Pertama-pertamanya sekali apa itu niche? Dalam entri-entri aku yang lepas telah aku hurai sedikit sebanyak maka boleh lah belek-belek post yang lepas sapa yang rajin cuma aku boleh tahkikkan dalam huraian mudah niche bermaksud satu bidang atau cabang pasaran yang telah dikhaskan atau ‘specialize’ untuk satu jenis produk atau servis sahaja.Bagaimanakah mencari atau mengenal pasti niche yang lumayan? Atau dalam term English, ‘identify lucrative niche’.Sebenarnya terrrrrrrlampau banyak la hai panduan, video-video, artikel mengenai topik ini.Taip sahaja di Youtube, Google, Yahoo atau sudah banyak IMers memperihalkan benda yang sama dan ianya tetap sama dan tidak pernah berubah sama sekali.Cuma bagi aku, ini versi penulisan aku.Perkara asas tetap sama.Sesiapa yang sudah expert dan tahu benda ni dah lama, maka boleh lah abaikan sahaja entri ini.Tiada kaedah baru atau teknik rahsia, semuanya sama belaka.Aku tetap nak menulis jugak topik ni walaupun sudah ada beribu-ribu artikel atau panduan video yang sama.Ianya ayaq tangan aku dan dari sudut pandang aku mengenai topik ini.Semua orang boleh cerita pasai bola, tetapi setiap orang berbeza mengenai pandangan, tetapi bola tetap bola, nak bubuh masuk goal jugak huhu.Macam tu la kot analoginya hehe.

Niche yang lumayan bermaksud niche yang mempunyai carian bulanan global tinggi tetapi rendah dalam persaingan.Itu terma dalam IM.Kalau dianalogikan ianya ibarat seperti penjajah British dahulu, menjajah Tanah Melayu yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi.Mereka datang sini, buat perlombongan bijih timah, emas, dan pelbagai lagi aktiviti mencari natural resources. So, ‘sumber’ tersebut mestilah somebody yang akan jumpa dan terus fully utilize untuk keuntungan.Sumber ‘niche‘ tersebut, menjadi sandaran bagi para penggiat IM memberikan produk atau menyediakan servis atau menyediakan tapak bagi kehendak dan keperluan sesuatu niche.Sumber ‘niche’ juga menjadikan ianya fokus kepada kelompok tertentu mencari penyelesaian dan berharap somebody akan berikan mereka jalan.Cakap banyak tak guna, sembang tak kena, jom kita tengok contoh senang.Nanti aku melalut bagi analogi macam-macam tentu ada yang konpius.

Sila bukak Keyword Planner anda.Tak paham apa itu sila baca entri tentang Keyword Planner.Mari kita taip kata kunci yang berkait rapat dengan pencarian dan penyelesaian kata kunci, atau dalam terma English ‘solution-searching keywords’ atau kata kunci yang mempunyai niat ianya mencerminkan seseorang sedang mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapinya.Contoh? Mari kita tengok contoh dalam English dahulu.

“how to”

“where can i get”

“how to get rid of”

“ways to”

“where can i find”

Terlalu banyak untuk diberi contoh dan di atas antara kata kunci popular yang selalu para pengguna internet taip pada ruangan carian.Mari kita tengok apa kata kunci dalam Bahasa Melayu pula

“bagaimana”

“bagaimana memulakan”

“cara nak buat”

“macam mana nak buat”

“di mana terdapat”

Maka, kita boleh agak ianya common sense! Kita boleh letakkan diri kita pada pemikiran pencari maklumat, nak list down semua memang belambak, cukup sekadar the most basic permulaan keyword itu.Mengapa kata kunci berniat sedemikan sangat penting?? Ianya menjadi petanda dan penunjuk penting! Apakah itu? Kata kunci tersebut digunakan oleh para pencari maklumat untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi mereka sekaligus memberi gambaran mereka mencari ‘sesuatu’ untuk selesaikan masalah mereka, dan sesuatu itu boleh jadi dalam bentuk produk atau servis! Maka, terdapat peluang yang tinggi untuk para penggiat IMers! Maka dari data yang diperolehi kita boleh reka bentuk laman web menawarkan segala solution kepada permasalahan yang dihadapi sama ada dalam bentuk servis atau produk.Dari situ timbulnya peluang untuk berbisnes.Ianya menjadi tunjang utama sekali dalam mencari niche yang sesuai dengan kemampuan kita untuk menawarkan servis atau produk di alam maya.Macam biasa cakap banyak tak guna, sembang tak kena mai kita tengok contoh.

Mari kita tengok contoh dalam kata kunci English dahulu.

how_to_keyword

Kita boleh lihat pada collumn persaingan menunjukkan persaingan adalah rendah, bermakna tidak banyak website yang bersaing sesama sendiri untuk setiap kata kunci.Tetapi kita dapat lihat, kata kunci ‘how to’ terlalu dipengaruhi dengan filem ‘how to train your dragon‘, tetapi takpa banyak lagi keyword lain yang anda boleh cuba, mari kita sort pada carian yang tertinggi. Sila klik dekat collumn monthly searches tu.

howtokeyword

Maka untuk contoh ini mai kita kaji lebih mendalam, ok aku pilih satu kata kunci kat atas iaitu ‘how to screen shot‘, semua orang tau kot noh apa itu screenshot haha, kalau yang taktau screen shot tu adalah dalam bahasa kampung amik gambaq atas gambaq.Huhuhu.So keyword bagi ‘how to take screen shot‘ menjana sebanyak 18100 carian dalam sebulan.Banyak tuhhh.Mai kita tengok hasil dalam Google result.

take_screenshot

Terdapat lebih 488 juta laman web yang terkandungnya kata kunci ‘how to  screenshot‘.Tetapi perlu diingatkan kata kunci tersebut membawa maksud broad meaning, maksud yang lebih meluas.Misalnya boleh jadi laman web tersebut mengandungi perkataan ‘how to‘ sahaja, atau boleh jadi ‘screenshot‘ sahaja. Ada 4 suku kata. 1.HOW, 2.TO, 3.SCREEN, 4.SHOT.Kesemua suku kata kata tersebut boleh dikombinasikan mengikut kandungan laman web, maka tidak hairanlah ianya mengandungi lebih 488 juta laman web.Ianya tidak bererti total keseluruhan 488 juta laman web, ianya boleh terdiri dari laman web yang sama tetapi page atau halaman yang berlainan.Macam wikipedia, terdapat beratus-ratus ribu halaman yang juga boleh terdapat kesemua suku kata terbabit.Boleh jadi laman web jurnal penerbitan tertentu.Gandingan suku kata tersebut menterjemahkan kepada kandungan sesuatu laman web dan ianya akan muncul dalam senarai 488 juta tersebut yang mana Google akan merelevankan carian berdasarkan kata kunci tersebut.So tak payah terkejut beruk haha.Banyakkan lagi mengkaji kata kunci lain, mungkin anda akan lebih paham hehe.Aku dah pernah cerita hal ni dah lama dalam blog aku haha.. lupa dah entri yang mana, rajin kalau nak paham lebih, sila lah selak2 balik entri lama ye.Pada gambarajah kita dapat lihat website atau laman web yang menguasai no 1 takhta carian.Mari kita lihat matematik sikit.

Hasil carian 18100, katakan kita anggap 70% hasil carian konpem akan singgah ke laman web tersebut.Lagi 30% mungkin lupa nak klik masuk atau faktor lain sebagainya.Maka

18100 x 70% = 12670

Maka dalam sebulan seramai 12670 pelawat yang targeted atau pelawat yang sememangnya mencari-cari maklumat berdasarkan kata kunci singgah ke laman web tersebut! Katakan conversion product atau servis atau iklan 30%.Maka

12670 x 30% =3801

Maka pukui rata katakan 1 klik kos 1 usd, kirakan sahaja keuntungan tersebut.Mungkin pemilik laman web boleh tawarkan servis atau produk lagi tinggi dari nilai tu (anggaran).Tetapi tulah basic pengiraannya.Secara puratanya lah.Mari kita lihat website tersebut.

screenshot_site

Kalau anda lihat ianya adalah website berinformasi yang memberikan maklumat bagaimana hendak screen shot.Maka ianya menyelesaikan masalah bukan? Seperti yang aku dah terangkan kat atas. “Solution-Searching” kata kunci.Maka pemilik laman web ini secara puratanya dari Google sahaja terdapat hampir 12ooo pelawat, itu belum termasuk dari Facebook, Tweeter dan lain-lain platform.Ianya hanyalah laman web yang simple sahaja, tetapi hakikatnya menjana mungkin ribuan ringgit (Mungkin sahaja, berdasarkan pengiraan kat atas).Mari kita lihat pulak kata kunci yang sama tetapi menggunakan term Exact meaning.

screenshot_exact

Kat perenggan atas aku dah terangkan konsep broad meaning, atau jaringan makna kata kunci yang luas, apa pula term “exact meaning”? Ianya bermaksud kata kunci yang memberikan maksud yang tepat dan jitu berdasarkan kandungan dalam web.Andai kata kunci tersebut adalah “how to screen shot“. Maka kesemua hasil carian hanya memaparkan laman web yang mempunyai kata kunci tersebut dan tidak terkombinasi dengan mana-mana kata kunci yang sama lagi.Bagaimana hendak melakukan carian dengan kata kunci tepat.Hanya perlu memasukkan bracket pembuka dan penutup kata iaitu ” “.Untuk pemahaman lebih jitu boleh tengok huraian ini. Cuba bandingkan dan tengok lagi sekali hasil gambar gambar yang aku tempek di antara broad meaning search dan exact meaning search.So, didapati bahawa hanya terdapat 213000 sahaja laman web menggunakan keyword yang sama berdasarkan exact meaning.Makna kata andai anda hendak buat laman web berdasarkan kata kunci tersebut, terdapat lebih 200,000 laman web buat benda yang sama. Sangat mencabar bukan? Hehe. Sebenarnya tidak begitu andai kita tahu caranya hendak menggali data yang sebetulnya dari Google.Memang dari segi logik akal, lagi tinggi search result, lagi tinggi bilangan laman web mempunyai kandungan yang sama, lagi payah hendak rank, lagi payah hendak rank lagi susah la nak generate bisnes atau income ye tak.Di lain entri aku akan ceritakan lagi secara in depth detail mengenai galian data di Google ni.Letih satu posting nak taip panjang-panjang haha.

Contoh dalam English term atau keyword sudah kita lihat, mari kita tengok contoh dalam bahasa kebangsaan pulakkk.

buat_email

Kata kunci ‘bagaimana cara‘ tidak memberikan maklumat yang begitu jitu atau berganding kombinasi dengan keyword asal.Tetapi ianya tetap memberikan cadangan-cadangan yang relevan dengan kata kunci asal, kat sini aku pilih kata kunci ‘buat email‘ atau berdasarkan kata kunci asal, bagaimana cara buat email.Menepati saranan niche yang lumayan iaitu, carian tinggi, persaingan rendah.Moh kita tengok apa hasil carian.

buat_email_google

Anda boleh lihat sendiri, berdasarkan broad search atau broad meaning, terdapat lebih 8 juta laman web mempunyai kata kunci yang sama.Sungguh mengejutkan di tempat pertama, hanyalah laman web percuma, oppss maksud aku laman web blogspot sahaja, bukan beli sendiri domain atau server.Bayangkan berapa banyak pelawat yang masuk ke laman web tersebut.Buatlah pengiraan yang macam aku dah bagitau kat atas, pengiraan anggaran ja la kan.Tetapi 165,000 tuuuuuuuuuuuuu.. banyak kot haha.Untung hai untung! Haha. Mai kita tengok laman webnya.

buat_email_001

Ianya hanyalah laman web yang simple.Blogspot pula free of charge.So makna kata goyang kaki sahaja menikmati traffik yang masuk dan menjana pendapatan melalui iklan.Maka kita dapat simpulkan sungguh banyak niche atau cabang yang ramai tak terokai lagi, ibarat hutan tebal yang penuh dengan khazanah alam dan sumber semula jadi.Somebody perlu jumpa dan utilize it to the max! Haaa macam kat atas tu, orang indon yang jumpa dahulu dan cepat-cepat buat huhu. Ok mari kita tengok hasil carian dari Google Malaysia pula.

google_malaysia_email

Hasil carian lebih kurang sama, cuma pada Google Malaysia, laman web tadi entah ke mana, tetapi laman web lain merajai duduk pada kedudukan yang ketiga.Kedudukan pertama dan kedua tidak amik kira sebab hasil result dari Google sendiri, bukan laman web persendirian.Mari kita tengok pada laman web tersebut.

indon_web

Wuuuuuuu… lagi laman web ini pemiliknya orang Indon… kemon mana orang Malaysia haha.Google Malaysia sepatutnya orang Malaysia merajai segala term dan kata kunci yang sebangak 165,000 ituu hehe.Sebenarnya, aku pun baru tau kata kunci ini haha.Kalau nak diikutkan aku banyak kaji keyword English.Tetapi ketika saat entri atau posting ini ditulis, baru aku sedari, makkk aiihhh… rupanya keyword dalam Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan saja sudah menunjukkan hasil carian tinggi, atau orang utagha kata makan tak abihhh! So jangan pandang enteng dengan keyword tempatan hehe.Aku cuma hanya bagi langkah atau tutorial mudah.Dah tau asasnya, maka cari la atau gali lah sendiri data-data yang diperlukan untuk dipadankan dengan apa yang hendak buat pada laman web anda.Produk apa servis apa itu terpulang pada masing-masing.Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ye dokkkk.

Selain itu terdapat lain-lain lagi port atau tempat untuk cari idea atau niche yang lumayan atau setidak-tidak mendapat gambaran niche apa yang ingin anda ceburi sebelum membuat laman web.Apakah tempat-tempat atau laman web itu.Semua pernah dengar atau tidak asing lagi seperti Amazon, e-bay, lelong, lazada dan info atau e produk adalah seperti clickbank, comission junction dan banyak lagi.Kesemua tersebut boleh dihubungkan atau pun boleh dikaitkan dengan carian di data di Google dan lihat sendiri ada permintaaan ke tidak.

amazon_store

Anda boleh mendaftar sebagao amazon associate dahulu atau sebagai agen mereka jika anda hendak menjadi seperti ‘orang tengah’ untuk dapatkan komisen setiap jualan terhasil.Atau hanya sekadar nak dapat idea sahaja atau gambaran niche apa yang hendak ceburi maka boleh la klik kat bahagian shop department.Boleh kata almost everything! Segala macam mak nenek produk ada jual kat amazon.

best_home_deco_seller

Maka pilihlah cabang apa atau department mana, dan klik pada best seller.Macam contoh kat atas, so dari situ anda akan dapat gambaran produk apa sekarang tengah panas orang dok beli atau ramai sekali pengguna yang beli.So padankanlah dengan data di Google tengok boleh lepas tak buat website dengan data-data berkaitan, atau anda boleh ambil input dan jual sendiri atau cari sendiri dealer barangan tengah hot itu dan jadi pioneer penjual kat Malaysia ni.Segala-galanya terpulang kepada anda.Yang penting? GET THE IDEA first!

lazada

Kat Malaysia apa?? tentunya Lazada. Kembaq Amazon la orang kata hehe.Konsep sama carilah apa produk-produk untuk dapatkan idea niche anda sama konsep macam Amazon yang aku dah terang kat atas.

lelong

Lelong pun sama, klik saja pada best seller untuk dapatkan idea.  Begitu juga dengan laman-laman lain yang aku tak tunjuk macam clickbank dan CJ.Point terpenting adalah browse website tersebut dan cari bahagian atau section yang menunjukkan produk terhangat atau produk yang sentiasa mendapat permintaan pada masa terkini, dan juga produk-produk yang sentiasa menjadi carian atau sentiasa terjual pada sepanjang musim.Hakikatnya platform shopping online tersebut sememangnya memberikan data yang sebaik mungkin untuk anda gali bersama data Google.Semua data boleh digali free of charge, terpulang pada masing-masing sama ada rajin atau tidak nak gali.

Aku rasa macam aku dah terlalu panjang menulis ni ehh menaip dah start lenguh-lenguh jari haha.Untuk pergi lebih detail lagi apa step yang seterusnya aku rasa nanti la kot sambung bila-bila aku ada mood nak menaip lagi.Apa yang aku ceritakan hanya secebis muka surat pertama saja dari buku setebal buku yellow pages hahaha.Ianya hanyalah perkara asas.Ianya bukan benda baru atau teknik rahsia atau aku dulu yang jumpa.Tetapi masa aku menaip bab kajian kata kunci atau keyword research mengenai ‘buat email‘, memang aku sedikit terkejut hahaha.Tidak sangka laman web yang simple dan free mampu menaiki takhta dengan ratusan ribu carian atau boleh diconvertkan ratusan ribu pelawat setiap bulan.Sebab apa ini berlaku? Sebab ianya tidak ada persaingan! Tidak ramai orang tau! Macam analogi aku buat tadi, ibarat hutan tebal atau macam dalam filem Avatar iaitu Pandora yang kaya dengan mineral rare yang mahal harganya.Tidak ramai yang tahu untuk somebody atau someone gali dulu dan dapat sumbernya.

Apa yang aku cerita ini dah macam satu bab dari banyak bahagian dalam seminar yang berharga ratusan ringgit sekali attend haha.Aku harap takdak sapa marah aku reveal atau dedah teknik ini.Kahkahkahakh… gelak besaq akuuuu… padahal sudah belambak-lambak video atau artikel kat internet cerita benda basic ni haha.Saja gempak lebih haha.Ini semuaaaa benda basic sajaaaa.Dalam entri seterusnya aku akan ceritakan dengan lebih detail.Detail sekali pun dah belambak sudah course-course atau video-video webminar yang boleh tengok free kat youtube.Aku cuma menaip atau menulis dari sudut pandang atau perspektif aku.Akhir kata semoga dapat manfaat apa yang sampaikan ini.Moga ilmu asas ini anda dapat guna sebaiknya untuk kebaikan bisnes online anda sama ada mereka yang telah ceburi atau baru hendak berkecimpung.Selamat Maju Jaya.Berjumpa nanti di lain entri pulakkk.. prapp prappp prapp (lenguh jari taip).

 

 

 

Facebook comments: