cerita upah orang saja.. masuk fivver, masuk elance, masuk forum IM, upah orang yang pakar bab ini.. pastu dah siap hanya tunggu masa untuk menuai hasilnya.Segala-segalanya orang buatkan.. hanya dok saja tunggu masuk duit.. takmau amik taktau apa sebenarnya yang berlaku.Ibarat orang melabur lah dalam saham… dia bukan tau apa yang berlaku.. yang dia nak tau labur sekian-sekian ni.. dapat banyak ni.. yang lain apa yang berlaku atau background pelaburan tu lantak pi lahh.

Hakikatnya ilmu yang berharga tentang hartanah maya akhirnya dimanfaatkan oleh pihak lain.. tiada gunanya.Terpulang lah pada diri masing-masing… sama ada perlu gather knowledge atau senang cerita dok saja upah orang tanpa amik tau apa sebenarnya berlaku.. apa sebab hartanah maya ni boleh laku..? kenapa ada orang mau mai menyewa.. berjuta-juta laman web di dunia ni ada.. apa kejadahnya tiba-tiba boleh pulak ada konsep hartanah online……..? aiman najmy penipuuuuuuuuuuuuuuuu… ahhhh lantak pi kat hang.. takmau amik tau sudahh huhu. Setengah orang memang camtu.. dia salu akan negatif dulu based on pada apa yang dia lihat tanpa amik tau apa sebenarnya situasi era open world kini.

Di masa akan datang.. aku akan tunjukkan real case study.. website bercirikan hartanah maya tersebut.. dan juga website-website lain yang menjana keuntungan secara pasif.. percaya atau tidak.. orang India dari negara India.. dan negara kejiranan seperti Pakistan sama naik dengan mat salleh atau omputih membina hartanah maya ini.Tidak hairanlah India negara pertama Asia berjaya hantar satelit ke Marikh huhu.

 

Facebook comments: